Minggu ni sampai bulan June saya Di Kot Bharu. Ada dua tiga perkara perlu diselesaikan. Saya dan hubby bertolak dari Sakarya ke Ataturk Airport jam 7 pagi hari Sabtu dan tiba di Kota Bharu jam 11.50 am hari Ahad. Kami berpisah di bahagian imigresen di airport. Kesiam jugak balik sorang-sorang dan tinggalkan dia sorang-sorang di sana. Nasib baiklah dia pandai masak, jadi tak adalah runsing mana. Lagipun, ada banyak restoren yang buat delivery di Sakarya.
Elok sampai Kota Bharu, ayah saya jemput di airport. Seumur hidup, tak pernah saya tinggalkan mak ayah selama ni. Sampai rumah je dah ada Asam Pedas Ikan Kerapu dimasak mak saya. Terus makan tak toleh kiri kanan. Baru saya tahu perasaan orang duduk di perantauan semasa balik kampung. Maklumlah saya dari kecil, tak pernah berenggang lama dengan keluarga. Bila dah kahwin pun sama. Hanya tahun ni sahaja bila kami setuju untuk kembangkan perkhidmatan di Turki, tahun ni je lah baru berenggang dengan umi abah.
Nasib baik laluan Malaysia Airlines direct ke Istanbul dari Kuala Lumpur masih ada. Cepat sikit sampai rumah (dan murah sikit berbanding Turkish Airlines).
Mak ayah saya ni orangnya jenis suka berkebun. Lepas dorang pencen dari Universiti Malaya dan Pos Malaysia, memang banyak masa habis dengan berkebun. Banyaklah buah-buahan yang dorang dah reserve 😄 untuk anak cucu yang akan balik cuti sekolah nanti juga.
Pagi esoknya kami ke RTC Tunjong. Atau lebih popular dengan nama TEMAN. RTC ni tempat shopping barang dapur murah-murah dan boleh beli borong, parking yg luas, banyak pilihan. Pendek kata kalau pergi, memang boleh penuh bonet kereta.
Durian apa nama entah (lupa dah), cuma RM7 sekilo. Buah laici RM6 sekilo. Buah mangga lemak yg saiz besar RM7 sekilo (tempat lain RM9-12 sekilo), 1 biji biasanya sekilo berat. Sebab murah, saya beli dua kilo. Pastu beli laici sekilo dan 10 kg mangga lemak dengan harga RM30.
Bila masuk musim buah dokong dan manggis nanti, anda boleh beli dengan harga sekitar RM0.50-1.00 sekilo. Yup, tahun lepas saya beli manggis dengan harga RM8 utk beg 10 kg. Tak ke murah tu? Memang rambang mata lah kalau pergi.
RTC Kota Bharu letaknya di Tunjong. Jika anda dari Wakaf Che Yeh, belok kanan bila tiba di traffic light Pasir Hor yang ada Restoren New Horizon (sebelah kanan jalan). Drive terus dan anda akan nampak bangunan besar macam mall sebelah kanan dengan sign board RTC. Kat situlah lubuk makanan di Kelantan ni. Kat situ jugalah peniaga pergi beli stok sebelum jual di pasar-pasar lain yang lebih kecil.
Ayah kandung neelofa jual buah di kb katanya?
Entahlah, I don’t know.
uih…posa ni. teringin pulak bila tengok gambar-gambar yang menggiurkan hihi
uish..terliuarnye tengok gambar durian dan laici tu..:)
Asyik lalu je tp singah je blm lg. Sdpnya laici tu 🙂
sedapnye tengok buah-buahan ni.. dah lama xpergi ke pasar ni.. mmg terbaik..
menarik sangat nengok buah2an tu!!memang murah2 ye kat sana?
Ha’ah memang harga macam ni la kalau di RTC Tunjong. Di Pasar Siti Khadijah selalunya tinggi sikit
anak aku tak leh makang durian lagi.
so, tak jadi beli.
beli cendol je la.
wah..leh tahan gak harga laici tu.
dan geram tengok durian tu. lama juga tak makan rasanya.
fuiyiooooo.. laici tuuuu laici !! kat penang rm10/rm12 skilo.. kejam kan..
em..sedapnya buah-buahan tu..kak suka baca blog kamu ni.. jemput ke blog kak yr..
Geramnya saya tengok buah-buahan tu. Laici tu besar-besar ye. Mesti manis tu.Meleleh air liur tengok laici besar macam tu 🙂
Welcome home awak!