• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Turki / Karabuk / Apa khasiat saffron sampaikan harganya mahal?

Apa khasiat saffron sampaikan harganya mahal?

05/09/2015 By Travelog.my 59 Comments

Semasa saya ke Safranbolu baru-baru ini, ada saya beli 30 gram safran untuk dihantar ke Malaysia kiriman ahli keluarga dan kawan-kawan. Di Turki ni ada beberapa jenis saffron dijual. Saffron berkualiti boleh dikenalpasti melalui beberapa ujian.

Di Grand Bazaar dan mana-mana tempat dalam Istanbul, anda boleh dapat saffron berkualiti rendah di mana-mana dengan harga serendah TL10 (lebih kurang RM15) untuk satu gram. Jika tak bernasib baik, anda mungkin terbeli saffron palsu, atau beli saffron kualiti rendah dengan harga premium.

Saffron paling berkualiti ialah saffron yang hanya mengandungi urat merah sahaja, ini gred Premium (A). Dan inilah yang saya belikan bagi famili dan kawan-kawan yang kirim masa ke Safranbolu baru-baru ni.

beli saffron online

Saya pernah beberapa kali beli Safron di Tesco Kota Bharu. Harganya RM29.90 untuk 0.25 gram. Ia dipek dalam botol 0.25 gram sahaja, untuk 1 gram harganya ialah RM119.60. Satu botol kecil di atas ialah 1 gram. Botol paling besar pula 5 gram, manakala botol tudung putih pula 3 gram. Kualiti saffron yang dijual di Tesco adalah bagus. Cuma harganya  hampir dua kali ganda berbanding yang saya beli hari tu.

Ini gambar dekat bagi saffron di atas.

beli saffron online

Dalam pasaran, ada fake saffron. Sebab apa? Sebab saffron ialah herba paling mahal di dunia. Bila dapat buat yang fake, mereka (scammer) akan dapat untung yang sangat besar. Lagikan telur dan berasa pun ada yang fake, apatah lagi saffron.

Di Turki, pengeluaran saffron berkualiti begini untuk setahun hanyalah 30 kg. Sebab ianya bukan kerja yang mudah. Urat saffron ni perlu ditarik sehelai-demi-sehelai dari bunga saffron. Ia tak boleh diproses dengan mesin. Kalaulah ia dapat dituai dengan mesin seperti rempah ratus lain, sudah tentulah harganya akan jadi lebih murah.

Cara kenalpasti fake saffron

Berikut ialah cara untuk kenalpasti saffron palsu. Pertama, anda boleh minta dengan penjual untuk cuba rasa saffron. Penjual yang jujur akan bagi anda rasa. Masukkan dalam mulut, kemudian ludah atas tisu. Jika saffron itu putus-putus dan air liur warna perang dan kuning yang tak cantik, kemungkinan besar ianya saffron palsu. Sebaliknya jika air liur anda kuning terang sekata, dan saffron tidak putus lepas kena liur, itu saffron yang betul.

Kedua, masukkan dalam air panas atau suam. Boleh minta dengan penjual untuk cuba teh saffron (panas). Masukkan beberapa urat saffron ke dalam air panas, dan tengok air bertukar warna tapi urat saffron maintain warna merah. Kalau fake saffron,  urat saffron mungkin bertukar warna merah atau koko. Di bawah ialah contoh teh saffron yang saya buat, gambar diambil selepas 4 minit saffron direndam.

beli saffron online

Dan ini pula saffron tersebut sebelum direndam dalam cawan tu. Nampak tak warnanya kekal sama? Ini menandakan ianya saffron sebenar dengan kualiti premium.

beli saffron online

Cara guna saffron dalam masakan

Kebanyakan orang guna saffron untuk masak Nasi Arab, Nasi Beriani, Nasi Tomato, Nasi Kerabu Kuning dan macam-macam jenis nasi lagi. Untuk satu periuk besar nasi, jumlah di atas sudah cukup untuk sekali masak. Tak sampai 10 urat pun dah boleh buat nasi anda kuning cantik dan beraroma. Cara gunanya ialah, rendam dahulu beberapa urat saffron dalam air panas, kemudian masukkan ke dalam nasi yang sedang mendidih. Sesetengah chef selebriti dalam tv di Malaysia cuma campak-campak je dalam masakan, tapi selepas beberapa kali masak nasi dengan saffron, saya dapati warna nasi lebih sekata dan rasa lebih baik jika direndam dahulu saffron sebelum dicampur dalam nasi.

Anda juga boleh buat air teh saffron, iaitu dengan masukkan beberapa urat saffron ke dalam air panas dan minum terus. Jika nak manis, jangan letak gula, tak sedap. Nak sedap, guna madu.

Apa khasiat saffron sampaikan harganya sangat mahal?

Sebenarnya, harga saffron tidaklah mahal jika mengambil kira beratnya. 1 gram saffron cukup untuk setahun kegunaan, cukup untuk masak Nasi Arab setiap hari untuk tempoh 5 bulan 🙂 1 gram cukup untuk tempoh yang lama, dan ianya juga tahan lama. Bukan 1 gram untuk sekali masak. Saffron sangat sesuai dalam merawat pelbagai masalah kesihatan, ia efektif bagi pesakit Alzheimer, asthma, depression (ambil untuk tempoh 6-8 minggu), masalah haid, kanser, batuk, batuk kokol, kahak, dan kulit kering.

Selain untuk khasiat kesihatan seperti di atas, ia juga digunakan dalam masakan untuk mewarna dan rasa aroma. Saffron juga digunakan dalam pembuatan minyak wangi disebabkan baunya yang sangat best.

beli saffron online

Saya bercadang nak ke Safranbolu sekali lagi sebelum balik ke Malaysia nanti. Jika ada sesiapa nak order saffron, boleh terus order di sini. Bolehlah saya bawa balik ke Malaysia nanti. Harganya RM70/gram. Bila sampai di Kota Bharu, saya poskan guna PosLaju. Pos ke Semenanjung +RM7, pos ke Sabah & Sarawak, +RM12. Kenapa Safranbolu dan bukan Istanbul atau Cappadocia? Sebab Safranbolu ialah bandar safran. 🙂

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Karabuk, Makanan & Restoren, Malaysia, Travel Topic, Turki

Comments

  1. Rahmat B Borhan says

    08/05/2019 at 7:25 pm

    Asslmkm.Nak tanya.Saffron tu ada lagi tak

    Reply
    • Travelog.my says

      13/05/2019 at 5:30 pm

      Ada

      Reply
  2. syuhada says

    07/04/2019 at 4:21 am

    assalam… saya berminatbuntuk membeli saffron

    Reply
  3. eyda says

    19/10/2018 at 8:04 pm

    salam…saya berminat nak beli,ada lg ke?boleh ke untk kanak2 yg ada batuk asma??

    Reply
    • Travelog.my says

      21/10/2018 at 5:46 am

      Stok akan sampai dari Turki pada 23hb ni. Puan boleh hubungi saya di 019-996-1960 melalui whatsapp untuk pembelian. Terima kasih

      Reply
  4. mimi says

    03/09/2018 at 6:17 am

    assalamualaikum Tuan. stok saffron msh ada lh ke. Sy nak beli untuk buat ubat ekzema . tksh

    Reply
    • Travelog.my says

      10/09/2018 at 12:37 pm

      Maaf, saffron tak ada skrg ni.

      Reply
  5. mimi says

    03/09/2018 at 6:16 am

    Assalamualaikum Tuan, stok saffron msh ada lg ke..Sy nak beli utk buat ubat kulit ekzema. tksh.

    Reply
  6. Nica says

    01/01/2018 at 6:38 pm

    Saya nak order.serius buyer.or whatsup ke 0198153441

    Reply
  7. Athirah says

    14/08/2017 at 6:18 pm

    Boleh bg no. Sy nak beli sikit

    Reply
    • Travelog.my says

      14/08/2017 at 6:32 pm

      Athirah, boleh terus beli di online store saya di http://bazar.my/product/saffran-kualiti-premium/

      Reply
      • Dyg Zefayna says

        26/08/2017 at 6:40 am

        pls drop ur phone no….nak order….

        Reply
        • Travelog.my says

          28/08/2017 at 8:24 am

          Cik Puan sudahpun buat order di laman http://www.telekung.com.my 🙂 Boleh cek email cik puan untuk dapatkan maklumat pembayaran. Lepas tu boleh kami poskan.

          Reply
          • Nor hazmaliza says

            19/04/2018 at 5:37 am

            Salam…saffron msih ada stok ke

          • Travelog.my says

            19/04/2018 at 9:11 am

            Tak ada stok sekarang, cik

  8. Azrina Abd Rahman says

    08/06/2017 at 1:21 am

    Masih bole order safron lg ke..n kos pos ke malaysia dlm brapa rm ya

    Reply
  9. Azrina Abd Rahman says

    08/06/2017 at 1:20 am

    Bole order safron lg ke..n nk tanya kos pos ke malaysia berapa ya..

    Reply
  10. izni says

    14/01/2017 at 3:07 pm

    Assalamualaikum. Cik sy nk order.. Mcm mne nak hubungi cik

    Reply
  11. Azeezoo says

    28/12/2016 at 8:40 am

    Assalamualaikum, saffron ada stok lagi tak? kalau ada, saya nak order. tq

    Reply
    • Travelog.my says

      28/12/2016 at 3:35 pm

      Stok ada. Boleh order terus kat sini http://travelog.my/product/saffron-gred-a-premium/

      Reply
      • Azeezoo says

        28/12/2016 at 5:04 pm

        saya ada wakaf bharu , kelantan. ada peluang tak utk COD? atau pun lebih selesa utk pos?

        Reply
        • Travelog.my says

          29/12/2016 at 4:32 pm

          Maaf encik, kami tak ada buat COD buat masa ini.

          Reply
  12. nina nazlina says

    10/11/2016 at 7:42 am

    PM pls. Saya nak order.
    tinggalkan hp no. awk blh?

    Reply
  13. nina nazlina says

    10/11/2016 at 7:40 am

    As salam. Berminat utk order. PM saya.
    Blh kasi h/p no. awk tak?

    Reply
  14. Madam Angel says

    22/10/2016 at 7:56 pm

    Siti. ..your saffron is still available now ? Thanks

    Reply
    • Travelog.my says

      24/10/2016 at 10:41 am

      Will be available in November.

      Reply
      • Azs says

        27/10/2016 at 3:45 am

        Assalamualaikum.. I would like to order the saffron from you. Can you please update me about it. Thank you.

        Reply
      • Malina says

        28/10/2016 at 7:17 am

        Salam, saya berminat nak order.

        Reply
      • Farikha says

        28/10/2016 at 4:25 pm

        Bg no fon bleh x? Sgt berminat..nak order

        Reply
  15. raja noor aiza raja abu bakar says

    27/09/2016 at 2:22 am

    AsSalaam! Saya berminat nak beli saffron. Tlg inform caranya. Thanks

    Reply
  16. Junaidah says

    06/09/2016 at 7:47 pm

    As salam.. Ada stock lg x saffron nie..Tolong reply ya..

    Reply
  17. alin says

    16/06/2016 at 6:16 am

    salam,saffron ade stok ke skg?

    Reply
    • Travelog.my says

      16/06/2016 at 2:07 pm

      Ada. Baru restock je. Boleh terus order dari sini http://travelog.my/product/saffron-gred-a-premium/

      Reply
  18. Ahmad edy nor says

    12/04/2016 at 12:49 pm

    Assalammualaikum. Bila lagi pergi? Nak gak order kalo ada stock.

    Reply
    • Travelog.my says

      12/04/2016 at 7:22 pm

      Baru pergi je. Boleh terus order di sini jika mahu. Stok ada ni http://travelog.my/product/saffron-gred-a-premium/

      Reply
  19. rohani says

    05/02/2016 at 5:32 am

    Akk pun nak order. Klu ada beritahu ye.

    Reply
  20. Ismail says

    09/01/2016 at 7:44 am

    Anak saya bli kat india. Saffron yg sama ka?

    Reply
    • Travelog.my says

      09/01/2016 at 2:06 pm

      Tak tahu..sebab saya tak tengok safron anak encik punya..

      Reply
  21. Zaleha Awaluddin says

    13/12/2015 at 4:51 am

    menariknya…
    dulu tau pun psl safron ni masa makan nasi arab je.

    Reply
  22. Sync says

    09/12/2015 at 8:00 pm

    jadi saffron daripada bunya, baru tahu…

    Reply
    • Travelog.my says

      09/12/2015 at 11:24 pm

      Haaa..apa?

      Reply
  23. Sharina says

    13/11/2015 at 9:50 am

    Saya nak order 1gm saffron nie. Bile ye boleh dapat?

    Reply
    • Travelog.my says

      13/11/2015 at 9:55 am

      Maaf cik puan Sharina, order sudah ditutup dan stok sudah habis buat masa ini. InsyaAllah jika saya kembali ke sana, saya akan buka semula order ya.

      Reply
  24. titan says

    07/11/2015 at 7:33 pm

    belanja 1 gram beb.

    hehe..

    Reply
    • Travelog.my says

      08/11/2015 at 3:49 pm

      dah habis la Titan..limited stok baru ni. sorry la ek

      Reply
  25. Helmi Onexox says

    20/10/2015 at 2:37 pm

    Zafran atau Saffron setakat yang saya tahu memang mahal, mahal sebab nampak sedikit.

    Padahal cara gunanya sedikit-sedikit sahaja, bukan sekali semua nak masukkan dalam masakan. 🙂

    Reply
  26. mrhanafi says

    14/10/2015 at 1:09 am

    baru nak kenal safron nie..

    Reply
  27. siys suri says

    22/09/2015 at 10:00 am

    Salam.. nak tanya sis, kalau order brp lama boleh dapat?

    Reply
    • Travelog.my says

      23/09/2015 at 9:46 pm

      Saya bawa balik dlm bulan 10

      Reply
  28. Noriza Rahman says

    22/09/2015 at 5:09 am

    Kalau ada tips macam ni bagus untuk pembeli yang baru nak mengenali saffron ni..

    Reply
  29. rahimah says

    22/09/2015 at 1:18 am

    Saffron memang mahal. Ada kawan jual kat sini. Satu kg tak silap puluh ribu harganya.Takut dengar.

    Reply
  30. mrhanafi says

    21/09/2015 at 1:29 am

    barang yang susah dan sukar diperolehi memang patut mahal..cuma ada yang tak beretika itu sahaja yang sanggup menipu dengan menjual saffron tiruan

    Reply
  31. Azeni Ahmad says

    13/09/2015 at 12:55 pm

    Terujaaaa..
    Selalu dengar bunga safron je.
    Nampak memang sedap air tue.

    Reply
  32. Uncle Zuan says

    09/09/2015 at 5:55 pm

    mashaAllah, hebatnya khasiat saffron ni. pertama kali dengar. menarik sungguh

    Reply
  33. Hafizul says

    09/09/2015 at 10:55 am

    Huhu..sekali jer saya tengok sendiri dan pegang saffron ni.. tu pun isteri guna time beranak.. dia kata baik untuk luka-luka..

    Reply
  34. ENTAN says

    07/09/2015 at 9:21 am

    Dah order, tak sabar nak dapat. Mak pernah beli kat Mekah, tp rasanya tu fake kot.

    Reply
  35. Mak Jemah Jual Vitamin says

    07/09/2015 at 7:13 am

    bestnya info pasal saffron ni terus rasa nak beli:)

    Reply
  36. Manan Qayyim says

    06/09/2015 at 12:09 pm

    Pernah minum teh saffron ….. Tak tahu pulak ade yg fake

    Reply
  37. azstory311 says

    06/09/2015 at 7:23 am

    Mahal juga saffron ni.. mmg ptt mahal pun tgk pembuatannya bukan mudah.. baru tahu apa tu saffron..

    Reply

Leave a Reply to Azeezoo Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in