• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Travel Topic
    • Oh sedap!
    • Airlines
    • Contest
    • Drama & Filem
    • Hotel
    • Itinerari
    • UNESCO World Heritage Centre
    • Visa
    • Travel Gear
    • Personal
  • Hubungi
  • Recommended
  • Winter clothes

Travelog.my

Cerita dari bumi tuhan

You are here: Home / Travel Topic / Makanan & Restoren / Lokching – Mesti makan jika ke Kelantan

Lokching – Mesti makan jika ke Kelantan

15/08/2016 By Travelog.my 11 Comments

Lokching ni antara makanan petang-petang, lebih kurang macam pisang goreng lah. Dari saya kecil sampai sekarang, lokching memang mudah didapati terutamanya dari penjaja. Tapi, seumur hidup saya, tak pernah saya beli lokching dari penjaja dengan basikal kecuali dengan seorang pakcik tua yang menjaja di bandar Machang, Kelantan.

Sebab, pakcik tu nampak bersih dan air muka dia pun nampak cool. Itu zaman saya belajar di UiTM Machang. Sekarang, dah tak pergi beli lagi dah sebab duduk di Kota Bharu. Tak berbaloi pula nak memandu 40 minit semata nak cari lokching pakcik tu.

Bukan tak nak beli dari penjaja lain. Cumanya saya ni jenis memilih sikit kalau masuk kategori street foods. Penjual mesti nampak kemas dan bersih. Kalau penjaja tu nampak berpeluh-peluh basah baju, memang tak akan lah saya beli. Maklumlah, perut saya ni sensitif sikit.

Sekarang, saya tengok orang jual Lokching ready made di mana-mana. Hatta dalam Facebook pun ada. Siap boleh order online dan diposkan pulak tu. Tak macam dulu. Nak makan lokching sekarang sangat mudah.

Saya beli dengan kawan je ni, dia juga jual online di Facebook. Cuma RM 20 untuk 100 cucuk Lokching, dapat sos juga.

Yang menjadikan Lokching lebih sedap ialah cara kita bakar dan juga sosnya.

Saya masak benda ni semudah yang boleh. Samada goreng tanpa minyak dalam Philips Air Fryer selama 4 minit, atau masukkan dalam microwave selama 1-2 minit. Cuma, rasa lagi sedap yang goreng dalam Philips Air Fryer berbanding microwave.

Kalau terlebih rajin, bolehlah bakar guna bara api… yang bakar guna bara api ni lah yang paling sedap menjilat jari. Yang tak sedap ialah tang nak sediakan bara api tu, saya tak pandai.

beli lokching online

Yang ni saya masak dalam microwave je. Makan panas-panas cicah sos pedas. Ya Allah nikmatnya hidup…

Kalau anda nak merasa jugak, boleh order dengan kawan saya ni. Fadhlina namanya, pastu nanti dia poskan lah ke mana-mana seluruh Malaysia. Kos pos saya tak pasti berapa. Ini link Facebook dia (klik). Saya tak dibayar pun untuk promosi Lokching dia jual ni, sekadar share sebab saya tahu ramai orang suka makan benda ni tapi susah nak jumpa.

Related Posts

  • Sambal plum muda dengan ikan istarvitSambal plum muda dengan ikan istarvit
  • Resipi burger dagingResipi burger daging
  • Salji turun lagi di SakaryaSalji turun lagi di Sakarya
  • Buat daging burger ayam sendiri dalam 10 minitBuat daging burger ayam sendiri dalam 10 minit
  • Kedai ABC terbaik dan murah di Kota BharuKedai ABC terbaik dan murah di Kota Bharu
  • Resipi Kerabu Daging sedap tahap dewaResipi Kerabu Daging sedap tahap dewa
  • Resipi jeruk mangga muda yang mudahResipi jeruk mangga muda yang mudah
  • Cara masak guna Safran atau ZafaranCara masak guna Safran atau Zafaran
  • Pengalaman terbang dengan KLMPengalaman terbang dengan KLM
  • 11 makanan wajib makan semasa melancong ke Turki11 makanan wajib makan semasa melancong ke Turki

Filed Under: Makanan & Restoren

Comments

  1. reezluv says

    25/10/2016 at 6:11 am

    tak penah rasa plak makanan ni..dengar je selalu 😀

    Reply
  2. Madam Angel says

    22/10/2016 at 7:42 pm

    I fall in love the moment in saw your blog title without reading it…I saw you commented on other’s blog….as expected.
    Lokchan in kedah is a fruit…not keropok.
    What’s your secret to get so much money to travel huh….darling little sister

    Reply
    • Travelog.my says

      24/10/2016 at 10:42 am

      I travel cheaply, Madam Angel..and sometimes got help/gift from friends too 🙂

      Reply
  3. raihanah says

    21/10/2016 at 4:31 am

    saya beli kat sini je. ada juga jual. yang borong pun ada so kita bakar sendiri. anak2 mmg suka

    Reply
  4. egtukar says

    03/10/2016 at 1:52 pm

    first time tengok lokcing ni.. huhu

    Reply
  5. Oyong Ilham says

    01/10/2016 at 9:09 pm

    wah …dari gambarnya ..terasa mau makan ni

    Reply
  6. malaysia sentral says

    25/09/2016 at 6:35 pm

    sedapnyaaaa…. craving malam2 ni ..nyum nyum nyum

    Reply
  7. egtukar says

    05/09/2016 at 1:42 am

    aritu pergi kelantan, tak ada pun dapat makan ni.nampaknya kena wajib makan ni next time ke sana

    Reply
  8. Budak Kampung says

    27/08/2016 at 8:23 am

    wah sedapnya. saya panggil satay ikan. My favaurite too

    Reply
  9. Jie Susanos says

    16/08/2016 at 8:24 am

    btul..yang bakar paling sdap..

    tapi sangka pulak ada jual online..

    Reply
  10. muis ismail says

    16/08/2016 at 5:04 am

    lokcing ni mmg wajibla tiap minggu beli buat ngap petang petang kat ofis.hehe
    area sini (p.tumboh) seller jual rm15 100pcs. dah tempah 300 utk buat bbq raya haji nanti. sedap banget.hehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM80++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 140 other subscribers




Kain batik Terengganu

Proofreader Malaysia