Tahun lepas masa singgah New York, tak sempat ke mana-mana pun. Kali ni memang kami luangkan 5 malam di New York. Tujuan sebenar ialah nak jumpa hubby’s best friend, Jon. Dia pun ambil cuti juga sepanjang kami berada di sini. Dulu, dia pernah datang Malaysia. Sekarang turn kami pula.
2 unit hotel kami book semasa berada di New York dan dua-dua tu dalam kawasan Brooklyn. Dua malam pertama kami menginap di Midwood Suites. Tiga malam seterusnya di Neptune Hotel. Kami gagal dapat lokasi yang baik dengan bajet yang munasabah melalui AirBnB, sebab itulah kali ni guna Expedia dan Booking.com untuk penginapan sepanjang berada di New York.
Dari JFK Airport, kami ambil teksi. Bayar USD40. Driver teksi tu namanya Ahmad, muslim lah tu kan. Lagipun dia bagi salam. Dia hairan kenapa kami pilih untuk duduk di Brooklyn dan bukan tempat lain. Hehe Sebab kawan kami (American) yang rekemen suruh duduk samada di Brooklyn atau Williamsburg.
Brooklyn
Ramai betul jews di kawasan ni. Bangun pagi, buka tingkap.. tengok kiri kanan lelaki Yahudi bertopi (macam Yahudi Ortodoks) lalu lalang. Tak pernah saya duduk di kawasan yang mana terlalu ramai yahudi. Tapi tak ada sorang pun yang buat diskriminasi kat saya. Yang untungnya bila duduk kawasan jews ni, banyak restoren yang kita boleh makan tanpa berfikir panjang. Kat sini ada banyak restoren Kosher. Makanan juga separuh lagi murah berbanding Manhattan. Jadi tempat ni ibarat Chinese Town atau bolehlah kot dipanggil ‘Little Israel’ atau Gedo.
Breakfast pagi, kami beli di restoren jews deli dekat dengan hotel, habis tak sampai USD5 je. Beli kopi, garlic bagels dan beberapa jenis bagels lain. Kopi pula, cuma USD0.30 secawan. Haha Mana ada kat Malaysia kopi berharga RM 0.30 kan?
Ni lah bilik hotelnya. Alkisah kami tersilap masuk blok hotel. Hotel ni ada dua bangunan. Kami book yang 1308, tapi terpergi ke blok 1708. Disebabkan masa tu dah jam 2 pagi, pekerja hotel pun cakap you duduk je lah kat sini (landed jam 10 malam, tapi hampir sejam duk jawab soalan pegawai imigresen tu lagilah lambat sampai hotel). Dan hotel ini juga rasanya dimiliki oleh jews, berdasarkan objek yang dilekatkan di bahagian kanan doorway seperti anda dapat lihat di bucu kanan gambar di bawah. Didalamnya ada enkripsi dari kitab Taurat, kata hubby.
Saya tak pasti pula berapa ratus harga bilik sebesar ini. Ada dua bilik tidur, lengkap dengan peti ais, dapur dan microwave, ada ruang makan, TV, internet dan sebagainya. Luas. Gambar kat atas ni hanya sebahagian daripada bilik hotel tersebut. Dan mereka pun tak caj lebih dari asal yang kami book. OK, anggaplah ini bonus dan rezeki.
Maka tidurlah kami keletihan. Bangun subuh, sambung tidur lagi. Bangun pulak jama’ solat zohor dan asar. Kemudian Jon datang dan kami keluar untuk lunch. Singgah kat kedai Pie ni. Kedai ni hanya jual pie sahaja. Macam-macam jenis pie ada dan saya makan Apple Pie. Serius sedap. Sedap bukan sebab saya lapar, tapi memang sedap betul. Pekena kopi. 3 orang makan tak sampai USD12 pun. Ish, dah la sedap, murah pula tu.
Kemudian kami ke satu lagi restoren untuk heavy lunch. Saya order fish and chips sahaja. Sebab senang, malas nak fikir ada babi ke tak. Fish and chips memang tak ada babi, kan.
So inilah bandar New York dari Central Park. Nanti saya tulis lagi dalam post akan datang.
Salam
Nak tanya la..selamat ke bandar New York nak jenjalan pagi2 sebab saya fikir nak stay di airport tp reviews cakap airport dia tak comfortable to sleep..any ideas?
Hebat puak Yahudi ni sampai boleh kuasai satu bandar… Walaupun tu bukan negara dia
salah satu tempat yang paling den nak lawat suatu hari nanti š
Kebanyakan org jews sana baik2…rindunya suasana di new york especially forest hills…brg2 pun murah2…kena kumpul duit nih…
Tak sempat saya nak pergi Forest Hills, btw memang tak sempat shopping pun sebab mostly spend masa dgn kawan yang dah 5 tahun tak jumpa.
kawan sy pernah bersembang dgn diorg ni. Baik dan ramah serta mereka juga tidak menyokong apa yg puak Zionist buat di Palestine. Bestnya dpt jalan-jalan ke NY.
Amish bukan Jews. Amish adalah Christian yg hidup serba ringkas. Diorg pun termasuk lah dalam golongan Poeple of the book. (sibuk nak jawabkan,hihi)
Terima kasih sebab tolong jawab! Sangat-sangat saya hargai.
Btw, betul, mereka semua ok-ok sahaja kecuali dorang suka double parking atas jalan je. Hihi
Tak snap gambar Bani Israel tu? Nak juga tengok rupa mereka, kalau yang lelaki bertopi, yang perempuannya? Jews dengan Amish sama ke? Hehe.. banyak pula soalan. š
Tak snap pulak sebab saya tak berapa berani nak fokus lense kat orang.. takut dia perasan. Yang perempuan biasa pakai skarf untuk tutup rambut, ala-ala orang kita pakai tudung zaman dulu. Jews dan Amish saya tak pasti sama atau tak.