Sehari dua ni duk buat planning untuk trip Istanbul dan USA ni memang penat rupanya. Banyak betul kena search maklumat. Sungguh, tak pernah trip saya sebesar ini. Trip paling besar sebelum ini cuma Kota Bharu > Kuala Lumpur > Tokyo > New York > Orlando sahaja.
Yang kali ni, panjang betul listnya. Dengan kerja bertimbun-timbun perlu disiapkan sebelum bertolak, lagi penat. Nasib baik masa pergi nanti bukan musim sejuk jadi tak perlu bawa pakaian tebal-tebal. Tidaklah saya penat nak jinjing luggage dan bagback yang besar ke hulu ke hilir.
Finally, kat bawah ni trip kami untuk bulan depan. Trip ni mengambil masa dua bulan. Iaitu, selepas raya haji sehingga akhir November. Akhirnya siap juga plan perjalanan kami. Lama betul fikir mana nak pergi, mana nak duduk, berapa lama nak duduk sesuatu tempat. And of course, finding the cheapest accommodation in a good location is quite tough tho.
Kota Bharu > Kuala Lumpur > Turki (12 hari) > Amsterdam (transit 8 jam) > New York (6 hari) > Philadelphia – visit nenek (2 hari) > Orlando – lawat mertua 3 minggu > Tennessee (2 malam) > Orlando > Paris (1 hari) > Istanbul (1 hari) > Kuala Lumpur > Kota Bharu.
Begitulah perjalanannya nanti.
Ada transit 8 jam di Amsterdam dan 1 hari di Paris. Masih lagi berfikir nak buat apa dalam tempoh transit tersebut. Jika ada duit lebih, mungkin boleh ambil train ke bandar atau ambil HOHO bus kot. Ini plan yang belum settle. Kalau masih bertenaga, mungkin kami keluar airport untuk ambil angin. Kalau dah badan letih, nampak gaya cari port yang OK dalam airport, membuta je la kot.
Btw, terima kasih kepada Takaev Cave Hotel Cappadocia sebab berikan rate yang super awesome untuk kami. Tak sabar nak duduk hotel dalam cave. Cave sebenar pulak tu. Kecil-kecil dulu, buat cave dalam rumah guna blanket je.
Paling saya excited ialah Istanbul dan Cappadocia. Jarak antara Cappadocia dan Istanbul ialah 12 jam perjalanan menggunakan kereta. Macam dari Kota Bharu ke Johor Bahru. Jadi untuk kurangkan masa, kami akan ambil fast train ke Ankara dan akan dijemput oleh kenalan di sana untuk ke Cappadocia. Atau jika nak jimat masa lagi, boleh ambil direct flight selama satu jam setengah dari Airport SAW ke Nesvehir menggunakan Pegasus Airways. Tapi, disebabkan trip ni dah banyak guna flight, dan saya pun jarang-jarang sekali ada chance untuk naik train, kami pilih untuk guna train (THY train) atau jalan darat untuk ke sana nanti.
Sungguh, dah banyak baca travel blogger lain tulis pasal Istanbul. Dah banyak video pasal Cappadocia yang saya tonton. Memang excited habis. Seriously excited and I can’t just hide it.
Eh, excited ke jakun?
pehh..
kalau naik basikal, berapa harilah leh sampai ke semua tempat tuh agaknya ye..
hahaha aku mati tengah jalan dulu kot, Titan.
Wahhh, banyak nak kena tulis nanti ni. Huhu. best! 🙂
Haha betul tu. Nanti kita tulis.
tak sabar nak baca cerita berjalan-jalan ni 😉
Hehe kita tak sabar nak pergi ni ^^
wah mcm best je planning travel jauh2….mesti penat kan..aku plan nak travel dlm malaysia pun dah penat..ni kan instanbul dan usa
Tu lah, aku pun dah boleh bayangkan penatnya ni. Tapi digagahkan juga.. duk imagine kalau travel bila ada baby/anak esok-esok.. lagi haru rasanya..