• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Personal / Harap-harap bukan flu

Harap-harap bukan flu

11/02/2016 By Travelog.my 1 Comment

Tahun lepas, lepas nak habis musim sejuk dan nak masuk musim bunga, masa tu saya kena flu. Flu bukan selesema biasa, sepanjang duduk di Malaysia tak pernah saya kena flu. Kali pertama kena, tahun lepas dan rasanya sangat azab sampaikan terlantar di katil seminggu, dan dua minggu dalam keadaan lemah. Overall 3 minggu tak sihat.

Masa tu tak ambil vaksin. Tahun ni, saya lebih hati-hati. Pun tak ambil vaksin flu jugak. Entah kenapa, tak terfikir nak ambil vaksin flu mungkin sebab malas nak fikir sangat, lagipun, sejak June tahun lepas hinggalah November, kerap sangat saya pergi hospital untuk rawatan Endometriosis. Dua kali balik Malaysia pun sebab rawatan tersebut. Sekali balik untuk pembedahan, lagi sekali balik untuk buat HSG. Jadi bila bab flu ni, rasa macam benda remeh dan kecil je padahal bila kena memang jadi macam kain buruk.

Tanda-tanda flu ni senang je nak cam. Mulai dengan demam, pastu sakit tekak, pastu batuk. Cumanya, tahap sakitnya lebih power dari demam selesema biasa. Berganda-ganda sakit tekak dan batuk yang lain macam. Sakit kepala pun ada.

Musim flu begini, senang nak berjangkit dari orang lain ke orang lain. Entah macam mana boleh dapat pun saya tak pasti sebabnya, vitamin C dah saya ambil tiap-tiap hari. Pakaian pula, bila keluar terus basuh dan mandi bila sampai rumah. Gigihnya nak elakkan flu. Tiba-tiba hari ni ada simptom flu! Ha, inilah qada dan qadar yang Tuhan cakap kot. Kita usaha, tapi dia juga yang menentukan.

Saya buat masa ni sebolehnya nak elak makan ubat-ubatan, terutamanya dalam tempoh first trimester. Apatah lagi nak ambik ubat flu yang agak kuat, lagilah tak berani.

Jadi sekarang ni, duk usaha cara tradisional untuk kurangkan simptom flu/supaya flu terbantut.

Teori bawang besar putih

Kali ni saya cuba letak bawang besar putih yang dikupas dan dipotong dua/empat. Satu letak kat meja kerja saya, lagi satu dalam bilik tidur. Orang cakap (pengamal perubatan alternatif) bagus untuk menyerap virus dan bakteria. Ini kali pertama saya cuba.

bawang besar putih untuk rawat demam

Sesetengah orang mungkin akan pandang serong kepada perubatan alternatif, tapi saya tak. Lagipun, ada logiknya juga letak bawang putih untuk serap bakteria dan flu pun. Ada logik, jadi tak salahlah mencuba.

Nanti saya update menjadi ke tidak petua bawang putih ni.

Jika tahun lepas, saya demam flu selama tiga minggu. Kita tengok pula kali ni macam mana. Kalau cepat sembuh, bolehlah anda pun amalkan. Hehe

Anda boleh baca pelbagai pendapat pasal bawang besar putih di sini (klik). Semoga bermanfaat.

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Personal

Comments

  1. akubiomed says

    15/02/2016 at 6:07 pm

    Memang tidak selesa kalau selsema melanda. Hidung asyik berhingus dan bersin.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in