Saya dan habi memang penggemar coklat. Lagipun coklat di Turki ni murah-murah. Boleh beli timbang kilo je pun. Cuma kadang-kadang, ada coklat yang unik yang kita kena bayar lebih sikit je. Biasalah kan.
Btw, coklat ni dah lama saya beli. Kalau tak silap, saya beli masa krismas lepas. Kiranya dah simpan kat rumah ni dekat sebulan setengah. Sayang nak makan sebab sangat cute, unik dan susah nak jumpa.
Di Turki, musim sambutan perayaan ialah musim coklat. Masa ni kat supermarket, macam-macam jenis coklat muncul di pasaran. Kalau kat tempat kita, musim biskut raya lah. Haa gitu..
Rupanya, coklat cendawan butang ni bukan sahaja cute tapi sedap yang amat.
macam sedap aje cendawan tu.
rasa coklat.
haha..
Hahahaha mula-mula aku letak atas meja kerja habi, seketul gitu. Lama dia tenung, pastu cakap ni apasal cendawan duk atas meja dia lak. Lepas cakap coklat baru dia makan :p
kreatif la, cendawan butang pun boleh dijadikan inspirasi membuat coklat
memang comel. mesti sedap
nampak sedap tu.
pos kat Malaysia. he he