Sebenarnya ni dah kali ke berapa ya serangan pengganas di Istanbul. Bila cakap Istanbul, saya merujuk kepada tempat yang popular dengan pelancong tu. Sebelum ni di Istana Dolmabahce pun ada serangan pengganas, kemudian polis ditembak pengganas di sekitar Sultanahmet.
Hari ni, bangun tidur sahaja tengok berita, lagi sekali berlaku serangan pengganas di Sultanahmet – kawasan yang paling popular dikalangan pelancong. Tempat serangan pula betul-betul sebelah Masjid Biru. 10 orang mati, 15 cedera. Saya tak pasti ada warga Malaysia yang terlibat ataupun tidak.
Baru minggu lepas saya di sana, ngam-ngam di Sultanahmet, bertemu kawan datang dari Jepun.
Jadi saya nasihatkan, sesiapa yang bercadang nak datang melancong ke Turki, kena lebih berhati-hati.
Maklumat terkini boleh anda baca di HurriyetDailyNews.com, laman web berita Turki berbahasa Inggeris.
bahaya juga ke Turki, perlu berhati-hati..
Tak bahaya..selamat je sebenarnya.
Semoga kita dilindungi dari Allah…
Kasihan yang membunuh diri tu…
Semoga Allah ampunkan dosa dia.
Dah 😱 cuak nak ke Turkey. Nih serangan bom ke3 lepas di Ankara dan di Suruç tahun lepas. Kendine iyi bak sen. Semoga kita semua dilindungi Allah dari perkara yg macam ni.