• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Amerika Syarikat / Melancong ke USA – Berapa Banyak Anda Kena Bagi Tip Pada Pelayan Restoren?

Melancong ke USA – Berapa Banyak Anda Kena Bagi Tip Pada Pelayan Restoren?

12/02/2014 By Travelog.my 8 Comments

Di Amerika Syarikat, gaji pekerja restoren ialah sangat rendah iaitu sekitar USD2.50 per jam atau lebih kurang RM7.50 jam. Satu kadar yang cukup rendah untuk hidup di USA. Gaji dari restoren bukanlah pendapatan utama pelayan sebaliknya tip dari pelanggan.

Adalah menjadi satu tanggungjawab (walaupun bukan kewajipan) kepada pelanggan untuk berikan tip kepada pelayan restoren, tidak kiralah anda pelancong ataupun tidak melancong. Bukan semua restoren tapi restoren yang menawarkan “table services”. Ini tidak termasuk restoren makanan segera seperti McDonald’s, Pollo Tropical dan seumpamanya.

melancong ke USA

Di sesetengah tempat, kos tip sudah termasuk di dalam bil anda. Jadi, tengok dahulu bil sebelum buat bayaran dan berikan tip.

Kebiasaannya, tip yang diberikan ialah antara 10% hingga 20% dari jumlah keseluruhan bil anda. Jika anda berpuas hati dengan servis yang diberikan, berikan lebih banyak. Jika tak puas hati, bagi sedikit sahaja. Tetapi, jika anda langsung tak puas hati dengan servis yang diberikan, boleh sahaja tidak berikan tip pun namun ia satu tindakan yang sangat tidak wajar.

Kebiasaan juga, jika anda order minuman keras, tip yang diberikan selalunya lebih tinggi kerana pelayan akan tuangkan minuman ke dalam gelas anda. Mereka juga kena bekerja lebih iaitu kena sediakan ais, bekas ais, buka botol dan sebagainya. Berbeza dengan hidang air teh o atau kopi.

Sebab itulah, keluarga mertua saya tidak order minuman keras jika makan di restoren. Ini kerana kos tips yang harus diberikan ialah tinggi, selalunya maksium iaitu 20% dari jumlah bil. Selain sebab utama  mereka hormati juga menantunya dan anaknya yang muslim ni. hehe

PS; Jika anda akan melancong ke New York, anda boleh dapatkan New York Pass dan boleh digunakan untuk melawat 80 tempat menarik di sana seperti CitySightseeing Cruises, Discovery Times Square, Empire State Building Observation Deck, Madame Tussauds New York, New York Skyride dan macam-macam lagi. Dapatkannya di laman web rasmi mereka di sini

Anda boleh baca lanjut tentang cara bagi tip di USA (tip untuk bellboy, hotel services dan seumpamanya) di sini.

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Amerika Syarikat, New York, Orlando, Florida, Travel Topic

Comments

  1. fabian says

    18/01/2016 at 9:27 am

    nak tanya klu kita beli new york pass tu kiranya free la nak pe empire state bulding? dan tek perlu beratur nak beli tiket? rancang nak melancong nanti sebelum winter.

    Reply
  2. Saffuan Jaffar says

    30/11/2014 at 11:59 am

    Menarik perkongsian nih, teringin saya nak US…

    Reply
  3. JomJalan says

    04/03/2014 at 12:25 am

    Betul, budaya bagi tip ini jarang kita masukkan dalam bajet bila melancong. Itulah sebab bellboy hotel 5 bintang kat Malaysia pun buat tak tau dengan kita tapi layan pelancong luar macam raja.

    Tapi bak kata org, bila masuk kandang kambing kenalah mengembek. Jadi bila ke US, UK dll tempat yg amalkan tip ni janganlah pulak buat2 bodoh je hehe

    Reply
  4. travelmy says

    13/02/2014 at 4:44 pm

    Ini kerana, gaji mereka sangat sedikit. Kos pengurangan gaji ini menggalakkan mereka (pelayan) beri servis yg bagus kpd pelanggan. Dan lagi, harga makanan di sana agak murah sebenarnya sebab penjimatan gaji dialihkan kpd tip. Ini agak kompleks sebenarnya, saya lihat ia sebagai sistem yg agak bagus kerana kita dapat servis bagus.

    Reply
  5. rahimah says

    13/02/2014 at 1:30 pm

    Tak sampai lagi ke sana. Bab tips ni kat sana macam satu tanggungjawab pulak.Budaya yang tak elok untuk di amalkan.

    Reply
  6. travelmy says

    13/02/2014 at 9:54 am

    Encik Amran, orang US kalau tak bagi tip… muka mencuka. Silap haribulan tunggu tak berganjak di pintu hotel :p

    Reply
  7. Amran says

    13/02/2014 at 12:51 am

    budaya tu dah mula ada kat malaysia. bezanya kat sini kalau kita tak bagi dia takde la mencuka. tapi kalau kat us tak bagi tips, memang pelik. tu pun dengar dari pengalaman orang2 yang dah ke sana je la. belum lagi berhajat ke us.

    Reply
  8. Denaihati says

    12/02/2014 at 5:29 pm

    Nasib baik budaya ni tak biasa kat Malaysia, kalau 20% kalah gst….heeee

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in