Saya pernah ceritakan dalam blog ni pasal trip saya ke Trabzon, tapi saya tak pergi ke Rize sebab tak ada benda menarik kat sana masa saya pergi tu.
Sekarang dah ada benda menarik yang berbaloilah jika anda nak mendaki gunung di Rize ni. Masjid ni dikenali sebagai Kible sebab ia mengadap Makkah. Kalau tengok pada gambar yang sedang viral di Turki ni, masjid ni memang cantik.
Sekali tengok, saya teringatkan Secret Village dalam kartun Kung Fu Panda 3, yang mana kampung tu nun duduk di puncak gunung. Hehe Bayangkan anda melawat tempat ni pada musim sejuk. Dah tentu lain macam feelingnya, silap hari bulan naik mendaki, turun boleh guna ski.
Trabzon pada musim sejuk tak begitu dikunjungi, sebab faktor geografi. Tapi, kita kan orang Malaysia, musim sejuk-sejuklah yang kita suka berjalan. Kita bukan orang putih yang sukakan musim panas.
Berbalik kepada cerita Masjid Kible, masjid ni asalnya dibina dalam kurun 19. Asalnya kayu. Pastu terbakar. Diubahsuai dengan binaan batu, tapi simple sangatlah design masa tu. Tahun 2010, Erdogan melawat tempat ni (masa tu dia jadi Perdana Menteri) dan arahkan masjid ini dibangunkan kembali.
Jadi kerja-kerja pembangunan pun bermulalah. Dari bina jalan, design dan sebagainya. Keluasan masjid ni ialah 275 meter persegi, kubahnya setinggi 13 meter dan minaret setinggi 27 meter. Bahagian orang perempuan pun ada, seluas 45 meter persegi dan juga ada tempat penjagaan bayi di sini.
Di sini juga ada tempat penginapan, tapi rasanya masih terlalu awal untuk anda buat carian di Booking.com ataupun Agoda.com sekarang ni. Tengoklah setahun dua lagi, saya fikir akan ada motel-motel kecil dibina sepanjang perjalanan ke masjid ni.
Kredit gambar kepada THT Haber.
Bagusnya pemimpin seperti Erdogan ni membangunkan kembali masjid usang untuk menjadi tempat ibadah bagi orang muslim di sekitar kawasan tu dan juga pengunjung
MasyaAllah rumah Allah ada dimana2 sahaja
wah..ada masjid di puncak gunung..memang perkara yang cukup hebat ini..
MashyaAllah…. Subhanallah… kenapa ye hati tiba tiba sayu… akak memang suka kat tempat macam ni