Disember lepas, kali pertama mertua nak sambut krismas dengan cucunya. Jadi kami bertolaklah ke Florida Disember lepas.
Naik flight Malindo Air ke Kuala Lumpur. Kemudian flight China Southern Airlines ke New York. Kemudian flight Delta ke Florida.
Lepas hanpir 3 hari perjalanan, maka sampailah kami di Orlando.
Penat. Terjelepek.
Elok sampai rumah, terus tidur sampai ke malam.
Orhan pun sama tidur juga.
Krismas di Orlando ni best ke? Haha saya nak cakap best ke tidak, saya tak tahu sebab saya tak pernah sambut krismas sehinggalah berkahwin dengan suami yang baru masuk Islam ni.
Tak tahu nak beza best ke tidak. Bagi mertua, dorang rasa best sebab cucu tunggal dia balik. Hehe Lagipun, untuk family yang kecil, suasana mesti lebih meriah bila semuanya balik kan. Macam kita raya kat sinilah.
Cuma, di sana, open house dibuat sebelum krismas lagi. Contohnya, jiran nak buat makan-makan, mereka akan buat awal-awal lagi dalam Disember.
Pokok krismas pula pergi beli di kedai pokok. Kadang-kadang akan ada kedai baru dibuka semata nak jual pokok krismas. Bergantung kpd bajet, anda boleh beli pokok kecil utk bajet kecil dan sebaliknya.
Mertua saya beli yang saiz 6 kaki tinggi. Letak atas bumbung kereta kemudian angkut masuk dalam rumah. Di kaki pokok tu letak kain basah dan vitamin pokok.
Satu pokok krismas boleh bertahan sehingga dua bulan dalam rumah. Itu cuaca di Orlando lah. Saya yakin, di Malaysia ia tak akan tahan selama tu sebab cuaca kita panas lit lit.
Ada orang guna pokok plastik. Pokok krismas tu macam hiasan ketupat kot dlm budaya kita.
Malam sebelum hari krismas tu pula, sesiapa dlm rumah tu boleh letak hadiah yg dah dibungkus di kaki pokok.
Yang dalam stokin krismas tu pula selalu mereka letak hadiah kecil-kecil yang akan digunakan sepanjang tahun. Contohnya berus gigi, ubat gigi, sikat, pen, dan seumpamanya. Hadiah besar letak kat kaki pokok.
Pagi krismas, lepas breakfast jadi acara buka hadiah. Adat orang kita, bila dapat hadiah, kita tak buka depan pemberi hadiah. Adat orang sana, kita kena buka depan dorang. Memang dia tunggu nak tengok reaksi kita hahaha part ni saya confuse sikit.
Lepas tu duduk-duduk di rumah sambil dengar lagu atau tonton tv rancangan krismas. Kemudian makan tengah hari beramai-ramai di rumah. Malam pula tengok movie di rumah. Jadi hari krismas tu memang diluangkan masa dengan ahli keluarga terdekat.
Bukan macam kita sambut raya di mana hari raya tu hari menziarah rumah nenek dan seumpamanya. Dorang ziarah awal-awal sebelum krismas.
Esok lepas krismas tu pula, hari bekerja seperti biasa. 1 hari je dorang cuti. Krismas di Malaysia pula macam mana ye?
Jauh juga beraya ye. Adat berkahwin dengan orang jauh begitulah ye. Tapi seronok juga
Hi, I plan nak bercuti ke Orlando akhir tahun ni. Nak taulah if you transit in New York, you kena retrieve checked in luggage, go through customs & Immigration, dan kemudian check in luggage balik lepas tu baru teruskan flight ke Orlando. Betulke? Lepas tu kat Orlando kena go thru’ immigration lagi ke? Thanks.
Ye, kena ambil luggage di New York airport (atau mana-mana airport kita landing). Lalu imigresen dan kastam pastu drop bag semula kat kaunter drop luggage tu.
thank you, rasanya I kena survey flight lagi, nak transit kat negara lainlah. Malaslah dah berbelas jam atas flight lepas tu kena retrieve luggage lagi, and then check in sekali lagi.
Kalau nak transit di US memang tak berbaloi, sebab nak transit pun kena ada visa US juga.
Pergh 3 hari baru sampai kampung…