Konya letaknya lebih kurang 8 jam memandu dari Istanbul. Tapi kalau nak cepat, anda boleh terbang terus ke Konya dari samada Ataturk Airport ataupun Sabiha Gocken Airport. Memandangkan saya duduk di Sakarya, jadi saya naik keretapi laju (THY) dari Arifiye ke Konya dan perjalanan mengambil masa 3 jam 30 minit, berbanding bas selama 7 jam.
Konya asalnya dibawah kerajaan Seljuk dan Karamanids. Ini bandar lama. Sudah didiami sejak 3,000 SM. Kemudian bandar ini dibawah pengaruh Hitties sekitar tahun 1500 SM. Kemudian diambil alih oleh Sea People sekitar tahun 1200 SM. Kemudian Phyrgians menubuhkan empayarnya pada abad 8 SM. Kemudian di bawah kerajaan Parsi sehinggalah ditewaskan oleh Iskandar Yang Agung pada 333 SM. Dan macam-macam kerajaan lain lagi silih berganti sehinggalah ditakluk oleh Seljuk pada tahun 1084. Masa ni kerajaan Ottoman belum wujud lagi.
Di Konya, anda boleh lihat masjid pertama yang dibina oleh Suleyman Shah selepas menduduki Konya. Suleyman Shah ialah bapa kepada Erturgul. Erturgul pula bapa kepada Osman. Siapa Osman? Osman ialah anak kepada Erturgul dan Helime, Osman ini lah merupakan pengasas kerajaan Ottoman/Uthmaniah yang wujud selama lebih 600 tahun.
Drama pasal Ertugrul ini anda boleh tonton di Youtube, Resurrection Erturgul. Apa yang anda tonton dalam drama tersebut, ialah drama berdasarkan sejarah dan dari apa yang saya baca, ianya “as correct as it can be”. Dari pakaian, bekas minuman, khemas, pedang dan seumpamanya. Drama ini lebih besar dari drama Muhtesim Yuzyil (Magnificent Century) dan pembikinannya disokong oleh Kerajaan Turki. Drama ini disiarkan di banyak negara termasuk Indonesia, tapi belum lagi di Malaysia.
Semasa pemerintahan kerajaan Ottoman, Konya diperintah oleh Sehzade (Putera) seperti yang anda boleh lihat dalam drama Muhtesim Yuzyil.
Itu cerita dulu-dulu pasal Konya. Sekarang, Konya ialah wilayah ke-7 terpadat di Turki. Yang pelik dengan Konya ni ialah, geografinya yang unik.
Ia terletak di dataran tinggi atau plateau. Apa yang menarik di Konya? Itu nanti saya ceritakan dalam pos akan datang.
untung juga ya boleh belajar juga selok belok turki. semoga baik2 saja di sana
Terima kasih kak 🙂
oo dah duduk turki ke. semoga dipermudahkan urusan di sana
Lama tak mai singgah sini… memang stay turki terus ke? atau sementara follow husban jer?
InsyaAllah tengah tahun ni balik Kelantan 🙂
Wah bestnya. Dulu pusing istanbul je, cuti sem tak panjang, fulus pun tak berapa ada masa zaman belajar dulu-dulu huhu.. Selamat berkenalan =)
Selamat berkenalan Ibu Zarith 🙂
Bestnya duduk di negara para Anbiya ni, pastinya dah banyak travel kat Turki kan
Baru 12 wilayah je kak kami pergi.. banyak lagi tak dapat pergi sebab faktor keselamatan. huhu
pehh..
rajin pi turki nih.
ada safron lebih tak?
Safron tak de sekarang sbb bukan musim menuai ni. Insyaallah sebelum balik nanti kami gi beli..jauh gak, 5 jam perjalanan. Harap bersabar ye.