• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Travel Topic / Airlines / Elakkan luggage rosak – tip dari pengendali bag di airport

Elakkan luggage rosak – tip dari pengendali bag di airport

15/04/2015 By Travelog.my 20 Comments

Alhamdulillah, setakat ni beg atau luggage yang saya check-in tak pernah rosak. Mungkin saya cuma bernasib baik kot. Apapun saya kongsikan tip yang saya dapat dari quick research (bacaan dari komen-komen pengendali luggage) dan cakap-cakap dengan kawan dan famili yang jenis kaki check-in luggage.

Pek dengan padat

Salah satu sebab beg rosak ialah bila kena penyek dengan beg lain yang lagi berat. Bila beg kita tak padat, dan kat atas beg kita pulak ada beg besar gedabak dan lebih berat, secara tak langsung beg kita yang tak padat ni akan berisiko untuk penyek. Tapi ingat, jangan sampai terlebih berat pula, karang nanti pecah zip beg pula. Pack sekadar memenuhi ruang dalam beg sahaja.

tip supaya beg tak rosak kapal terbang

Tak perlu luggage yang besar-besar pun

Memandangkan beg-beg di airport diuruskan oleh manusia dan bukan robot, mereka juga terasa penat. Seperti mana kita manusia biasa pun tak larat nak buat kerja punggah luggage, pekerja kargo pun begitu juga. Dan lagi teruk, mereka bukan kerja untuk urus beg kita sahaja malah beribu-ribu beg lain dalam sehari. Sebab itu ada berat maksimum bagi check-in items iaitu 32 kg (berbeza mengikut airlines tapi semaklum saya, 32 kg ni paling berat lah). Kenapa? Sebab yang akan punggah nanti ialah manusia. Bila kita pek dalam luggage yang lebih kecil (dan lebih padat), risiko nak kena hempas itu berkurang. Malaysia Airlines, Turkish Airlines (berdasarkan pengalaman saya) benarkan kita bawa 30 kg dalam dua beg.

tip supaya beg tak rosak kapal terbang

Guna tayar empat dan hard suitcase

Rata-rata pengadali luggage cakap inilah jenis beg paling memudahkan kerja mereka. Sekarang luggage yang tayar empat yang jenis keras macam plastik dah banyak di pasaran. Murah-murah pulak tu. Jadi senang pekerja tu nak alih-alihkan beg anda dalam perut pesawat. Tak kena baling-baling lagi dah. Bila kita niat nak mudahkan kerja mereka, InsyaAllah kita juga dipermudahkan-Nya.

tip supaya beg tak rosak kapal terbang

Pek second luggage dalam luggage lain

Jika anda travel dengan dua luggage (maklumlah semasa nak pergi memang tak bawa barang banyak, nak balik je barang banyak sebab beli souvenir dan sebagainya). Jadi, pek barang dalam satu luggage, kemudian masukkan dalam beg lagi satu. Luggage dalam luggage. Tak perlu check in dua luggage (satu berat dan satu kosong). Ingat, beg yang tak padat berisiko penyek.

Nota: Ada sesetengah airlines bagi ganti rugi bagi barang yang rosak dalam luggage tapi bukan luggage itu sendiri.

Beli luggage yang berkualiti dan ada jaminan

Saya guna luggage cap Camel (jaminan 2 tahun) dan United Colors of Benetton – jenis poly-carbonate – (jaminan 5 tahun). Beli masa sales di Parkson Kota Bharu dan Pacific KB Mall. Manakala cabin luggage cap Slazenger dan Samsonite.  Alhamdulillah, masih kukuh lagi setakat ni. Cabin luggage tu tak apa lah sebab kita sendiri yang jaga dan kalau rosak pun, kita sendiri yang bertanggungjawab.

Travel insurance

Ni penting bukan sahaja untuk kecemasan, tapi untuk luggage juga.

Anda ada tip lain yang dikongsikan lagi? Jangan segan hantar email guna contact form atau terus komen di bawah ni ya.

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Airlines, Travel Topic

Comments

  1. Yun says

    24/06/2019 at 3:41 am

    Ad tips x tgok saiz tayar luggage..? Sy bnyak luggage.. Ad tayar besar.. Ad tayar kecik.. Ap pros n cons dia? Ap yg sy rasa.. Taya besar lg smooth dan senang nak tarik tolak bagai.. Betul ke?

    Reply
  2. SITI AMINAH BINTI ABD HALIM says

    19/07/2017 at 3:34 am

    alhamdulillah dan terima kasih atas tios yang berguna ni. Tengah mencari review berkenaan luggage sebab akan selalu ulang alik dari Sabah ke semenanjung

    Reply
  3. Zuka says

    10/01/2017 at 6:48 am

    Mana nk bli trus cover luggage…nk bli online da xsmpat..

    Reply
  4. Hasnah says

    06/09/2015 at 8:08 am

    Ada pglaman .. tayar luggage pecah sebab kna hempas ..syg je beg tu..ada tak cara nak ganti tayar tu?

    Reply
    • roslina says

      11/09/2015 at 5:20 am

      Kalau kat KL ada kedai baiki luggage yg boleh tukar roda cari shopping complex yg besar2…(saya pegi dekat the curve)…tapi bagi saya agak mahal sebab tak boleh tukar 1 roda je…kena tukar 1 set (beg saya 2 roda. Rege dalam RM100++…

      Reply
      • Travelog.my says

        11/09/2015 at 5:31 am

        Baru tahu ada tempat baiki luggage di The Curve. Terima kasih atas perkongsian ni, Roslina!

        Reply
  5. Mr johara says

    13/05/2015 at 7:07 am

    Molek jugok mugo kito pon x tahu keno wat gitu.semek rajin trevol Bab tu dio byk pengalame deh mek.

    Reply
    • Travelog.my says

      13/05/2015 at 3:58 pm

      Gapo demo nok royak sebenarnya?

      Reply
  6. pusparizal mohammad says

    06/05/2015 at 8:23 am

    vry interesting blog & gud to share fr travelers.

    tq

    Reply
  7. nikkhazami says

    23/04/2015 at 8:32 pm

    tq.. tips yg berguna.. memang stress bila tgk beg rosak.

    Reply
  8. Helmi Aliarit says

    21/04/2015 at 1:50 pm

    Kita sama-sama manusia, bertimbang rasa sikitlah… Kalau beg tak nak kena hempas jangan bawa barang banyak.

    Tak pun asingkan seperti yang dikongsi di atas, tak perlu harap orang lain untuk jaga barang kita. Sehari mereka perlu uruskan ribuan luggage, kalau purata 20kg. Bayangkan berapa tan mereka kena angkat setiap hari? 😉

    Reply
  9. Mak Jemah Jual Vitamin says

    20/04/2015 at 5:54 pm

    bagus sangat tips ni. baru tau yang kena isi penuh jangan biar ruang kosong, kalau idak kena penyek.

    Reply
  10. Ellie says

    20/04/2015 at 2:24 pm

    Tips letak beg kecik dalam beg besar tu biasa lah jugak buat sbb travel dengan AA, beli luggage banyak masa balik jer…heheheh…

    Untuk beli luggage ni saya tengok juga berapa kilogram beg tu senirik. Lagi ringan lagik bagus la..sbb kalau berat beg dah 1 or 2 kilo rugi…huhuhu. Untuk cabin luggage ni saya syorkan Samsonite Air. Ringan dan kalau isi barang banyak pun tak nmpk banyak…heheh. Penting jugak utk guna TSA lock utk luggage sbb pengalaman travel ni sesetengah imigresen memang akan bukak beg dan kalau pakai lock TSA senang depa nak bukak beg kita ni….

    Reply
  11. rahimah says

    18/04/2015 at 2:24 pm

    Dekat airport rasanya ada service wrap luggage dengan plastik dan ada sekali dengan yang ada belt. Boleh tahan la jugak la mahalnya masa kawan saya guna kat Schipol dulu. Saya tak wrap pun cuma isi muat-muat je sebab bawak naik cabin.

    Reply
  12. blogger lelaki says

    18/04/2015 at 7:41 am

    tips yg berguna untuk mereka yang selalu travel ni

    Reply
  13. titan says

    18/04/2015 at 12:59 am

    memang penting gak ni kalau nak gi melancong.

    Reply
  14. kakmahh says

    16/04/2015 at 10:44 am

    Siap promosi KB Mall lagi

    Reply
    • Travelog.my says

      16/04/2015 at 3:06 pm

      Ore Kelate kat mana lagi Kak Mahh kalau bukan KB Mall. Tunggu AEON dgn Platinum Mall siap nanti kita shopping situ pulak. 🙂

      Reply
  15. Azra says

    16/04/2015 at 9:14 am

    I have two Slazenger bags .. satu luggage besar, satu cabin luggage … mmg tahan sangat and dah pakai bertahun2 … cume haritu je balik dari korea one of the front zippers tercabut terus.. nasib baik bukan main zippers yg letak lock.. kalau tak mmg kene beli yg baru terus

    Reply
  16. AZENI AHMAD says

    16/04/2015 at 9:10 am

    Jadi viral pula kan pasal luggage nie.
    Jadi rosak memanjang kalau travel.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in