Kami tak lama di Nassau Island, cuma lebih kurang 4 jam je saya ada kat pulau tu. Kemudian terus naik ke kapal. Mandi-mandi dan get ready untuk formal dinner pada jam 7.00 pm di restoren di tingkat 4. Kalaulah saya tahu ada formal dinner, awal-awal lagi saya bawa baju kurung. Ni dah sampai Orlando baru tahu ada formal dinner. Jadi pakai skirt, dengan blouse biasa sahaja. Tambah bawal ruffle kaler pink muda.
Habis dinner jam 9 pm, kami ke bilik. Kapal akan mula bergerak lebih kurang jam 11 malam. Saya yang tak pernah naik kapal ni, tak boleh tahan dengan pergerakan kapal. Silap hari bulan, boleh dapat motion sickness. Jadi malamnya saya habiskan dengan baca buku atas katil sahaja. Lagipun, kalau lapar, boleh terus order makanan hantar ke bilik. Tak perlu keluar ke restoren lagi.
Paginya, kami sampai ke Coco Cay Island.
Kapal kami berlabuh jauh jugak, kena ambil ferry untuk sampai ke Coco Cay Island. Ni lah ferry yang saya naik. Tak kena bayar pun sebab ferry dah disediakan oleh pihak Royal Caribbean.
Coco Cay Island ialah pulau private dimiliki oleh Royal Caribbean. Hanya pengunjung dari kapal Royal Caribbean sahaja yang boleh akses pulau ni. Sebab itulah pulau ini cukup terpelihara. Tak ada satu sampah pun kat pulau ni.
Kami berlabuh dalam jam 8.30 pagi. Jam 4.30 petang semua kena naik ke kapal. Jadi, dari jam 4.30 petang sampai keesokannya (sehinggalah kapal ni datang bawa pengunjung baru) mereka akan kemaskan dan bersihkan pulau ni.
Bersih kan?
Ni tempat untuk sewa peratalatan snorkeling. Hubby sewa, kosnya USD35 seorang. Saya tak menyelam/snorkeling pun sebab tak pandai berenang. Nak kena belajar nih.
Cute betul klinik ni.
Signboard tunjuk arah pun cute la hai..
Ada banyak aktiviti yang anda boleh buat di Coco Cay Island. Dari menyelam, snorkeling, paragliding, kayaking, dan sebagainya.
Lama juga saya duk lepak-lepak kat sini. Tengah harinya, ada makanan disediakan. BBQ. Ada BBQ ayam dan macam-macam lagi. Saya pilih yang ayam dan salad. Kalau lapar lagi, tunggu makan atas kapal pulak.
Lepas makan, sempat ke kedai cenderahati yang ada di pulau ni. Harga di Coco Cay Island lagi murah berbanding di Nassau Island. Dan di sini, semua bayaran mesti dibuat dengan tunai. Kad kredit tak diterima. Internet pun tak ada kat sini.
Saya beli bekas letak lada hitam dan garam dengan tulisan “Bahamas” je, USD15. Ok, kat sini pun tak ada diskaun. Semua harga tetap.
Masa untuk naik kapal. Naik bot, terus gerak ke kapal. Bukti saya sampai sini. Haha
Esoknya, bertolak balik ke Orlando.
Cantik pemandangannya kalau saya berpeluang ke sana tidak lekang kamera membidik. 🙂
I baru balik cruise Majesty ke Bahamas. Sedih tak dpt singgah Coco Cay sebab cuaca tak elok…
Mungkin ada hikmahnya disebalik tu.