Tiada lain inilah tujuan sebenar kami ke Osaka nih. Sebabnya, bunga sakura hanya kembang dua minggu sahaja. Masa mula-mula beli tiket pun dah beli tiket berdasarkan ramalan cuaca di Jepun mengatakan bunga sakura akan berkembang bermula 26 March.
Tapi biasalah, manusia merancang tapi Allah penentu segalanya. Seminggu sebelum bertolak, kami tengok ramalan cuaca di Jepun update tarikh berkembang bunga sakura, dari 26 March kepada 28 March. Dah tu, bila hari bertolak, dorang update lagi kepada 1 April – tarikh tu kami dah sampai Kelantan dah pun.
Tapi, di sesetengah kawasan ada yang berkembang mekar lebih awal. Contohnya di Osaka Castle Park, kat situ masa kami pergi bunga sakura dan kembang comel-comel. Walaupun bukan 100% kembang, tapi memang dah nampak cantiknya tu.
Cuma sehari sebelum tu kami ke Arashiyama Bamboo Forest, kat situ cuma sikit je pokok sakura berkembang. Nun kat Tokyo dan belah atas-atas memang dah kembang mekar. Apapun kami puas hati, dapat jugak tengok bunga sakura merimbun pinky-pinky gitu. Alhamdulillah, kami syukur atas rezeki yang dikurniakan ini.
Assalamualaikum, sy nak tanya tiket JR Pass utk 4 hr brp ratus.. Dan tiket USJ brp..
Salam, saya tak pasti harga terkini. Boleh hubungi pihak berkenaan spt tour agent atau JNTO dan sebagainya utk maklumat lanjut.