Di Nassau Island, anda boleh masuk kedai berlian mewah atau butik-butik mewah hanya dengan pakai t-shirt atau bikini, atau baju basah lepas mandi pantai pun ok je, muka penuh losyen sunscreen atau sunblock pun dorang layan anda dengan baik. Sebab dia tahu anda pelancong yang turun dari cruise ship. Maksudnya, pada pandangan mereka, anda ada duit. Itu yang orang-orang situ cakap.
Kat sini ada batu permata bermacam-macam warna. Ada juga sejenis batu yang ada 7 warna sekaligus.
Jika anda naik kapal Royal Caribbean, anda akan diberikan satu peta menunjukkan 15 buah kedai yang dijamin oleh Royal Caribbean. Maksudnya, mereka akan bantu anda untuk mudahkan pembelian anda dan jika anda ditipu pun, anda boleh claim dengan Royal Caribbean. Sebelum anda turun shopping, mereka akan bagi satu talk detail pasal beli diamond atau batu-batu permata di Nassau Island.
Harga batu permata dan diamond di sini dikatakan lebih murah kerana tiada orang tengah sebaliknya terus kepada pembeli dari penjual. Itu yang mereka cakap.
Patutkah anda shopping berlian di sini?
Ingat, kapal berlabuh jam 8.30 pagi. Talk pasal berlian atas kapal ialah jam 11 am. Habis talk jam 12. Jam 12 anda turun ke Nassau Island. Kedai tutup jam 5 petang. Maknanya, anda ada 5 jam untuk beli berlian. Jika anda macam saya, anda tak banyak masa untuk fikir jauh-jauh sebelum buat keputusan yang paling bijak. Saya fikir panjang sebelum spend beribu dollar untuk barang hiasan. Nak beli tiket flight pun ambil 2,3 hari, apatah lagi berlian.
Jika anda ditipu oleh penjual dalam kedai yang dijamin Royal Caribbean, anda boleh buat tuntutan. Ini part yang sound too good to be true. Jadi kena berwaspada.
Tipu yang macam mana yang boleh claim ni? Ini tidak dinyatakan pihak kapal tapi diberitahu oleh orang yang selalu naik cruise ship ke Bahamas dan Mediterranean. Jika anda pergi kedai yang dinyatakan. Anda beli berlian, harga USD15,000. Bila balik, ada orang cakap itu bukan berlian tapi kaca atau palsu. Dalam kes ni anda boleh buat claim dan report. Tapi, jika berlian tu nilainya yang sebenar hanya USD1,000 bukan USD15,000, itu anda tak boleh claim. Kenapa? Sebab jaminan Royal Caribbean ialah apa yang anda beli ialah apa yang dinyatakan. Samada dorang jual mahal, itu lain cerita. Jika anda beli berlian, anda kena dapat berlian. Soal berlian itu berkualiti seperti diiklankan, itu masalah anda.
Selain berlian, Nassau Island juga popular dengan ukiran kayu dijual di Nassau Straw Market. Cuma kebanyakannya tiada tanda harga. Ukiran kayu Zirafah tu, harganya USD150 seekor.
Yang murah di Nassau Island ni cuma benda-benda souvenir macam fridge magnet, beg, topi dengan tulisan Bahamas. Boleh dapat satu fridge magnet dengan harga USD5 – USD8 sebiji. Tapi saya tak beli sebab dah ada 2 fridge magnet dari Bahamas yang tahun lepas punya.
Ukiran kayu besar-besar macam ni berharga antara USD2,000 sehingga USD5,000. Yag kuda belah kanan tu comel kan? Tapi dengan USD5,000, saya rasa boleh beli kuda sebenar di Kelantan. Kuda yang boleh tunggang tu, cuma kena bagi makan je.
Jika anda nak shopping barang macam ni semasa melancong ke Nassau Island, Bahamas, anda kena cari Nassau Straw Market.
Itu je lah cerita pasal Nassau Island, Bahamas. Saya tak sempat nak jalan-jalan lagi disebabkan cuaca yang panas.
Pulau ni comel, terjaga rapi dan bersih kerana ia menerima beribu pelancong sehari. Industri pelancongan di Bahamas menyumbang lebih 60% GDP negara tersebut dan lebih separuh dari peluang pekerjaan kepada rakyatnya. Tak hairanlah segala yang ada di sini nampak seperti terlalu touristy.
Namun begitu, ia bukanlah satu tempat yang kami akan pergi lagi. Bukannya ia tidak menarik, tapi rasa macam tak berapa best pun masa duk situ. Ada banyak lagi tempat dalam dunia ni yang lebih syok untuk diterokai.
♥ Apapun, jika anda mahu melancong ke Bahamas dengan lebih awesome, anda mungkin perlukan beberapa hari. Better terbang ke Nassau kot. Tiket flight dari Kuala Lumpur ke Bahamas boleh dapat dengan harga bermula dari USD1,950 (Kayak.com). Atau, ambil flight ke Orlando (USD1,400) kemudian anda boleh beli cruise ship ticket dengan harga USD250/pax bertolak dari Port Canaveral.
Diamond …..Saffron…..hehe….
Thanks for info….especially warning too good to be true….Thai and Dubai tengok saja. Tak beli. Tak berbaloi Dubai. Thai OK juga.