Bulan Disember lepas sempat saya cek gigi geraham hujung sebelah kiri sebab rasa ngilu. Tapi bila sampai klinik gigi tepi Masjid Muhammadi Kota Bharu, doktor gigi perempuan yang selalu rawat saya tak ada sebab dia pergi umrah dan hanya balik beberapa hari sebelum saya tinggalkan Kelantan. Nak tak nak, saya teruskan je jumpa doktor ganti. Doktor lelaki muda. Hmmm.. Doktor muda tu cakap gigi tak rosak, tampalan semua OK je tapi dia cakap kena cuci gigi. Cuci lah, kos cuci gigi cuma RM70.
Dah tiga bulan berlalu.
Tiba-tiba gigi yang sama saya minta dia cek patah kelmarin. Tampalan tercabut dan bahagian tepi gigi patah. Btw, bab makan memang saya kurang kunyah sebelah kiri dan lagi selesa kunyah sebelah kanan. Jadi satu hal lah nak kena cari dentist di sini. Cari dentist itu satu hal, cari dentist yang faham Bahasa Inggeris satu lagi hal.
Bukan senang nak dapat dentist yang bagus yang boleh baiki gigi dengan baik. Saya ingat, doktor gigi terbaik pernah saya jumpa ialah Allahyarham Doktor Halim. Beliau dah meninggal dunia beberapa tahun lepas dan dari waktu tu memang menggagau cari klinik gigi yang bagus. Sehinggalah saya jumpa Klinik Gigi Hjh Normah.
Masa trip ke Turki tahun lepas, host kami Dr. Hakan ada cakap yang doktor gigi di Turki sangat bagus sehinggakan ia pernah dipromosikan dalam industri pelancongan. Macam Malaysia promosi medical tourism. Dah kebetulan gigi ni rosak di Turki maka berpeluanglah saya buat rawatan gigi di Turki.
Misi mencari Diş Hekimi bermula.
Atas rekemendasi rakan saya, Prof. Dr. Ramazan, saya ke Mehmet Ozden Diş Hekimi. Tapi dia tak ada sebab balik kampung uruskan pakcik dia meninggal dunia. So saya cari Diş Hekimi yang lain. Tak pandai cakap English pulak. Cari lagi satu, dentist ni boleh cakap English sikit-sikit.
Penat tau menjajap cari Diş Hekimi nih!
Elok saya masuk dan duduk atas kerusi pesakit, dentist ni lihat-lihat bahagian gigi saya. Dia boleh terus rawat tanpa perlu buat temujanji. Okay, rezeki saya lah ini. Kemudian dia betulkan paparan skrin kedua komputer mengadap katil pesakit. Skrin komputer ni saya assume dia guna utk tunjuk kartun bagi pesakit cilik. Tapi hari ni dia guna untuk tunjuk terjemahan Google Translate dari Bahasa Turki ke Bahasa Inggeris yang dia taip dari komputer di mejanya.
Katanya, tampalan pada gigi saya tercabut faktor usia, mungkin berusia lebih kurang 15 tahun. Hampir tepat tekaan dia, kemudian saya cakap “yirmi yil”. Iaitu 20 tahun. Yep, gigi ni pernah ditampal lebih kurang 20 tahun lepas di Klinik Gigi Halim Kota Bharu.
Dia akan teruskan dengan tampalan baru dan bahagian yang patah dibuat baru. Ingatkan dia nak cabut. Maklumlah, gigi tu dah tak ada rupa gigi, nampak macam tunggul je. Lepas bius sikit, mulalah kerja-kerja dia yang saya nak ceritakan pun tak pandai. Hihi
Lepas dekat sejam, siap! Tapi separuh muka rasa kebas dan tebal kesan dari bius tadi. Dan lepas kesan bius dah hilang, tapi still sakit pada gusi. Maklumlah, dibaiki dari tunggul kepada sepotong gigi, mana mungkin tak sakit.
Mungkin apa yang Dr. Hakan cakap kat saya tahun lepas tu ada betulnya pasal kepakaran doktor gigi di sini. Hasil gigi yang dah dibaiki ni, rasanya sama macam sebelum. Bila suluh di cermin, gigi nampak natural. Harap tampalan kali ni boleh bertahan lebih 20 tahun. Jadi, andailah anda sedang melancong di Turki.. apa kata terus buat rawatan gigi di sini. Tak mahal mana pun, yang kes saya tadi tampalan dan rawatan gigi geraham paling hujung cuma TL100 sahaja atau lebih kurang RM150. Untuk kualiti rawatan begini, bagi saya ia berbaloi.
Lagi satu, mereka tak tulis rekod pesakit pun. Hatta kad pengenalan (residence permit) atau passport pun dia tak minta. Jadi tak ada rekod lah. Beza dengan klinik-klinik gigi yang pernah saya pergi di Kelantan, mereka akan buat satu rekod dan tanda apa yang perlu.
Yang lucunya, awal-awal misi menjajap klinik gigi pagi tadi, dua klinik pertama tulis Diş Hekimi. Macam nama abang saya, Hakimi. Saya ingatkan Hekimi ni bisnesman yang berjaya. Sebab dia ada banyak klinik gigi yang macam franchais atau cawangan. Rupanya Diş Hekimi ialah Doktor Gigi!
BARU TERINGAT NAK JUMPA DOKTOR GIGI…THANKS FOR THE POST
Sama-sama 🙂
dah lama plak tak gi jumpa doktor gigi.
kadang2x nak cari doktor yang boleh memuaskan hati kita tu memang susah tapi kalau dah jumpa tu memang lega sangat sebab lepas ni kalau ada pape hal boleh jumpa lagi doktor yang sama.
Betul tu. Susah nak jumpa doktor yang serasi dengan kita ni. Apatah lagi bab gigi ni.
haha.. ooo bagus word tu.. akan ku ingat! Yay.. u duk Turki ek? rindu la nak pegi Istanbul.. satu hari nanti nak try Cappodocia plak. I dkat Qatar, naik pegasus selalu, mesti transit/stop over dekat Istanbul 🙂
A’ah duk Turki kejap, Yeen.