Sebelum ni, bila tengok rumah macam dah nak siap, rasa lega. Maksudnya, siap bina, order kitchen cabinet dan siap wiring process dan daftar TNB. Rupanya belum… ada banyak lagi benda-benda kecil yang kena beri perhatian.
Cat interior
Jadi kelmarin dan hari ni, siapkan urusan beli cat untuk tingkat bawah. Mula-mula saya plan nak cat dinding ruang tamu warna biru muda atau biru laut. Pastu rasa nak warna ubi keladi pulak. Pastu akhir sekali, saya pilih warna putih je sebab dah rambang mata tak tau warna apa yang paling sesuai. Kalau warna putih senang, semua warna boleh masuk atau match dengan apa-apa. Lagipun, warna putih buat rumah nampak lebih luas.
Dah memandangkan kami kerja dari rumah, SOHO pun nak kena ready supaya nanti senang untuk buat kerja. Pilih warna kuning safran untuk SOHO hubby, dan SOHO saya pula kekal warna putih :p
Bahagian dapur nanti je warna biru (itupun kalau jadilah) sebab nak match dengan warna kitchen kabinet iaitu kombinasi biru dan cream.
Alhamdulillah, siap pening kepala bahagian cat untuk tingkat bawah bahagian dalam! Tunggu tengok hasil kerja tukang cat je pulak. Bahagian luar rumah nanti kita fikir bila dah masuk duduk situ. Sebab yang penting ialah bahagian dalam, bukan luar. Hehek
Tiles untuk tangga dan dinding kitchen cabinet
Ini pun nak kena fikir. Rupanya tiles untuk tangga jenis lain dari tiles lantai. Tiles untuk dinding dapur pun lain jugak. Ingatkan sama je boleh beli mana-mana je. Naif betul saya ni. Semua ni baru belajar dalam minggu ni. Gigihlah pergi ke kedai tiles dua kali minggu ni untuk order tiles. Tiles untuk dapur, beli yang murah je. Cuma RM 2. 20 untuk yang saiz 1 kaki. Manakala untuk tiles tangga ke tingkat atas pulak pilih yang kenis kasar sikit, supaya risiko tergelincir dari tangga dapat dikurangkan. Yang tu harga RM 4.20 untuk saiz 1 kaki. Lain saiz, lain harga. Pastu sebelum pergi kedai tiles tu, kena kira siap-siap, berapa keping tiles diperlukan. Kalau terlebih beli, nanti membazir. Kalau terkurang beli, karang tak cukup pastu kalau nak tambah, takut out of stock pulak. So kena sit together dengan tukang pasang tiles untuk kira ngam-ngam je jumlah tiles yang diperlukan.
Hari ni dah settle pasal tiles tu semua. Alhamdulillah, dah tak payah fikir pasal tiles lagi dah. Kecuali tingkat atas, lantai tingkat atas tu je kami tak decide nak pasang laminate floor/wood ataupun tiles. Yang tingkat atas tak apa, tak urgent. Pasang tahun depan pun boleh, atau bila-bila dah rasa nak guna tingkat atas tu nanti. Tak perlu siap on the spot sebab yang paling penting ialah tingkat bawah dulu.
Pintu tandas aluminium
Ada banyak jenis pintu tandas yang boleh pilih. Jadi kami pilih pintu tandas 2 daun jenis aluminium. Untuk satu bilik air, 1 set harga sekitar RM 350. Design boleh pilih. Itu belum decide lagi, tapi last sekali pun boleh beli benda tu sebab proses pasang pintu tandas sekejap je. Tak lama macam proses pasang tiles dan kitchen cabinets.
Railing tangga dan balkoni
Yang ni memang saya nyaris terlupa nak pasang. Sampaikan abah ingatkan, bila nak upah orang pasang railing tu. So pagi tadi pekerja syarikat besi dan stainless steel tu datang tinggalkan katalog kat rumah. Pilih punya pilih, saya pilih yang paling simple. Sebab… kalau pilih railing yang jenis banyak ukiran atau crown ke apa tu, karang esok-esok sarang labah-labah dan debu senang melekat dan susah nak dicuci. Saya ni dah la jenis pemalas nak lap-lap dengan penuh perhatian. Lagi satu, bila pilih yang simple, kos pun murah. Bab ni harga belum confirm, sebab baru confirm design je. Memandangkan design pun saya pilih yang paling cikai je, harapnya harga pun cikai jugak lah.
Ni antara benda paling penting kat rumah iaitu magnetic mosquito net untuk tingkap, termasuklah tingkap bilik mandi. Supaya nanti, bukan setakat nyamuk, malah lalat, lipas, cicak, ular, biawak, buaya, mengkarung, cacing dan seumpamanya tak boleh masuk melalui tingkap. Senang nanti nak buka tingkap sampai ke malam pun boleh, tak bimbang pasal serangga atau haiwan dari masuk rumah. Sebelum ni duk survey harga magnetic mosquito net ni di Facebook page, harga untuk saiz 4 x 6 kaki ialah sekitar RM 120++. Kebetulan di 11street.my ada buat promosi, ada dijual pada harga RM 75 je untuk saiz sama. Terus saya order dari 11street.my. Harapnya nanti barang sampai seperti diharapkan. Lagipun, seller tu ada reputasi yang baik di 11street.my. Dan itulah pertama kali seumur hidup saya beli barang online di 11street.my.
Rasanya…dah siap cat dalam rumah, pasang tiles, pastu bersih rumah.. bolehlah kot panggil ustaz-ustaz datang solat hajat sebelum duduki rumah tu. Kalau dah masuk bulan Ramadhan nanti, susah pulak.
Btw, memang agak tight jugak bajet kami bina rumah ni sebab tak buat apa-apa loan dari mana-mana bank. Guna duit yang simpan je, dan sambil bina rumah sambil kumpul duit. Tu sebab banyak benda nak kena fikir sendiri, tak upah orang supaya dapat kurangkan kos seminimum mungkin. Nasib baiklah ada abah yang tolong sebab dia ada banyak pengalaman, kalau harapkan saya… memang sampai sekarang tak siaplah rumah ni.
hang beli rumah kawasan mana ni haa?
Tak beli, Titan. Tapi bina sendiri di Kota Bharu
Deko soal ke 2. Yang penting rumah bersih & always kemas. Insyaallah akan nampak cantik.
Boleh refer to magazine for deko.
Nanti boleh share photo rumah baru ye!
Bestnya siti,rumah dah siap..boleh deko2
Nak deko ni yg masalahnya kak..saya ni tak kreatif :p Kena mintak tolong kengkawan jugak kot, esp bab bagi pendapat dan idea hehe