Clingman Dome ni puncak tertinggi dalam Great Smokey Mountain National Park iaitu setinggi 6,643 kaki. Ia juga merupakan puncak ketiga tertinggi di Missisippi. Kat sini ada observation tower, naik kat atas tu anda boleh nampak sejauh dan seluas mata memandang.
Mula-mula sampai tu, kami kena park kat luar. Tak boleh naik ke Clingman Dome dengan kereta so kena daki, lebih kurang 1/2 miles. Tak jauh mana pun, tapi sebab kita mendaki jadi rasa jauh sangat. Mengah pula tu.
Btw, kat kaki bukit tu tak de pun salji atau ais. Bila dah sampai ketinggian 4000 kaki baru nampak snow. Wei, saya tak pernah main snow lagi tau.
Lagipun, early next year kalau jadi nak kena pergi Turki, mungkin boleh main snow kat situ. Jakun betul saya dengan snow nih. Maklumlah, kat kampung sendiri tak ada benda ni. Supaya tak nampak jakun di mata mertua, saya pura-pura cool je. Buat-buat tak teruja mana.
Kami park dulu.
Suhu kat atas ni sejuk juga, tapi tak sejuk sangat. Cuma bila berangin tu terasa juga mencucuk sejuk kulit ni. Dan ini pula kat entrance untuk daki ke Clingman Dome. Bekal air tak bawa pun.
Walaupun Clingman Dome ini dibuka sepanjang tahun, atas faktor cuaca, jalan menuju ke sini ditutup antara 1 Desember hingga 31 March, atau bila-bila masa yang memerlukannya ditutup.
Masa ni dah jam 10 lebih, ada peringatan supaya hati-hati dengan air dari ais yang cair dan beberapa sign lain suruh hati-hati. Trek ni jalan tar, saya pakai kasut hiking dan overall tak de lah bahaya mana pun.
Teruskan mendaki. Rekod mendaki paling gila pernah saya buat ialah di Tangkuban Perahu di mana semua orang lain naik ke puncak dengan bas dan motorsikal, cuma saya dan hubby sahaja yang jalan kaki naik ke puncak. Lebih kurang 9 km total perjalanan, anda boleh baca lanjut di sini.
Finally, sempat juga saya buat satu snowball. Muka teruja tuh, duk plan nak baling kat cameraman (hubby).
Yeaah, dah nak sampai puncak dan Clingman Dome dah nampak di mata.
So inilah dia view dari puncak tertinggi di Smokey Mountain, Tennessee.
Ni jalan yang kami guna untuk naik, zoom dengan kamera Nikon J1 je. Jauh jugak tu sebenarnya.
Cantik kan? Gambar ni InsyaAllah nak print kat canvas dan gantung kat dinding rumah.
Leave a Reply