Ada orang tanya saya, apa yang patut dibuat dan tak patut dibuat semasa di Jepun? Saya pun tak pasti sangat tapi sikit-sikit bolehlah saya kongsi hasil dari tiga kali melancong ke Jepun.
Ambil baki dari vending machine
Dah dua kali kot saya terserempak dengan pelancong di vending machine di Jepun. Vending machine di Jepun canggih tau dibandingkan dengan vending machine di Malaysia. Bukan sahaja ia boleh keluarkan air tin yang panas semasa musim sejuk atau air sejuk pada musim panas, malah ia boleh bagi baki juga. Yes, ada baki dan boleh terima duit kertas. Dua pelancong di vending machine yang saya jumpa tu, dua-dua mereka tak ambil wang baki. Pesan saya pada anda, jangan lupa ambil baki wang di vending machine ya. Walaupun duit syiling, ia tetap duit anda dan satu syiling JPY100 dah bernilai lebih kurang RM3 duit kita.
Letak duit dalam dulang semasa buat bayaran di kaunter
Hampir semua kaunter samada restoren atau kedai-kedai, akan ada satu piring atau dulang kecil di kaunter bayaran yang bertujuan untuk anda letak duit. Pekerja akan ambil duit yang diletakkan dalam piring tersebut.
Guna dua belah tangan untuk bagi kad, duit
Dalam adat kita, kita dikira kurang ajar jika guna tangan kiri. Dalam adat mereka, anda dikira beradab jika menggunakan kedua-dua belah tangan sambil menundukkan kepala untuk hulurkan bisnes kad atau duit untuk buat apa-apa bayaran.
Biarkan pekerja kedai hantar anda keluar
Jika anda membeli belah di kedai-kedai biasa, outlet atau butik yang melibatkan salesperson melayan anda…. mereka akan bungkus barangan yang anda beli elok-elok. Jika hari hujan, paperbag anda akan dibalut dengan plastik lutsinar pula. Lepas tu, mereka akan pegang beg anda dan iring anda keluar kedai. Di muka pintu kedai, mereka akan hulurkan beg shopping anda tadi. Berbeza dengan kita di Malaysia, penjual hanya layan setakat kaunter sahaja dan jarang-jarang sangat penjual hantar barang anda ke muka pintu kedai.
Jangan sebut cincin, mangkuk
Cincin dalam bahasa Jepun bermaksud zakar. Mangkuk pula bermaksud vagina. Walaupun anda duduk dalam restoren dan mengadap mee dalam mangkuk, sebolehnya elakkan menyebut mangkuk.
Sumimasen
Susah sangat nak jumpa orang Jepun yang faham Bahasa Inggeris. Sangat susah. Anda kena download Google Translate dan aktifkan fungsi voice translator, atau download ebook panduan Bahasa Jepun mudah yang boleh membantu anda sepanjang berada di Jepun. Sumimasen ialah perkataan terbanyak yang saya gunakan. Jika anda nak panggil orang, panggil salesman, tanya jalan dan apa-apa sahaja, perkataan yang anda kena sebut ialah sumimasen. Mereka akan cepat beri perhatian. Jika sebut excuse me, help whatsoever tu susah sikit nak dapat respon.
Cukup dahulu untuk kali ini. Jika ada tip lain yang saya ingat, saya update ya.
Leave a Reply