Kali ni saya nak kongsikan pasal majlis kahwin di Turki. Setakat ini, saya baru dua kali ke majlis kahwin orang Turki. Pertama kali di Izmir, kali kedua di Safranbolu.
Saya pergi ke majlis berinai sahaja. Majlis selepasnya saya tak pergi. Jadi kali ni nak cerita pasal majlis berinai Turki. Bukan orang Melayu sahaja yg ada majlis berinai dalam adat kahwin. Bukan Hindu sahaja. Jadi, saya terfikir, kenapa ustaz-ustaz di Malaysia hanya kaitkan budaya berinai dalam adat kahwin Melayu dengan Hindu. Kenapa tidak dikaitkan dengan Turki? Jadi ramailah dikalangan orang kita mengutuk dan mengata mempelai yg berinai, kononnya mengikut adat Hindu. Saya berkahwin dengan orang Barat, jadi saya tidak berinai. Lagipun majlis kahwin saya sangat simple masa tu. Sebab miskin. haha Kalau miskin, buat cara miskin. Eh. Yalah, sebelum kahwin dulu bakal suami baru berhenti kerja dan mulakan bisnes sendiri. Mula bisnes dengan modal RM130 sahaja. Iaitu domain name dan hosting akaun. Lepas kahwin baru diberikan rezeki lebih. Jadi, sesiapa yang rasa miskin tu, kahwinlah. Nescaya dimurahkan rezeki.
Berbalik kepada cerita kahwin di Turki ni. Majlis berinai dibuat disebelah pihak perempuan. Pengantin perempuan pakai cantik-cantik, penuh barang kemas, make up dan berinai. Lepas tu, pengantin lelaki dan perempuan akan menari bersama. Majlis ini hanya dihadiri oleh orang perempuan. Lelaki tak boleh masuk kecuali pengantin lelaki. Dulu-dulu, majlis dibuat di rumah pengantin perempuan. Zaman sekarang, majlis ini dibuat di hotel, dewan dan resort juga. Di bawah ialah saya dan ibu mertua pemilik homestay Sari Pansiyon & Cafe, dan lelaki dalam gambar ialah pengantin.
Majlis ni bermula dengan tarian oleh pengantin kemudian tetamu. Yup, menari dan menari. Saya memang tak pandai menari. Jadi saya tengok je lah orang menari, sambil saya duduk dan gedik-gedik kaki. Sehinggalah dua orang makcik datang depan saya dan lenggok lenggok tangan suruh saya menari sama. Selagi tak ikut, selagi tu dia lenggok depan saya. Jadi, inilah pertama kali saya menari. Kahkahkah macam robot!
Muzik dalam majlis ni pula agak kuat. Lepas itu, pengantin akan keluar dewan dan bersiap untuk upacara seterusnya. Mereka akan berjalan masuk ke dewan diselubungi kain hijau dan merah, di bawah cahaya lilin macam dalam gambar ni. Dalam mangkuk besar yang makcik ni bawa ialah lilin yang dicucuk pada inai. Pengantin duk belakang dia.
Pengantin pun duduk lah..dikelilingi saudara mara yang bawa lilin tadi. Masa ni sesi berdoa. Jika dalam adat kita ada tepung tawar, dalam adat dorang mungkin bahagian ini paling hampir sama dengan tepung tawar, di mana ahli keluarga dan kawan-kawan pengantin tadi akan letak inai dalam tapak tangan mereka (sebab tu ada sarung tangan), dan bagi kata-kata nasihat. Mereka sepatutnya menangis masa ni (alah, macam masa orang kita akad nikah la, menangis gak kan?).
Kemudian pengantin perempuan akan menari sambil bawa buyung. Buyung dihempas ke lantai dan kanak-kanak pun kutiplah gula-gula tu semua.
Ha..part menari tu best.Saya suka menari hi hi..lagi pun perempuan je kat bilik tu 🙂
Lebih kurang macam budaya melayu juga…
Menarik sangat.
Saya suka nak tengok real kalau macam nie..
Sebab kebudayaan sesuatu bangsa boleh ditengok dengan adat perkahwinan kan.
Nak-nak kalau di India.
Terasa meriah nye kan.
Best la siti.