• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Personal / Kelengkapan tingkap: Rod langsir DIY dan ready made, combi blind, net nyamuk dan langsir

Kelengkapan tingkap: Rod langsir DIY dan ready made, combi blind, net nyamuk dan langsir

05/07/2016 By Travelog.my 13 Comments

Dalam seminggu dua ni sebenarnya duk kalut siapkan rumah sebelum betul-betul boleh pindah. Banyaklah juga perkara-perkara kecil yang kena bagi perhatian sebelum boleh punggah barang-barang masuk. Kalau tak ada aral melintang, Khamis ni boleh lah angkut barang dengan lori.

Sebelum tu nak minta orang masjid datang solat hajat dulu, baru best nak mula berumah kat situ.

Btw, nak share pasal bab tingkap rumah ni. Memandangkan saya ni jenis – sebolehnya – nak kurangkan kos, maka banyaklah benda kena buat sendiri. Kalau tak, lagilah laju duit mengalir keluar. Mana yang boleh buat sendiri tu, buat sendiri. Mana yang kena beli, saya beli JIKA harga belian lebih murah dari kos buat sendiri. :p

Ready made curtain rod

Untuk ruang tamu saya beli rod langsir metal dari Tesco je, kebetulan ada promosi hari raya. Satu set rod (merangkumi 1 batang rod langsir, penutup rod (2), tiga cangkuk dan penyangkut rod) berharga RM 39.90. Dua set untuk ruang tamu jadi harga RM 80. Sebenarnya rod langsir begini bukanlah kegemaran saya sebab tak berapa senang nak buka tutup langsir. Beli ni sebab design je. Saya lagi suka rod langsir biasa je, yang klasik style mak-mak kita guna je macam kat bawah ni.

Rod langsir DIY 

Yang ni senang je nak buat. Kos upah orang memang berganda lah harganya. Jadi better buat sendiri je. Lagipun tak susah mana bab curtain rod jenis ni. Asalkan ada drill dan skru atau tukul dan paku simen, boleh buat sendiri.

Pertama sekali, ukur bukaan bingkai tingkap atau pintu yang kita nak pasang langsir tu. Contohnya untuk tingkap rumah saya ni, saiz tingkap ialah 4 kaki lebar dan 5 kaki tinggi. Jadi, bila pergi kedai hardware tu, cakap kat dorang nak beli rod langsir aluminium.

Saya minta pekerja hardware tu sediakan 4.5 kaki untuk setiap satu rod. Saja nak lebihkan supaya nampak lebih lebar.

  • Harga dikira per kaki. Saya dapat harga RM 1.50 per kaki. Jadi untuk 4.5 kaki, total amount ialah RM6.75.
  • Penutup rod (bahagian hujung), satu set perlukan dua penutup, total amount RM1.
  • Roller (yang biji kecil-kecil untuk kita sangkut pencangkuk langsir tu), sepaket ada 70 biji, harga RM2
  • Penyangkut rod (3 unit untuk satu set) = RM 0.90

Jadi kos keseluruhan untuk satu set rod langsir 4.5 kaki panjang ialah RM6.75 + RM 1 + RM 2 + RM0.90 = RM 10.65 sahaja. Ini harga untuk warehouse yang saya pergi lah. Saya rasa harganya tak banyak beza pun dengan kedai-kedai lain. Jadi dua set, kosnya RM 21.30 je. Murah kan?

Bab nak pasang ni je yang tak berapa syok. Saya boleh je pasang sendiri, tapi sebab dah jadi mak buyung ni takkanlah nak memanjat staging. Kenalah minta habibon atau tukang rumah pasangkan. Kebetulan memang ada tukang rumah yang duk siapkan kerja-kerja pembinaan kitorang, saya mintak je dia pasangkan. Kos upah dah masuk dalam upah harian yang dibayar.

Blind combi

Blind combi ni saya guna masa duk di Turki. Dari pengalaman di rumah lama tu lah rasa macam best je guna blind combi ni sebab bidainya dibahagikan kepada dua. Satu warna terang, satu warna cerah. Jadi, kita boleh lihat ke luar rumah di antara belang-belang bidai tu. Sesuai digunakan di dapur atau kawasan yang kena cahaya matahari yang banyak. Untuk rumah ni, saya pasang kat dapur sebab tak nak pasang langsir. Rimas pulak nak berlangsir-langsir di dapur ni. Semak je. Karang basah lenjun lah, berterbangan ditiup angin lah..harap dengan pasang blind combi ni OK lah.

Yang ni beli online di 11street.my. Sebabnya tak jumpa orang jual di kedai-kedai kat sini untuk saiz yang saya nak iaitu 122 cm. Kalau ada pun kena custom made dan makan masa pulak nak kena tempah, mahal pulak tu. Beli online lagi murah, cuma RM 173 sahaja. Kos pos RM6. Barang dihantar dalam kotak, cuma kena pasang je. Arahan pasang semua dah disediakan. Memandangkan saya ada kupon dan voucher shipping di 11street.my, jadi kos kena bayar cuma RM 149.70.

Langsir

Sebelum-sebelum ni, saya jahit sendiri langsir rumah. Sebab lebih puas hati. Cuma sebab sekarang dah jadi mak buyung ni, tak laratlah nak pergi kedai tekstil pastu nak balik jahit pulak. Kebetulan ada langsir dengan kualiti elok di Tesco (sales raya), beli je lah dulu. Satu keping 1.4 meter dgn labuh 2.3 meter, dapat harga RM24.99. Beli 4 keping, dapat harga RM 100. Satu tingkap perlukan 2 keping, so kos per tingkap ialah RM 50. Ni kalau beli kain dan jahit sendiri pun belum tentu dapat harga macam ni. Macam jimat je kan?

karpet turki

Rumah ni sebenarnya belum deko dan kemas betul-betul. Mak buyung dah penat dah. Sofa pun belum beli lagi. Tu kerusi rotan (ala-ala kerusi malas) yang bawa dari rumah lama. Yang syoknya, boleh tertidur kalau duk atas kerusi rotan tu. Lepas rayalah kami gi cari sofa ye. Nanti ada tenaga lebih sikit. Ataupun tunggu beli bila lepas bersalin je, lagi banyak tenaga kot.

Net nyamuk

Ni barang wajib letak kat tingkap sebab sebolehnya saya tak nak kena demam denggi lagi. Nak tidur dalam kelambu, tak mau sebab panas dan rimas. Jadi dengan pasang net nyamuk magnetik ni, nyamuk dan binatang-binatang kecil lain terus tak dapat masuk kot tingkap. Kalau masuk pun, mungkin masuk kot pintu bila buka pintu je lah. Pernah guna net nyamuk di Turki dan Florida, memang sangat membantu sampaikan tak de seekor pun nyamuk dalam rumah. Harap untuk rumah ni pun macam tu jugak lah.

jaring nyamuk magnet

Saya beli net nyamuk magnetik ni pun dalam 11street.my, dapat harga RM 72 untuk 1 tingkap saiz 4 kaki x 5 kaki. Untuk 5 unit tingkap saiz 4 ” x 5 “, RM 354.97 (termasuk kos penghantaran). Sebelum ni ada survey dalam Lazada, tapi harga dua kali ganda mahal. Anda juga boleh dapatkan dengan harga yang murah di Lelogn.my, cuma di Lelong.my tak ada kupon atau voucher. Kat 11street tu ada voucher dan point yang boleh ditukar kepada voucher.

Manakala untuk tingkap dalam tandas pulak, saiz 2 ” x 1 “, dapat harga RM 53 untuk dua unit. Kos per unit ialah, RM26.50. Jadi total amount untuk kos jaring nyamuk magnetik ni ialah RM 407.97.

Maka selesailah cerita tingkap rumah. Total damage untuk 7 tingkap ni (5 tingkap biasa dan 2 tingkap tandas) ialah RM758.97. 

Semua di atas ni ialah untuk tingkat 1 je dulu. Untuk tingkat atas, kami tak buat apa-apa pun lagi sebab tak ada plan nak guna dalam masa terdekat ni. Jadi, tingkat atas tu tiles pun belum pasang, belum cat dan belum wiring lagi. Lagipun, dah rushing sangat nak duduk rumah baru. Tak sabar beb. Duk je rumah tingkat bawah dulu, sesambil tu siapkan tingkat atas. Kalau nak tunggu semua siap serentak, lagi dua tiga bulan kot baru settle. Rugi masa.

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Personal

Comments

  1. Salmi says

    10/02/2017 at 12:38 pm

    Tak de pic utk jaring nyamuk yg dah siap dipasang ke

    Reply
    • Travelog.my says

      10/02/2017 at 8:31 pm

      Ada. Tapi tak upload. Nanti cik salmi google images magnetic mosquito net utk gambar ye.

      Reply
  2. Asyraff rahim says

    12/01/2017 at 3:05 pm

    Saya nak tanya besi rod tu beli kat mana? Kedai apa? Sebab murah.

    Reply
    • Travelog.my says

      14/04/2017 at 6:28 pm

      Boleh je pergi beli di mana-mana kedai hardware

      Reply
  3. nomei says

    28/10/2016 at 5:34 pm

    Rail langsirbyg 1ft rm1.50 bli dekt mna??

    Reply
  4. Noriza Rahman says

    08/08/2016 at 2:01 pm

    Cantiknya umah mak buyung ni ya..lepas anak dah besar ckit boleh la deko umah tu

    Reply
    • Travelog.my says

      08/08/2016 at 2:11 pm

      Plannya macam tu la kak. Sekarang ni memang tak larat nak deko rumah. Banyak masa habis dgn rehat dan prepare utk bersalin je.

      Reply
  5. kak azie says

    19/07/2016 at 11:47 pm

    Cantik carpet tu. Yang itu ke beli kat Konya?

    Reply
    • Travelog.my says

      20/07/2016 at 6:06 pm

      Terima kasih. Yup yang dari Konya.

      Reply
  6. raihanah says

    13/07/2016 at 5:35 am

    selamat hari raya siti. best tengok orang deko2 rumah baru

    Reply
  7. Synchro says

    10/07/2016 at 9:15 am

    Betul tu, pasang sikit sikit jadi lama lama akan selesai juga 🙂

    Reply
  8. Kak Rohana says

    09/07/2016 at 4:08 am

    Waaa bersemangat sungguh Siti masuk kerumah baru … Tahniah dapat merialisasikan mission dan “Selamat Hari Raya Siti”

    Reply
    • Travelog.my says

      08/08/2016 at 2:09 pm

      Terima kasih kak 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in