• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Travel Topic / Barang perlu di bawa semasa melancong musim sejuk

Barang perlu di bawa semasa melancong musim sejuk

04/01/2014 By Travelog.my 2 Comments

Orang Malaysia macam saya memang tak tahan dengan suhu sejuk. Semasa Kelantan dilanda sejuk baru ni pun dah cukup untuk buat saya pakai jaket dan tutup kipas. Maklumlah, selalu suhu 30 celcius ke atas, tiba-tiba jadi sekitar 20 celcius. Jadi, bagi anda yang tak biasa dengan suhu sejuk ni, pastikan anda bawa kelengkapan mencukupi untuk melancong pada musim sejuk.

Kat Mana Nak Beli?

Ada beberapa kedai yang anda boleh beli barangan seperti Long John

Apa yang anda perlu bawa?

Long John atau Thermal Wear

Ini asas penting yang wajib ada bagi sesiapa yang nak melancong pada musim sejuk atau di tempat bersuhu sejuk seperti Hokkaido, Alaska dan seumpamanya. Tak semestinya winter je, musim autumn pun dah cukup sejuk. Semasa saya ke Jepun November lepas, memang gigil habis. Suhu 4-6 celcius pada sebelah siang. Nasib baik dah bawa long john awal-awal dari Malaysia. Bagi anda yang nak melancong di kawasan sejuk, belilah long john sebelum bertolak. Saya beli long john online di Telekung.com.my

men winter clothes malaysia

Selain Long John, jika anda ada bajet lebih sikit saya cadangkan anda guna thermal clothes jenis heat tech. Heat tech ialah sejenis pakaian yang dibuat dari kain dengan teknologi Jepun, ia lebih nipis daripada Long John tapi dapat buat badan anda hangat semasa musim sejuk. Ia juga lebih selesa sebab nipis.

Mittens atau gloves

beli sarung tangan online

Semasa melancong, gloves ni bahan wajib dipakai di kawasan bersuhu sejuk. Sebab kalau tak pakai, tangan yang sejuk nak letak kat mana? Takkan nak letak dalam poket atau celah ketiak setiap masa kan? Mesti nak jalan dengan selesa. Jangan bimbang kalau pakai sarung tangan tapi tak boleh guna handphone. Sekarang dah ada sarung tangan touch screen yang membolehkan anda guna touch screen gajet tanpa perlu buka Sarung tangan.

Lip balm dan cream

Dua ni memang saya sering bawa ke mana-mana. Semasa saya di Jepun pada autumn lepas, ada sekali saya lupa sapu cream. Tau jadi apa? Liang-Liang roma kat bahagian keting jadi kemerahan macam nak berdarah. Dah la hodoh, pedih kulit pula tu. Bibir pun macam tu juga, sapu je lip balm anytime. Saya guna Nivea cream dan Maybelline lip balm.

Muffler

neck warmer

Bagi mereka yang tak bertudung, muffler kena bawa. Macam saya, bahagian dalam tudung dah ada inner, campur dengan selendang belit-belit kat leher dah cukup untuk panaskan badan. Kadang-Kadang, Bila sejuk sangat saya cover hidung dengan hujung selendang. Hehe kalau anda tak pakai tudung, bawalah muffler. Atau Jika anda lelaki, belilah sehelai muffler dan bawa ke sana. Boleh juga beli di Telekung.com.my, murah je.

Wet tissue

Tisu basah, boleh beli di Watson, Guardian atau kat mana-mana pun. Selalu saya bawa dan pastikan ada dalam beg galas. Mungkin sesetengah orang gemar bawa botol air untuk isi air bagi tujuan cuci hadas, so bergantung kepada keselesaan masing-masing. Ini disebabkan tandas negara asing kebiasaannya tak ada air, kena isi air dalam botol di sinki dan bawa masuk ke dalam tandas untuk cuci hadas. Atau, sapu je guna tisu (istinjak) pun boleh, tapi tak ramai dari kita yang selesa istinjak guna tisu kan? 😉

Jaket musim sejuk

Seeloknya beli yang kalis air. Sepasang pun dah cukup untuk travel seminggu dua. Saya cadangkan beli yang kalis air dan windbreaker supaya cuaca sejuk tidak mengganggu anda sangat.

Kasut atau boot

Kalau ada kasut jenis boot lagi bagus. Dan lagi bagus kasut jenis Dr. Marten’s atau Timberland dan seumpamanya tu. Sebabnya, bila sejuk dan bersalji, jalan-jalan akan jadi licin especially bila salji tu dah dipijak berkali-kali. Licin. Silap haribulan, kalau tak hati-hati memang akan jatuh tergelincir.

winter boot

Jadi pastikan kasut yang anda bawa atau pakai tu sesuai untuk musim sejuk. Tak perlu kasut mahal-mahal, cukup ada banyak bunga dan tapak getah pun dah OK.

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Travel Topic

Comments

  1. rahimah says

    13/02/2014 at 1:37 pm

    Saya akan bawa 2 lagi barang extra iaitu minyak zaitun untuk sapu seluruh bdan dan muka.Lagi satu foldable bottle sebab toilet luar negeri tak ada paip air kat dalam.Sangat praktikal untuk bersedia membersihkan diri 🙂

    Reply
    • travelmy says

      19/09/2014 at 7:51 pm

      Saya biasa bawa wet tissue je untuk cuci2 tu 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in