Sebelum trip saya ke NASA tahun lepas, saya tak kisah sangat pun pasal space program ni. Hanya lepas balik dari sana je saya rasa tertarik dengan kepoweran space program, launch vehicle dan seumpamanya.
Anda boleh baca lawatan saya yang lepas di sini, di sini dan di sini.
Masa saya pergi tahun lepas (Disember 2013), kapsul Orion masih dalam pembinaan di dalam bangunan Vehicle Assembly Building (VAB). Ia kemudian ditutup kepada umum pada Februari 2014 bagi kerja-kerja untuk siapkan capsule tersebut atas faktor sulit dan kerahsiaan. Kira untunglah juga sebab ada peluang tengok kapsul tu tahun lepas. Ini dia capsule tersebut.
Minggu depan Malam ini (5 Disember, 7.pm waktu Malaysia), Orion capsule di belakang saya ni akan terbang ke angkasa lepas.
Ini dia model Orion yang siap dipasang.
Dan di bahagian bawah capsule pula, seperti di bawah ni (model) dipanggil Orion Heat Shield. Ia akan turun ke bumi seperti mana capsule lain. Saiz capsule ni paling besar dalam rekod, jadi, ia sudah tentu akan terbakar sebelum sampai ke bumi masa otw balik nanti.
Saya dimaklumkan, capsule ini sudah siap dipasang dan diletakkan di puncak launch vehicle dalam model di bawah, dekat bawah muncung tu. Model ini sebenarnya ibarat kombinasi Launch Vehicle Saturn V (lagi tinggi dari Statue of Liberty) dan Atlantis. Hasilnya, jadilah Delta IV Heavy rocket.
Ini perbandingan saiz antara roket-roket yang pernah dilancarkan sebelum ini. Yang paling kanan tu lah, yang akan dilancarkan minggu depan. Orion. Sebut, O-ra-yon.
Bagaimana ia di bawa ke launch pad?
Begini. Lihat gambar di bawah. VAB fungsinya untuk cantumkan semua part yang dibuat di tempat lain. Bangunan tu besar gila. Roket dipasang secara menegak, bukan melintang macam kapal terbang.
Ia kemudian di bawa keluar dari VAB (rollout) menggunakan Crawler. Crawler ni pun besar macam dinasor. Gambar kat bawah ni, Crawler. Saya dah ceritakan tahun lepas dalam part NASA. Anda boleh bandingkan saiz kereta biasa dengan saiz crawler tu. Launch vehicle (nama mudahnya roket) akan diletakkan secara menegak di atas crawler kemudian di bawa perlahan-lahan menuju ke Launch Pad.
Inilah dia Orion yang sedang dalam sentuhan akhir sebelum dilancarkan (gambar ihsan NASA Kennedy Space Center). Sila klik gambar untuk paparan lebih besar dan gambar lebih jelas.
Kenapa sibuk sangat pasal Orion ni?
Kerana Orion akan mengangkat Heavy Delta IV untuk melakukan ujian pertama di angkasa lepas. Untuk kali ini, ia tidak membawa angkasawan. Test flight ini untuk menguji kemampuannya membawa angkasawan dalam trip akan datang di angkasa lepas yang sangat jauh pada suhu yang ekstrim. Ia akan mengelilingi bumi dua kali dengan ketinggian sehingga 5800 km dari planet bumi, iaitu 15 kali ganda lebih tinggi dari International Space Station (ISS).
Ia akan kembali ke bumi dengan kelajuan mencecah 20,000 batu per jam (32000kmj) dan heat shield (gambar atas yang warna oren tadi) boleh menahan haba sehingga 4000 F. Orion akan jatuh di lautan Pacific di luar Baja California di mana nanti, ia akan diselamatkan oleh NASA dan US Navy.
Jika anda wartawan dan blogger, anda akan buat coverage dari sini masa roket ni berlepas nanti. Agak-agak, ada wartawan dari Malaysia tak?
Jika anda bercadang untuk menonton roket ni berlepas secara live dari NASA Florida, boleh beli tiket online di laman web NASA Kennedy Space Center.
Sempena ini juga, saya akan buat giveaway dengan hadiah T-Shirt rasmi dari NASA Kennedy Space Center. Pasal giveaway ni, nanti saya tulis dalam blogpost lain.
Maknanya memang besar sungguh kos aktiviti sains angkasa ni. Huh