• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Travel Topic
    • Oh sedap!
    • Airlines
    • Contest
    • Drama & Filem
    • Hotel
    • Itinerari
    • UNESCO World Heritage Centre
    • Visa
    • Travel Gear
    • Personal
  • Hubungi
  • Recommended
  • Winter clothes

Travelog.my

Cerita dari bumi tuhan

You are here: Home / Turki / Eskisehir / 10 ukiran paip tembakau paling unik dan edisi terhad

10 ukiran paip tembakau paling unik dan edisi terhad

13/04/2015 By Travelog.my 4 Comments

Anda pernah lihat paip tembakau yang unik, elegan, mewah, dan edisi terhad? Scroll down blogpost ni untuk lihat paip tembakau diperbuat dari sejenis batu yang hanya terdapat di Eskisehir (sebut Esh-ki-she-hir). Atau, layari laman web ini untuk beli paip tembakau elegan yang hanya ada beberapa unit sahaja di Malaysia. RARE ITEM.

Yang paling menarik di Eskisehir sebenarnya bukanlah Odunpazari atau Sazova Park, tapi sejenis mineral seperti batu putih yang ringan dan hanya boleh didapati di paras 10 hingga 80 meter bawah tanah. Bukan jed, bukan emas. Ia sejenis mineral yang berharga, dan blok mineral ini tidak boleh dieksport keluar Turki kecuali selepas diukir atau dijadikan sejenis objek – iaitu meerschaum.

Meerschaum adalah silikat hidrat magnesium dengan formula Mg4Si6O15(OH)2·6H2O.

Tidak ada terjemahan khusus dalam Bahasa Melayu untuk meerschaum ni, jadi saya tak tahu apa dipanggil dalam bahasa kita. DBP juga hanya pinjam perkataan meerschaum.

Semasa mula-mula dijumpai, ianya sejenis mineral lembut. Tapi disebabkan pendedahan kepada cahaya matahari dan haba, ia bertukar menjadi keras dan bertukar warna kepada lebih creamy. Sebab itulah, pipe meerschaum yang telah digunakan akan bertukar warna kepada coklat atau brownish selepas digunakan beberapa kali. Memang cantik meerschaum pipe yang dah digunakan.

paip tembakau malaysia 7

Ini antara bahan yang mencantikkan lagi meerschaum pipe.

paip tembakau malaysia 6

Saya bukanlah perokok atau…pepaip(?).. hahaha Maksud saya, saya tak hisap rokok atau hisap paip. Tapi seni ukiran meerschaum ni cukup menarik perhatian saya. Selain eksklusif dan elegan, ia sesuai dijadikan cenderahati. Sebab itulah saya beli untuk simpanan peribadi dan juga untuk online shop saya yang baru. Yep, nanti, nak jual meerschaum di online shop saya. Selain meerschaum pipe, saya juga akan jual barang-barang unik dan sukar didapati di Malaysia, hasil dari tempat-tempat yang saya ziarahi sepanjang berada di luar Malaysia.

Di bawah ialah gambar yang saya ambil dari Meerschaum Museum di Eskisehir. Yang di bawah ni harganya mencecah puluhan ribu ringgit.

pipe tembakau malaysia 1 pipe tembakau malaysia 2 pipe tembakau malaysia 3 pipe tembakau malaysia 4 pipe tembakau malaysia 5 pipe tembakau malaysia 6 pipe tembakau malaysia 7 pipe tembakau malaysia 8 pipe tembakau malaysia

Di tengah ialah pemilik kedai yang juga merupakan pembuat/pengukir meerschaum pipe. Kedai dia ni tersorok sebab dia pembekal, kalau pergi sendiri-sendiri memang tak jumpa kedai dia. Nasib baik ada Sahan (local people yang fasih berbahasa Inggeris dan juga pemilik kedai jaket kulit di Eskisehir) yang tolong bawa dan jadi penterjemah kami. Gambar ni saya snap masa kami duk pilih-pilih meerschaum pipe.

paip tembakau malaysia 8

Harga meerschaum paip di Malaysia agak mahal. Maklumlah, market kecil dan barang rare. Jadi, nanti bila saya buka online store sendiri, saya jual dengan margin yang kecil je ye. Sebab direct dari pakcik tukang ukir (gambar di atas) kepada saya tanpa lalu orang tengah.

Klik di sini untuk beli paip limited edition ini.

Related Posts

  • Sazova Park Eskisehir, lagi seronok kalau bawa budak-budakSazova Park Eskisehir, lagi seronok kalau bawa budak-budak
  • Bandar lama yang bersih dan terjaga – Odunpazari, EskisehirBandar lama yang bersih dan terjaga – Odunpazari, Eskisehir
  • Hotel di Eskisehir:  Grand Namli Hotel & Rixos Eskisehir yang …Hotel di Eskisehir: Grand Namli Hotel & Rixos Eskisehir yang …
  • Preview Trip ke EskisehirPreview Trip ke Eskisehir
  • Suka duka 2014Suka duka 2014
  • Pengalaman terbang dengan KLMPengalaman terbang dengan KLM
  • Visa ke BahamasVisa ke Bahamas
  • Bahamas Trip | Berlabuh di Nassau IslandBahamas Trip | Berlabuh di Nassau Island
  • Bahamas Trip | Nassau Island syurga peminat berlian?Bahamas Trip | Nassau Island syurga peminat berlian?
  • Trip Trabzon – Dataran tinggi Ayder (mesti pergi)Trip Trabzon – Dataran tinggi Ayder (mesti pergi)

Filed Under: Eskisehir, Turki

Comments

  1. blogger lelaki says

    20/04/2015 at 9:29 am

    bukan setakat unik dah ni..memang pelik …hu3

    Reply
  2. Panduan Exam says

    14/04/2015 at 2:34 pm

    Huhu..seronoknya kalau dapat satu..boleh buat kenang-kenangan ni..memang menarik semuanya..unik gitu..

    Reply
  3. rahimah says

    14/04/2015 at 6:54 am

    ha, saya pun teringat pipe dalam cerita National Treasure tu.

    Reply
  4. Azra says

    13/04/2015 at 1:04 pm

    teringat pipe dalam citer National Treasure

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM80++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 140 other subscribers




Kain batik Terengganu

Proofreader Malaysia