Rancak juga industri penerbangan di Malaysia akhir-akhir ni. Sebelum ini Rayani Air walaupun banyak kontroversi, akhirnya terbang juga Rayani Air tu. Dan terkini, baru je panas-panas dengar khabar, Bayu Air pula akan melebarkan sayap dalam tanah air kita.
Saya doakan, Bayu Air akan beroperasi seperti dijadualkan dan tiada banyak masalah untuk bermula. Lagi banyak syarikat penerbangan muncul, lagi bagus. Sebabnya, nanti persaingan makin sengit dan ia pula bukan industri yang jenis monopoli. Jadi, yang untungnya kitalah – pengguna, sebab masing-masing nak pikat pengguna.
Bayu Air dijangka mula beroperasi pada Ogos ini. Tak lama dah tu. Harap jadi kenyataan.
Cumanya saya tidak pasti, ianya berasal dari Bayu Indonesia Air ataupun memang asing-asing. Sebab di Indonesia juga ada syarikat penerbangan nama Bayu Indonesia Air.
Saya kongsikan berita dari Bernama, untuk rujukan anda:
PESAWAT Bayu Air akan memulakan operasi penerbangan pada Ogos ini dengan perancangan fasa pertama ke Jeddah dan Madinah bagi destinasi umrah dan laluan pelancongan ke China.
Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Saifulrizal Raffien berkata Bayu Air akan menggunakan tiga pesawat Boeing 777-200 dan menyediakan hidangan masakan kampung selain menawarkan produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.
Beliau berkata konsep yang diketengahkan Bayu Air akan dapat memperkasakan lagi produk PKS tempatan selain mempromosikannya ke peringkat dunia.
“Ini akan memberikan pengalaman baru dan keselesaan kepada para penumpang dan kami amat komited dalam menjadikan perkhidmatan kami yang terbaik.
“Secara tidak langsung ia juga akan dapat membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup masyarakat tempatan bagi menjana ekonomi negara,” katanya di majlis pra pelancaran penerbangan Bayu Air di Kuala Lumpur, hari ini.
Mohd Saifulrizal berkata penglibatan pihaknya dalam industri itu akan membuka peluang pekerjaan seperti anak kapal dan juruterbang kepada orang ramai terutama bekas kakitangan Malaysian Airlines (MAS).
“Kita akan adakan program untuk membawa seramai 40 orang fakir miskin dan tidak berkemampuan pada setiap bulan untuk mengerjakan umrah yang ditaja sepenuhnya Bayu Air dengan kos RM15,000 setiap orang,” katanya.
Bayu Air dimiliki syarikat bumiputera Bayu Mutiara Skyways Sdn Bhd, ditubuhkan pada 2014 yang berpusat di Cyberjaya dengan mempunyai sehingga 300 kakitangan. – Bernama
Dulu saya mengguna Visa Mengikut suami. Tpi selepas bercerai sya hendak menggunakan visa anak anak
1.adakah saya masih bole mengguna Kan passport lama saya atau saya hendak membuat passport baru
2.bagaimana kah saya hendak membuat visa untuk Mengikut anak anak
Bagus juga ada airline yang baru untuk memberikan peluang pekerjaan kepada kakitangan MAS yang dah diberhentikan kerja sebelum ni
rayani air pun belum rasa, dah keluar bayu air plak? hurmmm
boleh tahan tu, guna boeing 777. semoga syarikat penerbangan di Malaysia ini akan bertambah meriah.
bayu air plak.
makin lama makin banyak plak kapal terbang punya syarikat muncul.
dah macam geng tone excel aje. haha
waa..ada lagi yang baru..harap servis pun ok
ada masa dia promote bayu air tu kan. ade iklan tu, dia pnye pilot hensemm..
hahaha
bagus juga semakin banyak persaingan
menarik ni…saya pun tak pernah naik lagi. air asia pernah la
Baru rasa MAS, Air Asia & bakal naik Malindo. Mudah2an ada rezeki merasa terbang dlm Rayani & Bayu Air pulak. Apa-apa pun, yg penting selesa & selamat sampai ke destinasi, kan…. 😀
Semoga kehadiran pesaingan dalam industri penerbangan menguntungkan pelanggan
setakat ni baru naik syarikat penerbangan MAS dan China Airlines je…Air Asia ke MALindo ke,tambah pulak Rayani air pun aku tak merasa lagi….tambah lg bayu air….entah bila nak merasa ni…haha
Saya pun tak merasa lagi naik Rayani Air tu. Bayu ni dengar khabar dia nak fly yang long haul punya..allahu’alam.
baru tahu. thanks sebab bagitau
harap-harap harga Bayu Air juga mampu milik seperti Air Asia dan ada route ke Kota Kinabalu. Banyak sikit pilihan nak balik kampung lepas ni. 🙂
Harapnya macam tu lah. Lagi syok kalau pengkalannya di Kota Bharu hehehe