Dalam post lepas saya ceritakan pasal Caravansaray Safranbolu atau Cinci Inn (Siri 1), kali ni kita sambung berjalan lagi. Cuma hari ni ambil tour keliling kawasan popular di Karabuk. Sebenarnya nak melawat museum, masjid, bazar dan seumpamanya tu. Tapi disebabkan cuaca terlampau panas dan tak berangin, kami tukar plan kepada ambil tour 4 jam menaiki bas oleh Batuta Turizm. Maklumlah, musim summer kan. Kalau tak nak panas macam ni, semoleknya datang musim auturm dan spring. Batuta Turizm ni letaknya belakang pejabat Tourizm Safranbolu.
Tour guide kami nama Busra, dia kerja part time semasa cuti summer. Bahasa Inggeris dia OK lah, pelajar tahun tiga jurusan Bahasa Inggeris. Bakal teacher.
4 jam Tour
Kos tour 4 jam ni ialah cuma TL60. Murah dan berbaloi-baloi, dan ia termasuk kos tiket masuk ke Bulak Cave, Crystal Terrace di Kanyon. Saya rasa memang patut ambil tour nih, sebab jarak dari satu tempat ke satu tempat sangat jauh. Bayangkan, dari Eski Carsi ke Bulak Cave dah dekat 20 minit naik bas, manakala ke Nomad Village pulak macam dekat 15 minit naik bas, jarak ke Inchekaya dan Tokalti Kanyon pula macam 30 minit… kalau pergi sendiri dengan kereta atau teksi memang tak berapa jimat lah. Overall saya rasa berbaloi, info pun banyak dapat. Benda paling best dalam tour ni (best bagi sayalah) ialah melawat Nomad Village.
Nomad Village
Nomad Village atau dikenalli sebagai Yoruk Village ni macam open air museum, masih terpelihara sejarahnya beusia 750 tahun. Sebelum masuk ke kawasan perkampungan ni, anda akan jumpa satu kawasan perkuburan. Busra cakap, kubur paling lama umurnya 5000 tahun. Dan juga ada kubur baru juga.
Jaraknya dari Eski Carsi ialah 13 km. Nomad Village dijaga rapi oleh Kementerian Budaya Turki sejak tahun 1997. Bangunan-bangunan sini mostly bersejarah dan hampir menyerupai bentuk asal zaman ia dibina dulu. Rumah paling lama berusia 450 tahun, yang paling baru pun umur 90 tahun (sekurang-kurangnya). Ada lebih kurang 100 buah rumah di sini, 40 masih diduduki manakala selebihnya macam tak ada orang duduk.
Tingkat bawah tu, zaman dulu pada musim sejuk dorang letak binatang ternakan. Lembu ke, babi ke, kuda ke… jadi bila banyak haiwan ternakan duk bahagian bawah rumah, lantai tu jadi suam-suam gitu. Kalau tak suam pun, ia tak sejuk sangat kot. Saya teringat apartment saya duduk ni pada musim winter yang lepas. Adeh.. seriau betul. Bahagian atas pula dorang duduk.
Masih ada orang duduk lagi dalam rumah-rumah ni semua. Sebab ada langsir dan kereta park tepi rumah.
Sejak zaman dulu lagi, tali diikat di pintu membawa pelbagai maksud. Kalau tali tu tak diikat ke daun pintu sebelah, maksudnya tuan rumah ada di rumah. Atau kalau ikat ke daun pintu sebelah dengan sekali ikat, maksudnya tuan rumah tak ada di rumah tapi mungkin duk rumah jiran. Kalau ikat dua kali pula, maksudnya tuan rumah tak ada dalam kawasan kampung.
Kebanyakan rumah ada pokok anggur, menjalar samada di garaj mahupun beranda. Pokok anggur ni pada musim sejuk ianya akan habis botak, luruh habis. Sekarang je ia berbuah lebat, juga berfungsi sejukkan rumah. Ini salah satu cafe yang kami singgah berehat sepanjang tour ini. Minum ajelah, harga kat sini tidak cekik darah macam Istanbul.
Ada dua buah rumah yang kami masuk. Rumah berusia 200 tahun. Bayangkan, rumah tinggi empat tingkat dibina 200 tahun lepas. Kukuh gileeee! Sampai sekarang masih berfungsi elok. Gambar ni saya ambil dari tingkat 4. Ada beberapa rumah di sini yang anda boleh masuk untuk lihat-lihat dalam rumah. Percuma je, saya rasa dorang dah terima elaun dari kerajaan. Saya rasalah… betulkan kalau salah.
Ini pulak.. tandas zaman dulu. Tandas ni pula di tingkat 3 rumah yang saya masuk tengok. Dan rumah ni dekat 150 tahun usia. Bayangkan 150 tahun lalu, macam mana tandas rumah nenek moyang kita di Tanah Melayu?
Tuan rumah ni juga agak detail. Yang tergantung di siling tu, bukan lampu. Tapi bola besi berkilat. Bila malam, hanya satu pelita diperlukan, dan bebola ni berfungsi untuk pantulkan cahaya pelita untuk menerangi seluruh ruang tamu.
Ini pula bahagian luar dalam kampung ni. Sepanjang tour di kampung ni, macam ni lah jalannya. Boleh nampak jelas, beza batuan di bahagian tengah dan tepi. Fungsinya ialah untuk pengaliran air samada hujan, atau salji cair pada musim sejuk.
Panjang lagi kalau nak cerita pasal Yoruk Village ni. Tapi kalau karang panjang-panjang sangat anda pun bosan juga. Jika nak tahu lebih lanjut, eloklah baca blog beliau ni yang khusus tulis pasal kampung nomad ni. Atau datanglah sendiri bila ada masa nanti.
Cuma saya nak pesan satu je. Pastikan anda tak pakai kasut tumit tinggi bila datang kawasan ni atau ke mana-mana old town. Silap hari bulan, tumit kasu lekat celah batu. Lagipun tak selesa sebab kawasan tinggi rendah berbatu ni. Semoleknya pakai boot atau kasut yang paling selesa sekali.
tandas tu memang hensem ohh..
Kalau kat Malaysia buat macam ikat tali kat pintu…habislah pencuri dah tahu nak masuk rumah mana..heh..heh
Itulah saya duk fikir benda sama jugak.
Menarik Siti. Wish I visit the place one day. Aku suka kalau dapat pergi ke tempat2 yang not too touristy. Maybe ada tourist tapi tak terlalu padat.
Ni duk cari tempat-tempat yang cantik tapi tak terlalu touristy jugak, kalau ada cadangan boleh bagi 🙂
suka tengok tempat tempat yang macam ni. rasa tenang daripada tengok pemandangan laut atau hutan
perkongsian yang amat menarik…ingin juga ke sana satu hari nanti..