Pembaca blog saya sudah tentu tahu yang Travelog.my dicalonkan untuk MSMW 2015 bawah kategori Best Travel Blog. Selepas dapat tahu kewujudan award tersebut melalui pencalonan itu, saya submit website online store saya untuk kategori Best Shopping Blog, iaitu www.telekung.com.my. Masa awal-awal tahu pasal MSMW, website www.bazar.my masih belum wujud. Domain dah ada, tapi tak dibangunkan lagi. Hanya sekarang je baru dibangunkan untuk pasarkan meerschaum pipe.
Saya tinggalkan www.telekung.com.my sebaik berpindah ke Turki awal tahun ini dan ia kini diuruskan oleh adik saya, Siti Zahidah. Pandai juga dia urus, dan rezeki dia Telekung Online Store kami menang kategori Best Shopping Award walaupun tak ada pula kami promote undi. Telekung.com.my dibina sebagai online shop pada awal tahun 2013. Sebelum itu saya hanya jual-jual online melalui medium WordPress biasa sahaja. Sesuai dengan namanya, Telekung.com.my awalnya menjual pelbagai jenis telekung secara online. Kemudian ada saya tambah beberapa produk lagi terutamanya long john sebab ramai yang tanya mana nak beli long john yang bagus.
Lain yang aim, lain yang dapat. Hahaha Itulah namanya rezeki dan takdir. Apapun, adik saya merangkap pengurus website online shop tersebut sekarang hadir ke MSMW 2015 malam tadi. Saya kongsikan gambar di bawah. Tahniah adikku, sama-sama kita jaga bisnes kita OKAY?!
Semeja dengan adik saya ialah Afif, travel blogger yang menang award kategori Best Travel Blog.
Semoga kami dapat kembangkan lagi website Telekung.com.my ke arah yang lebih baik.
Bagi sesiapa yang masih tiada idea untuk berniaga online, apa kata baca perkongsian 20 cara buat duit online semasa melancong di sini.
Btw, Ramadhan dah tak lama je lagi. Apa kata dapatkan telekung baru atau hadiahkan mak dan mak mertua dengan telekung baru untuk mereka terawih nanti 🙂
wahh..tahniah….
terbaek tu.. dapat promosi percuma tu sambil dapat award
Hehe..tahniah yer.. Semoga maju jaya sokmo dehhhh…
wahhhhh! tahniah! adik beradik memang awesome!
haha..
hang punya ka telekung tu? tak sangka aku terundi la plakk..
blog hang tak menang. penat aku undi tau.
Tu la aku ralat betul blog travel ni tak menang. Sadisss ooo. Huhuhu Apapun terima kasih sebab undi tau.
Telekung tu bisnes kecil2 aku masa mula-mula buat online store awal tahun lepas.
tahniah semoga rezeki blog ini pula untuk dapat best travel blog
Amin..Amin.. Terima kasih ya 🙂
Tahniah. tahniah. tahniah. 😀
Wah tahniah puan ! Dapat salah satu pun ok jugak. Saya suka telekung Vietnam sebab ia sangat sesuai dengan saiz muka saya dan tak perlu di jahit di bahagian dagu. Kalau beli telekung lain mesti nak kena adjust. Kain telekung pun cantik.
Tahniah Siti…
Wah… Afif menang lagik…