Memandangkan blog ini antara blog terawal yang bercerita tentang syarikat penerbangan baru di Malaysia iaitu Rayani Air, mungkin ada sesetengah orang ingat yang saya punya maklumat banyak pasal syarikat ini.
No, I don’t have that much info about this new airlines company.
Banyak dapat PM di Facebook page dan ruangan contact blog ni tanya pasal harga tiket, bila beroperasi dan sebagainya. Saya nasihatkan, baiklah anda tanya sendiri pihak Rayani Air di official page mereka sebelum terjah ke ruangan contact form blog ini.
Ini link ke official page Rayani Air.
Ada juga yang tanya pasal promosi tampal stiker dapat free tiket Rayani Air. Saya secara peribadi tak join promosi tersebut sebab tak nak rosakkan cat kereta dengan stiker besar gedabak di kiri, kanan dan belakang kereta. Tambahan pula, kena tampal stiker besar gedabak selama 6 bulan, which is a really really long time. Lepas 6 bulan, nak hilangkan kesan sticker besar gedabak kat kereta bukan lah satu kerja mudah.
Berbaloikah dengan nilai cat kereta dan waktu 6 bulan sedangkan kos ke laluan yang ditawarkan oleh Rayani Air untuk sampai ke destinasi yang sama tak adalah mahal mana pun. Kalau Kota Bharu – Melaka, boleh naik flight lain turun KLIA/KLIA2 atau Subang kemudian ambil teksi tak sampai RM200 pun boleh pergi Melaka. Dan tiket KB-KL boleh dapat serendah RM33 sahaja. Manakala Malindo Air pun ada route Kota Bharu – Melaka, cuma RM102 je. In less than RM150, berbaloikah dengan kerosakan cat kereta?
I rather wait until Rayani Air dah betul-betul masuk market dan buat promosi jual tiket, baru decide untuk terbang dengan mereka. Dan route dari Kota Bharu hanya boleh pergi ke Melaka. Dari Melaka boleh pergi ke negeri-negeri lain di Malaysia termasuk Sabah. Errr.. macam tak perlu je transit di Melaka sebab dari Kota Bharu ada direct flight ke Kota Kinabalu.
Katanya nak terbang dalam March 2015. Lagi 2 bulan setengah je nak tiba March 2015. Patutnya dalam tempoh yang cukup singkat ni dah start jual tiket dah, boleh kita plan untuk melancong dalam cuti sekolah bulan March tahun depan. Awal-awal hari tu cakap Ogos 2014, pastu Disember 2014, pastu January 2015. Sekarang, tarikh baru iaitu March 2015.
Tapi, website pun nampaknya still under constructions.
Dan sekarang nampaknya mereka masih buka jawatan kosong untuk captain dan first officer pesawat B737-400. Betullah agaknya yang ia beli retired plane Malaysia Airlines dan guna kembali (jika masih elok, apa salahnya gunakan lagi).
Dulu semasa kami tanya di Twitter, dorang cakap ia premium airlines macam Malindo Air, Firefly dan Malaysia Airlines. Sekarang jadi airline tambang murah pula (based on news yang keluar dalam Sinar Harian baru-baru ni). Ding dong ding dong.
Allahua’alam. Semoga Rayani Air terbang cepat-cepat ada satu tarikh yang betul bila akan beroperasi.
Untuk makluman, Rayani Air tiada kaitan dengan Ryan Air di Europe tu.
Tolong jangan tease lama sangat boleh tak.. -.-
Mereka dah bagi tiket free. Cek fb mereka now 🙂
Skarng ade tiga company airlines baru Rayani Air,Flymojo, and Youwings…Flymojo sahkn akan terbang December tahun ni..hub JB and KK..Youwings dari Alor Setar ke Medan Indonesia mungkin tahun ni juga…Rayani Air masih belum diketahui…harap bersabar…#NaikMASlagiBaik
Asmara – airasia
Sapphire – malindo
Rayani – flymojo?
Yalah first dgr januari start fly….now dh perteghn mac web still underconstruction….camnerla….dh jd xyakin lak nk naik rayani nie….
nampak gaya kemungkinan besar Rayani Air ni takkan beroperasi sebab mengikut sumber yg boleh dipercayai masih tak ada lesen nk operate. bukan senang nk running airlines and Rayani jugak mcm terbang terlampau tinggi. sebab apa? as starter je dah mcm banyak sgt route nk cover. bole ke nk sustain route dgn kapal yg ada?
pada saya, biarlah bertumpa pada semenanjung dulu sblm berkembang ke Borneo dan international. see how its going dulu…bukannnya terus BOOOMMMMMMMMMMMMMM~ nk pergi sana, nk pergi sini. kapalnya ada dua bijik je. satu kaput??? habis semua jadual penerbangan jadi huru-hara.
kapal apa yg Rayani nk operate pn belum pasti jenis cuma kemungkinan besar juga menggunakan kapal Boeing MAS yg dah retired iaitu B737-400 series. kalau nampak dalam poster mcm guna Airbus and Fokker 50 tp ntah la.uniform pn belum officially launched. apetah lagi test flight.
ada juga berita yg batch pertama cabin crew dah mula menyaman Rayani sebab gagal beroperasi dalam masa terdekat dan tarikh operasi ditunda kemungkinan hujung 2015. majority batch pertama cabin crew adalah dr MAS dan AirAsia.
from my personal view. kalau betul airlines ni beroperasi mungkin lambat lg ataupun kalau beroperasi dengan banyak masalah dan tak boleh sustain lama dan akhirnya tutup sebab masalah kos operasi dan aliran tunai yg tak cukup nk stay alive. just keep my finger crossed.
sekian
Sangat logic dengan penjelasan saudara
dah mac dah ni 🙂
Hehehe tu la kan.
Nampaknya semakin banyak saingan dalam penerbangan di Malaysia.
Belum diizinkanNya lagi la tu… Sampai masa dia naik lee….huhu.. Rajin travel…
Balik kg minggu lepas ada nampak kete tampal sticker rayani air nih .. ingatkan dah start jual tiket, rupenye belum yer