• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Malaysia / Kelantan / Beli borong buah murah di Kota Bharu

Beli borong buah murah di Kota Bharu

26/05/2015 By Travelog.my 15 Comments

Minggu ni sampai bulan June saya Di Kot Bharu. Ada dua tiga perkara perlu diselesaikan. Saya dan hubby bertolak dari Sakarya ke Ataturk Airport jam 7 pagi hari Sabtu dan tiba di Kota Bharu jam 11.50 am hari Ahad. Kami berpisah di bahagian imigresen di airport. Kesiam jugak balik sorang-sorang dan tinggalkan dia sorang-sorang di sana. Nasib baiklah dia pandai masak, jadi tak adalah runsing mana. Lagipun, ada banyak restoren yang buat delivery di Sakarya.

Elok sampai Kota Bharu,  ayah saya jemput di airport. Seumur hidup, tak pernah saya tinggalkan mak ayah selama ni. Sampai rumah je dah ada Asam Pedas Ikan Kerapu dimasak mak saya. Terus makan tak toleh kiri kanan. Baru saya tahu perasaan orang duduk di perantauan semasa balik kampung. Maklumlah saya dari kecil, tak pernah berenggang lama dengan keluarga. Bila dah kahwin pun sama. Hanya tahun ni sahaja bila kami setuju untuk kembangkan perkhidmatan di Turki, tahun ni je lah baru berenggang dengan umi abah.

Nasib baik laluan Malaysia Airlines direct ke Istanbul dari Kuala Lumpur masih ada. Cepat sikit sampai rumah (dan murah sikit berbanding Turkish Airlines).

Mak ayah saya ni orangnya jenis suka berkebun. Lepas dorang pencen dari Universiti Malaya dan Pos Malaysia, memang banyak masa habis dengan berkebun. Banyaklah buah-buahan yang dorang dah reserve 😄 untuk anak cucu yang akan balik cuti sekolah nanti juga.

wpid-fb_img_1432591807800.jpg

Pagi esoknya kami ke RTC Tunjong. Atau lebih popular dengan nama TEMAN. RTC ni tempat shopping barang dapur murah-murah dan boleh beli borong, parking yg luas, banyak pilihan. Pendek kata kalau pergi, memang boleh penuh bonet kereta.

wpid-wp-1432591907734.jpeg

Durian apa nama entah (lupa dah), cuma RM7 sekilo. Buah laici RM6 sekilo. Buah mangga lemak yg saiz besar RM7 sekilo (tempat lain RM9-12 sekilo), 1 biji biasanya sekilo berat. Sebab murah, saya beli dua kilo. Pastu beli laici sekilo dan 10 kg mangga lemak dengan harga RM30.

wpid-fb_img_1432591813695.jpg

Bila masuk musim buah dokong dan manggis nanti, anda boleh beli dengan harga sekitar RM0.50-1.00 sekilo. Yup, tahun lepas saya beli manggis dengan harga RM8 utk beg 10 kg. Tak ke murah tu? Memang rambang mata lah kalau pergi.

RTC Kota Bharu letaknya di Tunjong. Jika anda dari Wakaf Che Yeh, belok kanan bila tiba di traffic light Pasir Hor yang ada Restoren New Horizon (sebelah kanan jalan). Drive terus dan anda akan nampak bangunan besar macam mall sebelah kanan dengan sign board RTC. Kat situlah lubuk makanan di Kelantan ni. Kat situ jugalah peniaga pergi beli stok sebelum jual di pasar-pasar lain yang lebih kecil.

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Kelantan, Makanan & Restoren, Malaysia

Comments

  1. Akakgedik says

    04/11/2015 at 12:54 pm

    Ayah kandung neelofa jual buah di kb katanya?

    Reply
    • Travelog.my says

      04/11/2015 at 1:01 pm

      Entahlah, I don’t know.

      Reply
  2. Azam Mohamad says

    20/06/2015 at 7:45 am

    uih…posa ni. teringin pulak bila tengok gambar-gambar yang menggiurkan hihi

    Reply
  3. Mummy Dina says

    18/06/2015 at 3:09 pm

    uish..terliuarnye tengok gambar durian dan laici tu..:)

    Reply
  4. Azzahairi says

    11/06/2015 at 11:57 pm

    Asyik lalu je tp singah je blm lg. Sdpnya laici tu 🙂

    Reply
  5. mata camey says

    11/06/2015 at 4:35 pm

    sedapnye tengok buah-buahan ni.. dah lama xpergi ke pasar ni.. mmg terbaik..

    Reply
  6. farisya says

    05/06/2015 at 7:33 pm

    menarik sangat nengok buah2an tu!!memang murah2 ye kat sana?

    Reply
    • Travelog.my says

      05/06/2015 at 8:21 pm

      Ha’ah memang harga macam ni la kalau di RTC Tunjong. Di Pasar Siti Khadijah selalunya tinggi sikit

      Reply
  7. titan says

    05/06/2015 at 3:07 pm

    anak aku tak leh makang durian lagi.

    so, tak jadi beli.

    beli cendol je la.

    Reply
  8. apdm1 says

    03/06/2015 at 11:36 am

    wah..leh tahan gak harga laici tu.

    dan geram tengok durian tu. lama juga tak makan rasanya.

    Reply
  9. Siti Yang Menaip says

    03/06/2015 at 9:51 am

    fuiyiooooo.. laici tuuuu laici !! kat penang rm10/rm12 skilo.. kejam kan..

    Reply
  10. kak yatiadam says

    03/06/2015 at 7:54 am

    em..sedapnya buah-buahan tu..kak suka baca blog kamu ni.. jemput ke blog kak yr..

    Reply
  11. rahimah says

    28/05/2015 at 9:16 am

    Geramnya saya tengok buah-buahan tu. Laici tu besar-besar ye. Mesti manis tu.Meleleh air liur tengok laici besar macam tu 🙂

    Reply
  12. kakmahh says

    27/05/2015 at 7:02 pm

    Welcome home awak!

    Reply

Trackbacks

  1. Pengalaman buat laparoscopic surgery says:
    14/06/2015 at 9:01 pm

    […] ni saya baru lepas pantang lepas pembedahan lah. Pembedahan selama tiga jam di KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu oleh Dr. Awang Nila. Sungguh saya puji pakar sakit puan nan sorang ni. Beliau memang bagus dan baik […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in