• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Turki / Eskisehir / Hotel di Eskisehir: Grand Namli Hotel & Rixos Eskisehir yang …

Hotel di Eskisehir: Grand Namli Hotel & Rixos Eskisehir yang …

10/04/2015 By Travelog.my 5 Comments

Grand Namli Hotel

Ada dua hotel kami menginap semasa di Eskisehir. Kami tempah Grand Namli Hotel ni untuk dua malam pertama sebab lokasinya dekat dengan train station dan dalam bandar, selain dekat dengan stesen tram.

Hotel ni okay. Sebab sebenar kami book hotel ni ialah terpengaruh dengan review betapa bagusnya breakfast di hotel tersebut. Saya sendiri yang tempah. Review dua orang pelancong Kanada cakap sedap betul breakfast di Hotel Grand Namli. Maka saya yang naif ni pun book je lah, tanpa buat research yang lebih detail. Pengaruh testimoni punya pasal.

Sebenarnya, saya boleh katakan ianya merupakan breakfast yang tak seperti saya harapkan. Di Turki ni, kalau buah zaitun pun rasa tak boleh nak telan, tak tahu lah nak cakap apa. Dan kedua, buah tomato yang dihidangkan semasa breakfast rasa macam buah tomato yang dipotong semalaman kemudian diletakkan dalam peti ais (atau mungkin yang tak habis hari sebelumnya kemudian dihidang kembali hari tu). Saya tak begitu teruja dengan breakfast. Tapi memang mereka ada dua jenis kuih yang sesuai dengan selera saya. Nak komplen banyak-banyak pun tak boleh, bila difikirkan nun dekat sempadan Turki-Syria ada beratus ribu manusia tak ada makanan. Jadi syukurlah kita ni ada benda nak dimakan.

Hotels in eskisehir

Bilik kami di tingkat 3. View dari tingkap nampak bangunan sebelah, OK lah tu kan sebab bangunan dalam bandar nak hadap apa lagi kalau bukan bangunan. Bilik juga agak luas dan bersih. Cukup kelengkapan termasuk sejadah dan kemudahan lain. Tak ada apa nak dikomen pasal bilik sebab ianya berbaloi dengan apa yang dibayar. Memang murah betul book guna survey function di sidebar kanan blog ni.

Hotels in eskisehir 2

  • Recommended for family and kids
  • Nearby local restaurants – lot of choices for foods
  • Close to train station, tram and buses – easy access to almost anywhere within Eskisehir

Rixos Eskisehir, “suis lampu bijak”

Hari ketiga kami di Eskisehir, habibi nak menginap dalam bandar lama di Odunpazari. Jadi kami cari-cari dan jumpalah hotel di puncak bukit, hotel yang baru dibuka tahun 2014. Memang baru betul. Dan kalau ikut rating, ada 5 bintang. Harga pun tak mahal mana mungkin sebab last minute online booking di Agoda.com. Gah betul nampaknya.

rixos eskisehir review 6

Kami terus ke bilik selepas check in. Elok letak beg, habibi keluar nak pergi tengok spa. Kat hotel ni juga ada natural hot spring. Teruja betul habibi bila dengar pasal hot spring, yang tak teruja kami tak bawa swim pants. Hurhurhur

Maka saya keseorangan dalam bilik. Elok masuk bilik air nak buat bisnes, tiba-tiba bidai bilik mandi ni terbuka tertutup berulang-ulang kali, dan lampu pula blinking ON dan OFF. Adalah dekat 5 minit duk main buka tutup bidai ni.

rixos eskisehir review 4

Ingatkan habibi dah balik ke bilik dan saja-saja nak mengusik. Tapi lepas panggil habibi beberapa kali dan tak ada sahutan, saya pun cakap, “eleh, aku tok takut lah ko mung. Mainlah switch tu sapa ko esok pun”.

Elok lepas cakap macam tu, dah berhenti aktiviti ON dan OFF lampu dan bidai.

Saya keluar bilik mandi, dan terus ke beranda.

rixos eskisehir review 2

Ini view dari beranda bilik. Nun sejauh mata memandang. Memang view seluas dan sejauh mata memandang inilah yang dicari orang rumah saya. Macam masa kami naik ke puncak Clingman Dome, Smokey Montain di Tennessee dan Tangkubang Perahu, Bandung. Naik tinggi-tinggi supaya boleh tengok jauh-jauh. Eh eh, ada kubur rupanya sebelah hotel ni.

Bukanlah saya ni jenis percayakan hantu ke apa ke.. tapi kadang-kadang benda-benda begini memang wujud pun. Dan saya tak kata yang hotel ni ada hantu, jangan salah faham pula. Kadang-kadang suis lampu tu je yang problem ON OFF gitu. Cuma ini switch lampu di Turki pertama yang bijak sebab ia faham loghat Kelate saya. Ya lah, lepas cakap tak takut, terus lampu tu jadi normal.

rixos eskisehir review 3

Siaran TV pun ada banyak pilihan. TV duduk belakang cermin tu ha.

rixos eskisehir review 5

Dan saiz biliknya pun boleh tahan la besar, tapi tak seluas Grand Namli tadi. Elok lepas ambil gambar ni, saya WhatsApp habibi suruh balik ke bilik. Tak kan nak duduk sensorang lama-lama kan? Perasaan tak takut tadi dah bertukar kepada “rasa lain macam” lepas tengok kawasan kubur yang agak besar sebelah hotel 😉 Tapi overall semuanya OK. Sekejap masa duk buat bisnes dalam bilik air tu je ada masalah.

  • Nice view from the room
  • Good facilities
  • Breakfast below expectation
  • Nice shower
  • Super duper great hot spring and spa

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Eskisehir, Hotel, Travel Topic, Turki

Comments

  1. titan says

    10/04/2015 at 8:03 pm

    bijak sungguh lampu tu eh..

    Reply
  2. JMR says

    10/04/2015 at 8:11 am

    hahaha tak sangka kat sana, ‘mugo’ tu faham loghat ‘kelate’ heheh

    Reply
    • Travelog.my says

      10/04/2015 at 8:59 pm

      Hahaha mugo! Benda nama mugo tu memey pelik.

      Reply
  3. rahimah says

    10/04/2015 at 6:57 am

    Hee….saya selalu tidur last kalau travel.Kadang terfikir entah-entah bilik ni dulu ada orang mati ke apa ke.Tak senang duduk saya kalau lampu asyik terbukak tertutup lagi-lagi bila dah perasan kubur sebelah hotel je .

    Reply
  4. kakmahh says

    10/04/2015 at 5:28 am

    Kalau cerita bab hotel ni. Memang macam-macam.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in