Scam dan karpet berpisah tiada, terutamanya di Turki.
Kami ke Konya minggu lepas buat kali kedua, dan cerita trip ke Konya ini mungkin trip terakhir dalam tempoh terdekat ini disebabkan beberapa perkara yang perlu saya beri keutamaan selain melancong.
Tujuan kami ke Konya ialah untuk beli karpet. Karpet dan kilim sangat popular di Konya. Karpet ialah lebih tebal, selalunya berbulu, kilim tu lebih nipis. Sebab apa beli di Konya? Kedudukan geografi Konya yang berada pada altitud 1200 meter menjadikan bulu biri-biri di sana lebih berkualiti, tidak mudah putus, kukuh dan tahan lama. Sama juga dengan daging dan lemak biri-birinya, lebih sedap berbanding daging biri-biri yang berada pada altitud rendah. Kenapa? Kerana pada altitud tinggi, udaranya berbeza. Sangat berbeza.
Semasa saya di sana, kulit saya ini pun cepat sangat kering dan bibir pun sangat cepat berdarah. Saya tak biasa dengan altitud tinggi pada musim sejuk. Kata rakan saya yang merupakan seorang pakar bedah jantung, manusia yang tinggal di kawasan pergunungan tinggi juga punya jantung yang lebih besar berbanding kita yang tinggal di bahagian bawah ni, iaitu sekitar 20% lebih besar.
Jadi tidak hairanlah jika Konya popular dengan makanan berasaskan daging dan industri karpet.
Saya tidak pernah masuk ke mana-mana kedai karpet di Istanbul, Sakarya, mahupun bandar-bandar lain di Turki. Walaupun berkali-kali dipanggil dan diajak masuk ke kedai karpet oleh marketer mereka.
Sehinggalah saya tiba di Konya. Duduk tengok peta dengan hubby depan Mevlana Museum, tiba-tiba seorang lelaki tempatan datang dekat kami dan bercakap Bahasa Inggeris dengan fasih. Masa tu kami duk cari restoren Anadolu Mutfagi yang direkemen oleh isteri tuan hotel. Sampai ke sudahnya kami tak jumpa restoren tu.
Berbalik kepada lelaki tadi, kami di bawa ke kedai karpetnya. Masa ni dah agak dah, dia ni mesti middle men. Saya tak fikir dia tuan kedai karpet, mungkin sekadar broker atau orang tengah sahaja. Tapi ikut jugak dan pergi ke kedai dia. Lepas minum teh epal, kami minta diri untuk beredar. Dia bersungguh mahu menjual, saya cakap, “kami datang lain kali”.
Lalu kami beredar. Esoknya, semasa berjalan sekitar masjid lama di Konya, sekali lagi terserempak dengan lelaki sama mengingatkan kami janji yang saya buat semalam. Hahaha Dalam hati saya cakap, “Gila, dia cam aku! This is creepy!”
Jadi pesan saya, janganlah ikut terus kalau orang cakap dia jual karpet. Senang cerita.
Sehari sebelum balik, barulah kami jumpa kedai yang kami berkenan. Ini dia.
Satu karpet yang besar – yang berdiri dalam gambar tu beratnya ialah 30 kg. Jika beli di mana-mana kedai karpet ni, anda boleh minta mereka poskan ke alamat yang anda berikan. Kos pos ke Malaysia berbeza bergantung kepada syarikat kargo. Contohnya UPS, pos 30kg dapat harga USD200, manakala FEDEX pula USD210. Pos berserta insuran. Pastikan anda lihat karpet yang dibungkus dan dipos ialah karpet yang anda beli. Ambil gambar karpet yang anda beli untuk pastikan apa yang diterima nanti sama seperti yang dibeli. Bukan apa, bimbang kalau kita beli karpet lain, yang dipos pula karpet lain. Jika anda nak pikul bawa balik sendiri dengan kapal terbang pun boleh, mungkin lebih murah kosnya.
Karpet bulu biri-biri handmade
Saya tidak pasti berapa harga karpet bulu biri-biri berkualiti seperti ini di Malaysia. Tetapi untuk saiz 2.5 x 3.5 meter di sini, anda boleh dapat pada harga kurang RM3,000 sekeping. Campur dengan kos pos, RM 900 (USD200), jadi boleh dapat karpet buatan tangan jenis bulu biri-biri pada harga bawah RM4,000.
Sila allocate jumlah cukai yang perlu dibayar kepada Kastam Malaysia juga.
Ini contoh karpet.
Anda boleh lihat karpet tu ada error atau tak dengan lihat pada bahagian belakang karpet. Kalau ada error, boleh nampak terus dari situ. Handmade carpet selalunya ada error, walaupun sedikit. Satu meter persegi karpet perlukan sekurang-kurangya 6 kg bulu biri-biri yang bersih (ready wool selepas dibuang bahagian yang kotor, tak cantik dan sebagainya, jadi 6 kg tu bukan bulu yang baru dipotong dari biri-biri).
Harga karpet berbeza bergantung kepada:
- saiz
- knot – lebih banyak knot per semeter persegi, lebih mahal – ibarat kamera, lagi tinggi megapiksel, lagi mahal kamera tersebut
- dari bandar mana ia dibuat – yup, juga mempengaruhi harga
- Usia karpet – lebih lama, lebih mahal
- handmade atau tidak – handmade tidak perfect seperti factory made
- warna
- bulu, sutera, kapas atau kombinasi. Ada karpet yang diperbuat dari bulu pada bahagian bawah leher biri-biri, ini bahagian paling mahal bagi biri-biri sebab ia sangat bersih dan tidak pernah kotor. Ia sangat lembut dan sedikit berkilat seperti sutera. Karpet yang guna bulu bahagian ini sangat mahal. Seekor biri-biri selalunya hanya ada sekitar 300-400 gram bulu bahagian ini. Bayangkan berapa banyak ekor biri-biri diperlukan untuk 1 meter persegi karpet? (1 meter persegi perlukan sekurang-kurangnya 6 kg bersih bulu biri-biri)
- tour guide price – okay, saya tak akan beli karpet jika saya dibawa oleh tour agent sebab komisyen yang akan dia terima dari karpet adalah agak tinggi. Semua itu dicaj pada harga karpet yang kita beli. Jika anda pergi dengan tour agent, mungkin anda stuck dalam sistem jadi jangan segan minta diskaun sekitar 30% – 50%, tapi jika pergi sendiri memang kena belajar cara nak beli karpet supaya tak ditipu.
Kilim
Kilim lebih nipis berbanding karpet. Jika anda perasan, corak-corak karpet ni ada motifnya. Yang bahagian bawah ni, motif “Burung Helang Kepala Dua”. Helang Kepala Dua ni sebenarnya simbol kerajaan Konya. Alkisahnya, burung helang bekepala dua pertama kali ditemui di mesopotamia lama dulu. Figur ini pertama kali ditemui di Catal Huyuk – dan sekarang masih dalam proses ekskavasi (penempatan terlama di dunia berdasarkan sejarah).
Kilim dipercayai mula wujud pada tahun 7000 SM, di Catal Huyuk. Manakala karpet pula sekitar abad 8 dan 9 M.
Natural dye
Karpet biru di atas bukan natural dye tapi chemical dye (dye zaman moden). Manakala kilim merah dan hitam di atas pula natural dye kilim. Warna merah diperbuat daripada madder root (saya tak tahu apa nama dalam istilah BM), manakala warna biru diperbuat daripada pokok Indigo, warna oren dari safran, warna biege dari sejenis bunga seperti jasmin, warna kelabu pula dari kulit walnut, dan sebagainya.
Kilim atau karpet yang diwarnakan secara natural ini perlu dijemur di bawah bayang matahari. Kalau jemur betul-betul bawah sinar matahari, warna itu kering dan terbang di bawa angin. Sama juga bila anda guna dalam rumah, jangan letak dekat tingkap ataupun pintu supaya keaslian warnanya tahan lebih lama.
Saiz kilim atau yang natural die ni lebih mahal berbanding chemical dye, contohnya harga kilim bersaiz 1 meter x 1.5 meter bermula dari RM 900 (USD200++). Ia juga lebih berat.
Itulah sikit sebanyak perkongsian pasal karpet dan kilim di Turki yang sempat saya belajar. Semoga bermanfaat untuk anda.
Mace nok exam baco ni ..letih mata remaja dewasa ni .
pehh..
panjang lebar tinggi tengah tenggara hang tulis nih.
faham habis.
haha..
Bagus kalau faham haha