Penerbangan laluan baru AirAsia nampaknya sangat menarik. Untung orang Kelantan sekarang kerana penerbangan ke Borneo sudah ada direct dari Kota Bharu ke Kuching. Promosi laluan baru pun lagi best dari promosi ke Kota Kinabalu (semasa mula-mula diperkenalkan), iaitu free seat.
Saya pun dengan skill booking tikek yang ada, dapatlah dua tiket penerbangan terus Kota Bharu ke Kuching untuk dua orang hanya dengan harga RM118 sahaja, iaitu sebanyak RM29/orang/way. Tak ambil luggage pun sebab pergi ke Sarawak ni tak shopping banyak macam pergi ke US. Saya tak pernah pun sampai ke Sarawak, tapi saya tahu (makluman dari rakan-rakan yang pernah pergi), harga barangan borong di sana murah macam di Bandung. Sebenarnya, saya rasa, saya dapat shopping di Kelantan dengan harga sama dengan di Bandung. Kedai mana dan pemborong mana, itu saya kena rahsiakan 🙂
Tiket Kota Bharu ke Sarawak tanpa melalui Kuala Lumpur ni menjimatkan banyak masa. Penerbangan dua jam ni memang untung masa, wang dan tenaga. Tak perlu stop di LCCT, sebab itu saya rembat tiket ni. Penerbangan pertama bermula pada March 20, 2014.
[…] penerbangan pertamanya belum lagi dikeluarkan. Dah keluar nanti, confirm ada sales kan? Macam sales Free Seat Kota Bharu ke Kuching yang saya dapat free […]