• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Malaysia / Kelantan / [Highly Recommended] Makanan Yamen di AlJazeerah Al-Arabiyah Restaurant, Kelantan

[Highly Recommended] Makanan Yamen di AlJazeerah Al-Arabiyah Restaurant, Kelantan

05/07/2014 By Travelog.my 3 Comments

wpid-img_20140705_050956.jpg

Petang semalam buka puasa simple sangat, makan kurma dan buah-buahan. Cuma lepas Isyak baru keluar cari makanan heavy sikit. Disebabkan makanan Arab Saudi di Jeddah yang awesome, hubby sekali lagi nak makan makanan arab. Diajaknya saya ke restoren sama, atas sebab saya mahu makanan yang lebih power dan tidak begitu blend rasanya, saya cadangkan beliau ke restoren Arab yang lain. Saya mahu makanan yang boleh buat saya rasa teruja sikit.

Kami drive dari rumah ke Pengkalan Chepa, lebih kurang 12 minit memandu maka sampailah ke AlJazeerah Al-Arabiyah Restaurant di Taman Bendahara. Restoren ini letaknya di sebelah Pizza Hut, senang je parking kereta sebab kawasan parking memang luas. Saya tak pasti bila restoren ini dibuka, tapi rasanya tak sampai setahun sebab kali terakhir saya ke Pizza Hut Taman Bendahara ialah setahun lalu dan masa tu, restoren Arab ini belum ada.

Jam 9.30 malam, memang tak ada orang lain selain pelayan restoren. Maklumlah dah lepas waktu berbuka puasa. Didatangi pelayan berjubah dan bertudung labuh yang sopan, saya pun rasa selesa.

Kami order Kebab set besar (RM 34), Saltah, Shashouka dan sekeping roti tambahan. Minum pula satu pot air teh. Sahshouka di sini berbeza dengan Shashouka yang saya masak dirumah, jauh benar bezanya. Mungkin lain negara lain resipinya. Saya selalu masak Jews Shashouka, resipi diambil dari website SmittenKitchen. Yang ni Yemen Shashouka, telurnya hancur-hancur dan dimasak sepenuhnya.  Sekali tengok, nampak macam Omelette.

resipi shashouka

Paling saya suka ialah yang ini, Saltah. Terus rasa nak cari resipi dan cuba masak sendiri di rumah. Ada dua jenis Saltah, samada Saltah Ayam atau Saltah Kambing. Kami pilih Saltah Kambing. Masakan tradisional Yemen, dimasak dalam bekas batu yang dibuat lubang. Bukan bekas besi, tapi batu bukit. Dimasak tanpa santan, tapi ada tomato stew, cili, telur hancur, dan beberapa jenis herba. Ini memang awesome, sedap gila. Next time bila pergi situ saya akan order Saltah lagi.

Makanan arab di kelantan

Sebenarnya warna Saltah ni kemerah-merahan, tapi gambar kat atas tu kaler brown disebabkan faktor cahaya.

Samada Saltah mahupun Shashouka, dua-dua ni dimakan dengan roti arab.

arab tea

Ada lagi satu menu yang tak ada dalam gambar, Kebab. Sengaja tak ambil gambar sebab Kebab Arab memang dah biasa orang makan dan satu kebiasaan. Rasa Kebab Ayam dan Kebab Kambingnya pun sedap.

Tak ada apa yang saya nak komplen di sini. Harga juga berpatutan, cuma RM 68 bagi dua orang makan. Satu set Saltah, satu set Shashouka, satu set large Kebab, satu pot air teh. Kami makan tak habis, kebab tu bungkus bawa balik rumah dan makan untuk sahur pula.

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Kelantan, Makanan & Restoren, Malaysia

Comments

  1. Faizal Fredley says

    05/08/2014 at 12:07 pm

    kena cuba nih..mcm seddap jer…

    Reply
  2. Manan Qayyim says

    06/07/2014 at 10:41 am

    Teringin pulak nk berbuka kt restoran arab mcm ni….

    Reply
  3. jiesusanos says

    05/07/2014 at 2:48 pm

    hihi..dkat kat rumah jie dh ni..bleh cuba rasa..

    Reply

Leave a Reply to Manan Qayyim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in