• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Travel Topic / Hotel / Buffet Iftar di Renaissance Hotel Kelantan Dengan Tema Klasik

Buffet Iftar di Renaissance Hotel Kelantan Dengan Tema Klasik

03/07/2014 By Travelog.my 1 Comment

Memandangkan dah berhari-hari asyik masak di rumah untuk buka puasa, hari ni tetiba rasa malas untuk masak. Lebih dari tu, nak gi beli di bazar Ramadhan depan rumah pun rasa malas. Tinggi betul tahap malas hari ni, tapi rajin pula buat reservation kat Renaissance untuk book meja untuk buka puasa, rajin pula drive pergi Jalan Sultan Yahya Petra. Pelik juga perangai malas rajin ni. Kalau betul-betul malas, patutnya buka puasa pun malas, ye dop?

Seperti tahun-tahun lalu, buka puasa kat sini memang banyak pilihan. Ada macam-macam jenis kerabu, kueh-mueh traditional seperti akok dan seumpamanya, kek-kek dan mousse mousse strawberry dan blueberry. Cuma peliknya, kueh-kueh dan desert ni lebih manis daripada kebiasaan. Mungkin sengaja dibuat begitu supaya cepat bagi tenaga bila berbuka puasa.

Berbeza sikit tahun ni dorang umum buka puasa pakai alat ketuk-ketuk klasik tu. Staf pula berbaju Melayu dan berbaju kurung sesuai dengan tema tahun ni iaitu Iftar Kenangan Lama. No wonder ada Masak Lemak Pucuk Ubi!

buffet ramadhan hotel renaissance kelantan

buffet buka puasa kelantan

Paling saya suka Kerabu Mangga, Kerabu Nenas, Kerabu Betik yang colorful tu. Rasa macam nak tambah dua tiga pinggan je, tapi tak mampu sebab perut kecil je. Maklumlah, slim kan 😉 Tapi selepas makan, saya rasa saya boleh masak sendiri kerabu ni kat rumah. Esok jugak nak pergi beli nenas untuk cuba buat sendiri.

buffet buka puasa kelantan 3

Ini pula Ketam Goreng Blackpepper, Sotong Masak Merah dan Ayam Goreng Kukus. Eh, gambar Nasi Beriani Kambing tak masuk sebab sikit sangat je nasinya.

Memang semua sedap-sedap. Sate tu benda wajib. Ada banyak lagi makanan yang saya tak rasa seperti Nasi Burung Unta dan Octopus Masak Merah (lupa dah namanya tapi lebih kurang macam tu lah). Entah macam mana boleh terlupa.. isk. Kena pergi lain kali kot.

buffet buka puasa kelantan 2

Ini je lah yang saya makan. Pilihan di sini memang banyak, memang boleh buat korang rambang mata tambah pula dengan perut memang tengah kosong kan. Nak tengok lebih banyak makanan sempena iftar ni, boleh lihat di official page Hotel Renaissance Kota Bharu.

Harga per pax ialah RM 78 tak termasuk tax. Jika ada JW Marriot membership card, boleh dapat 10% discount. Lokasi Hotel Renaissance di Kota Sri Mutiara di Jalan Sultan Yahya Petra.

Better buat reservation dahulu sebelum pergi, bimbang seat tak ada. Sebabnya masa saya pergi tu pun dekat nak penuh. Cuma ada satu dua meja je yang tak ada orang.

Untuk buat reservation, boleh call Palm Terrace Cafe di 09-745 1217.

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Hotel, Kelantan, Makanan & Restoren, Malaysia

Comments

  1. Faizal Fredley says

    04/07/2014 at 12:02 pm

    pernah makan sini 3 tahun lepas..sedap…walau harga mahal tp puas hati..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in