• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Travel Topic
    • Oh sedap!
    • Airlines
    • Contest
    • Drama & Filem
    • Hotel
    • Itinerari
    • UNESCO World Heritage Centre
    • Visa
    • Travel Gear
    • Personal
  • Hubungi
  • Recommended
  • Winter clothes

Travelog.my

Cerita dari bumi tuhan

You are here: Home / Travel Topic / Makanan & Restoren / Musim bunga & colek kacang badam muda

Musim bunga & colek kacang badam muda

15/03/2016 By Travelog.my 3 Comments

Sekarang ni dah musim bunga dah. Jadi buah-buahan pun elok je dah masuk musim. Awal-awal musim gini akan ada macam-macam juga buah yang baru keluar, dan awal musim memang harganya mahal sikit. Contohnya buah strawberry, awal musim harga boleh jadi TL15 sekilo, dah banyak supply nanti harga turun sampai TL4 sekilo. Samalah dengan buah-buahan lain.

Cuma ada beberapa jenis sayuran yang pelik-pelik saya lihat di pasar tadi. Kalau ia kategori buah, confirm saya dah beli. Tapi sayur, tak reti nak makan pulak. Buah boleh je ngap gitu, sayur saya tak berapa berani sikit.

Kat sini tak ada buah mangga muda, cermai, dan seumpamanya untuk makan colek. Tapi, kalau nak makan colek/rojak buah gaya Turki, saya rasa boleh je buat. Sebab, boleh buat guna kacang badam muda, kacang hazelnut muda, plum muda, epal hijau dan apa-apa spesis yang masam yang ada kat sini.

kacang badam muda segar

Ini kacang badam muda. Rangup dan sedikit berlemak, lebih kurang mangga muda cumanya, ia tak semasam mangga muda. Tekstur kulitnya berbulu halus. Tapi tak rasa apa pun bulu tu bila masuk mulut. Sesuai dimakan dengan kicap + gula + cili pedas. Masalahnya, masa pergi pasar tadi, cili pedas belum masuk musim lagi. Satu pasar tu langsung tak ada cili pedas.

kacang badam muda

Tak ada mangga muda, badam muda pun jadilah kan 🙂

Khasiat badam muda

Ini pun saya baru je belajar khasiatnya. Dikatakan ianya kaya dengan antioksidan, fosforus yang sangat bagus untuk gigi dan tulang (sesuai lah kot bagi mereka yang malas minum susu macam saya), kawal gula dalam darah, kawal pH dalam badan, banyak fiber dan sesuai untuk yang mengalami masalah sembelit, dan sebagainya lagi.

Jika anda sedang melancong ke Turki atau mana-mana negara Timur Tengah, anda boleh beli badam muda ni di pasar-pasar. Supermarket (setakat yang saya duk pergi), belum ada jual. Harga awal musim macam hari ni, ialah TL30 per kilo. Sepinggan tu cuma 200 gram sahaja, saya dapat dengan harga TL6. Dah tengah musim nanti, harganya akan lagi murah.

Related Posts

  • Semuanya putih di Serdivan, SakaryaSemuanya putih di Serdivan, Sakarya
  • Pertama kali jumpa Cendawan Morel. Unik.Pertama kali jumpa Cendawan Morel. Unik.
  • Sambal plum muda dengan ikan istarvitSambal plum muda dengan ikan istarvit
  • Jeruk Manis Mak Jah sampai ke Turki!Jeruk Manis Mak Jah sampai ke Turki!
  • Apa khasiat saffron sampaikan harganya mahal?Apa khasiat saffron sampaikan harganya mahal?
  • Soarigami – Gajet alas lengan dalam pesawatSoarigami – Gajet alas lengan dalam pesawat
  • Kent Park di Sakarya ni bersih dan cantik betulKent Park di Sakarya ni bersih dan cantik betul
  • Resipi jeruk mangga muda yang mudahResipi jeruk mangga muda yang mudah
  • Random snaps at AdapazariRandom snaps at Adapazari
  • Nak buat apa dengan kacang hazelnut yang banyak ni?Nak buat apa dengan kacang hazelnut yang banyak ni?

Filed Under: Makanan & Restoren, Turki

Comments

  1. Noriza Rahman says

    23/03/2016 at 12:59 pm

    Best la boleh makan badam muda, duk sini boleh tngok badam yang dah kering ja

    Reply
  2. semak saman says

    22/03/2016 at 1:06 pm

    walaupun kata tak masam, tapi bila lihat gambar tu dan bayangkan ianya masam macam asam ataupun mangga, rasa berair juga mulut ni.ehehe

    Reply
  3. titan says

    17/03/2016 at 2:48 am

    pehh..

    ada plak colek kacang badam ehh

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM80++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 140 other subscribers




Kain batik Terengganu

Proofreader Malaysia