Dari 400 buah khemah nomad, kepada empayar 600 tahun.
Anda dapat lihat perkembangannya dalam drama ini.
Dirilis Ertugrul atau dalam BI, Resurrection Ertugrul ialah satu-satunya drama yang saya tonton sepenuhnya tanpa skip langsung. Drama hebat ini belum ditayangkan di TV Malaysia buat masa ini. Entah kenapa, I don’t know.
Ditayangkan di TRT1 setaip malam Rabu, 1 episod panjangnya 2 jam 30 minit. Jika anda mahu tonton di Youtube, anda boleh ke sini (untuk tonton versi Engelsiz – ada auto translation ke semua bahasa, bantuan bahasa isyarat dan penceritaan untuk mereka yang tak boleh melihat). Namun, auto translation di Youtube ni boleh tahan peningnya. Selain itu, anda boleh tonton drama ini dengan terjemahan Bahasa Inggeris yang bagus di WLEXT.net.
Saya mula tonton drama Ertugrul semasa mula-mula ditayangkan di TV Turki pada tahun 2014. Masa tu, saya tinggal di Turki. Lebih kurang 4 tahun jugalah drama ini ditayangkan.
Drama Resurrection Ertugrul ini, saya kira, drama paling berjaya di Turki. Malah, ia menjadi fenomena dan punyai ramai pengikut di seluruh dunia. Kalau tak percaya, boleh buat carian di Google dan Youtube.
Ertugrul, dalam drama ini, pada Musim 1, dari Puak Kaye, masih mencari-cari tempat tinggal untuk menetap. Mereka, pada masa itu, hanyalah dalam kumpulan nomad dengan 400 buah khemah. Kebijaksanaan Ertugrul melawan tentera Byzantine, Mongol dan sebagainya dipaparkan dari Season 1 hingga Season 4. Selain dari musuh kafir, musuh dalam puak sendiri pun tidak kurang hebat plotnya.
Drama Ertugrul ini berasaskan sejarah, cuma ada juga bahagian yang ditukar untuk sedapkan cerita contohnya, kematian Emir Sadettin dan kematian isteri Ertugrul yang tidak benar dari segi sejarah. Halime, isteri Ertugrul, meninggal dunia pada episod 116 semasa Osman baru dilahirkan. Sedangkan, Halime meninggal dunia berpuluh tahun selepas Osman dilahirkan. Ini disebabkan pelakon wanita tersebut tidak lagi dapat commit kepada penggambaran drama tersebut.
Yang menjadikan drama ini menarik, bukan sahaja barisan pelakonnya yang hebat sahaja.
Malah, semasa menonton drama ini, kita akan rasa seolah-olah kembali ke zaman dahulu. Agak detail perincian yang diberikan.
Semua pelakon dilatih menunggang kuda dan berlawan pedang. Latih betul-betul ya. Bukan latih main-main.
Dan sekarang, saya sedang tunggu Season 5 – di mana, pada season 5 ini, ia seperti loncatan masa dari zaman Ertugrul muda kepada tua. Season 5 ialah permulaan era Osman, iaitu anak bongsu Ertugrul yang memulakan empayar Othmaniah. Saya harap, TV di Malaysia mula tayangkan drama siri ini.
Sangat menarik juga jalan ceritanya, Nak cari juga lah di Youtube
Amazing Artice Written. I am very much glad to read your article.
I am Following Your From Last 6 Month- Brother and really linking the stuff
you post on your blog on Regular Basis.
Keep Posting blogs like this….. Thanks alot