Drama terakhir yang saya tonton sampai habis ialah Power lakonan 50 cent, sebelum tu Black Sails. Dua-dua drama ni ada aura tersendiri. Power penuh dengan plot yang suspen, sama juga dengan Black Sails. Cumanya, beza Black Sails ni period drama, pirate di kepulauan Nassau, Bahamas. Cuma, diolah jadi filem lama. Jauh berbeza dengan Pulau Nassau Bahamas yang saya dah pergi. Apapun drama tu best sangat, walaupun slang Bahasa Inggeris mereka agak sukar difahami.
Seorang kenalan Turki saya ada rekemen drama Magnificent Century atau dalam Bahasa Turki, Muhteşem Yüzyıl. Ceritanya berkisar zaman kegemilangan Ottoman, Sultan Suleiman iaitu yang paling lama memerintah (sebab dia jadi sultan pada usia muda) dengan isterinya, Hurrem Hatun. Hurrem Hatun ni asalnya hamba yang dibawa dari Crotia diangkat menjadi sultanah selepas melahirkan anak Sultan Suleiman (walaupun ini melanggar tradisi Ottoman), beliau diberikan nama Putera Mehmet. Sebelum itu, Sultan Suleiman dah ada putera sulung dengan Mahidevran Sultan, namanya Mustafa. Secara tradisi, Mustafa patut jadi pengganti beliau selepas mangkat. Tapi anak dengan Hurrem yang diangkat menjadi Sultan selepas kemangkatannya. Ceritanya panjang, komplot dalam drama ni hampir menyamai komplot perempuan jahat dalam drama Indonesia hahaha
Ingatkan drama Indonesia je yang ada aksi racun meracun ni, rupanya Turki pun ada. Yang ni saya tak pasti betul ke tidak wujud dalam sejarahnya. Mahidevran racun Hurrem, kemudian Hurrem racun rakan baiknya Maria sebab Maria “bergembira” dengan sultan. Ditambah pula konflik dengan Velide Sultan. Velide Sultan ialah gelaran bagi ibu kepada sultan. Asalnya dari perkataan Arab, iaitu “waalidah”. Bunyinya lebih cool dalam Bahasa Turki, kan? Velide = Waalidah. Maksudnya, “yang melahirkan”.
Ceritanya memang panjang berjela-jela sebab pemerintahan Sultan Suleiman ni mengambil masa 46 tahun, iaitu dari tahun 1520 hingga 1566, beliau merupakan tokoh penting di Eropah pada abad ke-16, . Saya pun baru tonton 9 episod dari Season 1 sahaja. Setiap episod pula mengambil masa dua jam. Tapi rasanya, saya akan tonton lagi sampai mampu. Ada lagi beratus episod menanti saya di Youtube. Google sahaja Magnificent Century dengan english subtitles, insyallah jumpa.
Saya tak pasti sejauh mana episod Magnificent Century berakhir. Saya ada terbaca, anaknya yang ganti dia selepas mangkat, Sultan Selim II ada terima surat dari Sultan Aceh untuk minta bantuan sebab jemaah haji yang nak pergi ke Mekah dengan kapal diserang Portugis. Surat tu dihantar kepada Sultan Suleiman, tapi hanya tiba lepas dia mangkat. So anaknya ni hantar tentera untuk bantu Sultan Aceh. Dengan bantuan tentera ini, Aceh menyerang Portugis di Melaka (1568-1569).
Set drama ini berlatar belakang Topkapi Palace. Dalam drama ni juga anda akan dapat lihat design gaun, jubah yang seriously cantik. Heroinnya juga bagi saya, sangat jelita.
Cerita dari Negara Turki memang kuat tepai sayang banyak melanggar ajaran agama Islam. Bayangkan nak racun orang pun sebut nama Allah…Subhanallah..Bagi saya bagus juga tak disiarkan lagi. Macam mana boleh terlepas pun tak tau la. Liberal sangat2 dan paling saya tak setuju bila nak buat kerja syirik menduakan Allah sebut juga nama Allah dan perkataan2 berkaitan. Alhamdulillah..Subhanallah..dll. Mengucap panjang bila mendengar nama Allah dikait2 dengan benda tak elok macam tu. Itu belum lagi tang berzina terang2an..Memang tak sesuai. Kenapa stesen TV di Malaysia tak siarkan lagi cerita2 dari Tanah Arab? Zaman 80an dulu banyak kisah2 dari Arab. Patut tayang juga drama atau filem dari Arab. Tak kurang hebat juga plotnya. Disamping tak ada adegan yang menjolok mata atau menyekutukan Allah
cantik2 bajunya.
tapi kenapa sexi mexxi sangat..huhu… pendedahan yang sangat merbahaya untuk kaum lelaki…
Haa entahlah..
Kebanyakkan drama2 or movie kat TV turki mmg mcm tu.. turki… sekular country…
Muhteşem yüzyıl mmg the best la… nangis tgk episod 134.. saat Hürrem meninggal… 👍 😆 Ade separate subtitle dlm website for every episode. Tp bile tanye org Turki pasal citer nih.. mcm mcm reaksi diaorg bg.. ade yg kata citer nih terpesong jauh… terlalu memalukan org islam dan turki ada pula yg kata citer nih based on true story. Tp ape pon saya rasa… ade yg betul ade yg ditokok tambah… biasala.. kalo tak… tak bleh jual filem nih ke lebih 40 buah negara…
Boleh saya tahu tak dkt mana boleh tengok drama Magnificent Century ni dengan full subtitle sampai episode yg terakhir? Sbb saya suka juga tengok drama ni tp yg ada subtitle ni dkt youtube tu cuma sampai episode yg ada puteri isabella dari sepanyol tu saja. Kalau nak beli dvd pun rasa sdh tak jual dah.
Tgk blog nih. http://muhtesemyuzyilenglish.blogspot.my.
Blog nih ade mcm mcm series mühtaşem yuzyıl series translated in english. Paling latest skrg ade kosem sultan and era her son Murad
Sekarang on air kat astro bella & mustika hd, isnin- jumaat (11-12mlm). Ulangan hari sbtu ahad ptg kat astro bella. Skg dah episod 49. Takde translation, alih suara ke bhs melayu terus.
Kat astro cite ni named as magnificient century
Skrg dh tak disiarkan😢
Boleh tonton online di Wlext.net atau .. mungkin youtube pun dah ada kot
last di tayang kat astro, episod mustafa memerintah negara ape ntah..lupe dah..lepas tu astro x tayang dah..sy tgk kat youtube ja sambungannya..tp xbape nak feel sbb dah biasa dgr suara alih bahasa..kat youtube memang suara dorang betul..sblm ni g thailand, ada tayang citer ni..lg xbest sbb guna bahasa thailand 😂😂😂