• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Travel Topic
    • Oh sedap!
    • Airlines
    • Contest
    • Drama & Filem
    • Hotel
    • Itinerari
    • UNESCO World Heritage Centre
    • Visa
    • Travel Gear
    • Personal
  • Hubungi
  • Recommended
  • Winter clothes

Travelog.my

Cerita dari bumi tuhan

You are here: Home / Turki / Cappadocia / Hotel Cappadocia – Natureland Cave Hotel (Recommended)

Hotel Cappadocia – Natureland Cave Hotel (Recommended)

16/10/2015 By Travelog.my 1 Comment

Kali ni nak rekemen hotel yang didiami Jonathan dan kami pada trip ke Cappadocia yang lepas. Jika sebelum ni kami menginap di Taka Ev Cave Hotel, kali ni nak rekemen Natureland Cave Hotel pula. Dua-dua hotel ni bagus, dan saya tak rasa segan untuk rekemen mana-mana salah satu. Bergantung kepada bajet anda sahaja. Taka Ev Cave Hotel ni harganya lebih mahal, manakala Natureland Cave Hotel pula harga berpatutan.

Hotel ni letaknya dalam pekan Goreme. Lebih kurang 1 km dengan stesen bas Goreme. Dan sangatlah dekat dengan Goreme Open Air Museum. Jika anda naik bas dari Istanbul, boleh jalan kaki je ke hotel dari stesen bas Goreme. Tapi, yang bagusnya, mereka berikan free shuttle 🙂 Bila sampai di Goreme dengan bas, terus telefon mereka dan staf dia akan jemput di Tourism Information Center Goreme. Tak payah pening-pening cari hotel.

Hotel ni dekat dengan tempat pelepasan belon-belon panas. Jadi, bila bangun pagi, buka tingkap.. anda akan dapat tengok pemandangan belon-belon panas berterbangan di udara. Ini view dari kawasan tepi hotel pada waktu petang.

PANO_20151008_161359

Dekat hotel juga ada kandang kuda. Tapi tak pasti, boleh pinjam tak kuda tuan hotel ni. Nanti kalau anda menginap kat situ, cuba tanya kot-kot dia bagi pinjam. Bolehlah pinjam pusing Goreme haha

hotel di cappadocia 2

Bukan sahaja kuda, malah ayam pun ada.

hotel di cappadocia 1

Dan telurnya sekali! Mungkin telur ni kot yang tuan hotel guna untuk buat omelet dan telur rebus untuk breakfast 🙂

hotel di cappadocia

hotel di cappadocia 5

Ni pun kat hotel jugak. Okay, ni pulak gambar dalam bilik.

hotel di cappadocia 4

Cave hotel. Nampak tak tilam belakang tu? Itu pun tempat tidur, zaman dulu tempat tu ialah oven, atau tempat bakar roti dan seumpamanya.

Asalanya tempat ni dikorek dan dijadikan tempat tinggal pada abad ke-6 M. Amacam, cool kan?

Anda boleh booking Natureland Cave Hotel ni melalui laman web Agoda.com, atau AirBnB com. Kalau nak booking melalui AirBnB, anda boleh klik dan sign up di sini dahulu untuk dapatkan USD25 kupon, terus boleh guna kupon untuk buat booking. Seeloknya anda cek dulu harga hotel ni samada di Agoda ataupun AirBnB sebelum booking. Sebab, di Agoda harga berubah mengikut musim dan demand, manakala di AirBnB selalunya harga maintain sama tak kira musim.

Gambar-gambar ni semua dari kamera Jonathan.

Related Posts

  • #1 Cappadocia | Takaev Cave Hotel#1 Cappadocia | Takaev Cave Hotel
  • 18 Tip Melancong ke Turki18 Tip Melancong ke Turki
  • Backpacker tip ke Turki: Minibus atau Dolmus untuk pengangkutan murahBackpacker tip ke Turki: Minibus atau Dolmus untuk pengangkutan murah
  • #1 Konya | Bandar ahli sufi, Mavlana Rumi#1 Konya | Bandar ahli sufi, Mavlana Rumi
  • Itinerary Trip ke TurkiItinerary Trip ke Turki
  • Kucing-kucing CappadociaKucing-kucing Cappadocia
  • Di Sakarya, saya minum dengan penuh rasa bangga.Di Sakarya, saya minum dengan penuh rasa bangga.
  • Bintang Pleiades di langit Cappadocia, TurkiBintang Pleiades di langit Cappadocia, Turki
  • It’s snow time in TurkeyIt’s snow time in Turkey
  • Susahnya nak guna internet di Ataturk Airport, macam nightmareSusahnya nak guna internet di Ataturk Airport, macam nightmare

Filed Under: Cappadocia, Hotel, Travel Topic, Turki

Comments

  1. rahimah says

    21/10/2015 at 2:51 am

    wah..saya memang nak naik sangat belon panas tu kat sana. Kena kumpul duit lebih sikit sebab mahal hu hu.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM80++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 140 other subscribers




Kain batik Terengganu

Proofreader Malaysia