Minggu lepas saya siapkan urusan memperbaharui visa Turki kami. Visa, atau residence permit. Sebelum ni kami renew untuk tempoh enam bulan sahaja, yang kali ni pun renew untuk tempoh sama. Maksimum tempoh untuk renew ialah setahun. Nanti, kalau rajin saya kongsikan cara-cara renew visa di Turki. Manalah tahu ada dikalangan pembaca saya yang nak duduk di Turki lama sikit.
Sempena sambung visa ni, saya buat burger ayam dan dinamakan Burger Visa dengan homemade pickle. Sorry bahasa bercampur-campur macam ni. Asalnya saya nak buat burger daging, tapi sebab minggu ni dah bedal steak jadi quota daging untuk perut saya dah cukup untuk minggu ni. Kena buat burger ayam.
Masukkan bahan berikut dalam food processor;
- 500 gram ayam
- 1 bawang besar kuning
- 3 cendawan butang
- 1 tomato
- 1 1/2sudu teh garam
- 1 sudu black pepper
- 2 sudu besar tepung beras/breadcrumb (saya guna tepung beras sebab breadcrumb tak ada)
- 1 biji telur
Kisar tak sampai pun 2 minit, ni lah hasilnya.
Pastu, ambil senduk dan masukkan dalam kuali untuk goreng/bakar. Saya masak dalam minyak zaitun. Guna minyak sikit je, sebab ayam ni bahagian dada (tak ada lemak, jadi kena guna minyak zaitun/butter).
Goreng tak sampai 5 minit pun, siap boleh angkat. Btw, jika anda nak bekukan pun boleh. Masukkan bahan kisar ni dalam plastik kecil-kecil, leperkan, terus bekukan. 1 senduk untuk satu plastik kecil. Next time, bila nak makan burger boleh keluarkan dari freezer pastu bakar.
Saya bakar 4 keping sahaja. Selebihnya saya masukkan dalam plastik kecil-kecil, susun dalam freezer untuk masak lain kali bila malas.
Maka, jadilah burger ni. Lapis dengan keju, timun jeruk. Jeruk timun tu pun homemade juga. Dah buat lama dah, resipi jeruk timun atau cucumber pickles boleh dapatkan di sini.
Tepung biasa bolh x?
nampak simple tapi menyelerakan
500 gram tu blh dpt brp dging burger?
Boleh dapat dalam 8 keping sebab saya buat saiz besar dan tebal.
ok kena try! nampak senang untuk di sediakan 😀
for sure i’ll try this resepi..hehehe buat sendiri lagi best kan? boleh modified rasa..
Sempat juga buat burger sempena nak sambung visa ya..:-)
Ha’ah sempat. Sebab cepat je nak buat benda ni
THANKS… Harap sudi share cara nk apply visa utk di turki : )