Asalnya saya tidak bercadang untuk menginap di Jepun, sebaliknya saya hanya mahu simpan luggage dan jalan-jalan sekitar Tokyo. Tapi, atas sebab-sebab tertentu, plan berubah dan terpaksa menginap di hotel. Kami tak booking hotel awal-awal pun. Jadi, bila tiba di Narita Airport dari New York, kami ke kaunter pertanyaan dan book hotel dari situ.
Dalam banyak-banyak pilihan hotel yang ada, kami pilih Hotel Nikko Narita yang letaknya di Bangunan JAL, Narita. Kenapa menginap di Narita dan bukan di Tokyo? Kerana Narita ialah kawasan kampung, macam kat KLIA tu.. tak ada apa menarik pun melainkan lapangan terbang yang baru dibina nan sebuah itu. Jadi, hotel di sekitar Narita (pada pendapat saya) lebih murah berbanding di Tokyo.
Kami dapat satu bilik dua orang dengan harga cuma JPY6000 per night. Iaitu lebih kurang RM180 sahaja. Bilik dengan keluasan lebih kurang 10 kaki x 15 kaki. Ada banyak pilihan bilik, tapi sebagai orang yang bukan datang untuk bercuti, ini sudah mencukupi.
Biliknya tak luas macam hotel-hotel lain yang pernah saya inap. Saya dimaklumkan juga, memang gaya orang Jepun…. kecil-kecil dan cukup-cukup saiz sahaja.
Antara facilities yang disediakan termasuklah teh hijau, coffee, kettle, toiletries jenama Shisheido yang botol besar-besar, peti ais, bath tub, toilet dengan heater, televisyen dan macam-macam lagi. Kat luar bilik pula ada vending machines yang jual beer, vodka, dan beberapa jenis minuman ringan.
Meja disebelah katil dilengkapi semua suis termasuklah air-cond. Jam loceng pun kat meja kamar itu juga. Neat, kan?
Dalam bangunan ni juga beberapa restoren, kedai-kedai serbaneka, butik-butik dan pelbagai lagi. Saya sempat merasa dumplings yang dijual di kedai Lawson (macam 7-Eleven) dan rasanya boleh tahan sedap.
>> Jika anda bercadang untuk menginap di Hotel Nikko Narita, boleh booking terus di website Booking.com. Ada free shuttle bus ke bandar Narita dan juga free shuttle bus ke Narita Airport.
Wish I could be there one day..dah banyak kali plan nak gi Japan tapi belum berkesampaian..