• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Turki / Tiba-tiba dapat cuti bonus

Tiba-tiba dapat cuti bonus

18/02/2015 By Travelog.my 8 Comments

Selingan jap sebelum sambung cerita trip ke Angkor Wat. Bangun subuh tadi, tengok-tengok salji turun menggila lagi lebat dari yang sebelum ni masa saya duduk dalam kampus tu. Sehinggakan sebahagian beranda apartment pun bersalji, rasanya ini yang paling tebal sejak kami duduk sini. Dari apa yang saya baca, salji memang lebih lebat di akhir musim sejuk sebab lebih banyak haba panas di bumi meruap ke udara menghasilkan lebih banyak salji.

Elok jam 8.30 pagi, masuk email dari orang pejabat universiti mengatakan hari ni diberikan cuti kecemasan. Ya lah, kampus tu pun atas bukit, apartment ni pun atas bukit.. dengan salji macam ni memang boleh main ski lah haha Tak maksud saya, merbahaya untuk pejalan kaki. Silap haribulan tergelongsor terus masa berjalan.

Sama macam musim banjir di Kelantan, kalau dah macam ni memang saya tak ke mana-mana. Sebab tu sebolehnya saya akan simpan stok makanan banyak-banyak dalam peti ais dan kabinet dapur. Beras dan spagetti wajib ada untuk stok sekurang-kurangnya dua minggu makan. Canned tuna, ayam dan daging pun kena ada dalam freezer untuk tempoh tu, sama seperti bahan lain. Semua ni mak saya ajar dari kecil lagi.

Masih saya ingat, tiap-tiap tahun Kelantan akan dilanda banjir dan kawasan kami duduki tu antara tempat terawal yang akan berlakunya banjir. Mak saya memang akan pastikan stok-stok makanan sentiasa cukup, so tak perlu last minit baru nak berlari ke supermarket.

Stok untuk dua minggu adalah sedikit sebenarnya. Mak mertua saya punya stok, cukup untuk dua bulan. Sebab dia duduk di Florida dan jarak dari rumah ke supermarket atau kedai terdekat ialah sekurang-kurangnya 15 minit memandu. Jadi berapa lama anda nak buat stok tu, tengok pada keadaan masing-masing.

wpid-img_20150218_090430.jpg

Tapi nasib baik snow sini tak seteruk tempat-tempat lain yang block pintu tu macam di New York. Kalau tak, naya lah, macam kucing ni ha.. tak boleh keluar ke mana-mana.

A video posted by Siti, a blogger at Travelog.my (@travelog.my) on Feb 11, 2015 at 11:30am PST

Elok petang sikit, saya keluar rumah ambil angin. Kebetulan dah tak turun salji, spend masa jap buat #snowcat ni. Lepas tu, terus masuk rumah sebab tangan dah kebas sebab sejuk. 

Its a #snowcat you know… I made it myself haha

A photo posted by Siti, a blogger at Travelog.my (@travelog.my) on Feb 18, 2015 at 9:42am PST

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Turki

Comments

  1. Oyong Ilham says

    01/10/2016 at 9:17 pm

    wah …selamat ya dapat cuti bonus …manfaatkanlah dengan sebaik-baiknya

    Reply
  2. titan says

    23/02/2015 at 12:27 am

    untung la dapat cutiii bonussss.

    Reply
  3. MNH says

    22/02/2015 at 12:16 am

    bestnya dapat main salji. saya sejak dulu berangan angan nak main salji. haha

    Reply
  4. Budak kampung says

    20/02/2015 at 8:48 pm

    Siti,

    Kucing kau ke tu. Geram… aku mmg longgar lutut bab2 kucing ni.

    Aku setuju kata kau. Salji kalau nak tebal sangat baik stokkan makanan. Ada masa tak selesa untuk gi kedai kalau dah salji dah tahap atas lutut.

    Reply
    • travelmy says

      20/02/2015 at 8:53 pm

      #Snowcat tu je saya punya. Haha Yang kucing gemuk tu shared dari Instagram je.

      Dah tiga hari kot kami tak ke mana-mana. Nasib baik la belajar stok makanan awal-awal. Kalau tak, naya jugak ke kedai waktu macam ni.

      Reply
  5. Mak Jemah Jual Vitamin says

    20/02/2015 at 9:29 am

    dapat cuti adalah impian semua, tambah lagi kalau dapat cuti mengejut yang diberi percuma, memang pucuk dicita jawabnya hehee

    Reply
  6. Adam Roslan says

    19/02/2015 at 11:34 am

    Bagi tips sikit macam mana nak bercuti ke tempat bersalji dengan cepat. Hehe.

    Reply
    • travelmy says

      19/02/2015 at 4:28 pm

      Tak berapa pasti apa tipnya sebab semalam dan hari ni, lebih 300 flight Turkish Airlines cancel penerbangan.. Klu cancel tu makin lambat jadinyah huhu

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in