Semasa dalam perjalanan balik ke Kota Bharu minggu lepas, kami ada 10 jam layover di Ataturk Airport, Istanbul. Satu tempoh yang cukup lama bagi orang yang dah bertolak balik dari hari Selasa (kami bertolak dari Orlando pada pagi Selasa, dan sampai Kota Bharu hari Jumaat, jam 11.30 malam).
Sebagai warga Malaysia, kita untung sebab kebanyakan negara kita boleh pergi hanya dengan dapat Visa on Arrival (VOA). Maksudnya, sampai airport terus dapat. Hubby saya orang Amerika, dia kena bayar visa di kaunter imigresen di airport Turki dan kosnya USD30 (atau apply online dengan kos USD20).
Ok, jika anda pun ada long layover di Istanbul macam tu, ada baiknya anda keluar dari airport. Sebab kita (Malaysian) boleh masuk Turki dengan senang 🙂 Dan, percuma.
♥Jarak dari airport Ataturk ke pusat bandar Istanbul (Old Sultanahmet) tu cuma lebih kurang 40 minit memandu, atau kurang. Seingat saya, masa saya naik kereta dari airport tu kejap je sampai Old Sultanahmet.
♥Anda boleh ke Old Sultanahmet dengan naik tram di tingkat bawah arrival (turun guna eskalator sebelah kanan arrival). Kos naik tram tanpa IstanbulKart ialah TL4 per hala. Tak payah beli IstanbulKart kalau setakat nak guna untuk sekali harung begitu. Jadi, naik dari airport (havalimani) kemudian tukar tram bila sampai di Aksaray. Anda boleh baca lanjut pasal cara ke bandar Istanbul dari Airport Ataturk di sini.
Kat situ, anda boleh melawat Hagia Sofia, Blue Mosque, Topkapi Palace, Basilica Cistern, Hippodrome and so on and so forth. Anda juga boleh pergi ke Spice Bazaar, Grand Bazaar atau makan makanan Turki di restoren sekitar Sultanahmet.
Banyak benda boleh tengok hanya dengan sampai ke Istanbul sahaja. InsyaAllah, tak rugi and it worth every single second you will spend there.
Persediaan sebelum keluar airport:
- Boleh ambil teksi dari airport. Jangan bimbang pasal taxi scam sebab airport taxi selalunya selamat.
- Jika anda ada beg galas atau hand carry yang memang anda malas nak heret sepanjang waktu transit ni, anda boleh sewa locker di arrival. Yang saya pernah sewa, ialah TL20 untuk large locker, bagi tempoh 6 jam.
- Duit boleh tukar di airport atau withdraw guna kad ATM. Saya hanya withdraw duit dari kad ATM Maybank Debit Card platinum, dan pada kiraan saya tiada caj yang banyak dikenakan. Atau, guna terus kad debit platinum Maybank je sebab saya cek akaun Maybank saya, mereka tak caj lebih pun dari harga yang saya bayar. Banyak jimatnya berbanding kad debit CIMB.
Apa yang anda patut beli jika melancong ke Istanbul?
- Saya cadangkan anda beli Lokum. Boleh beli di supermarket atau grocery stores sekitar Old Sultanahmet, atau di Spice Bazaar. Kalau boleh, cuba sampel-sampel yang ada kemudian decide mana nak beli. Kalau tak, boleh beli dalam duty free shop kat airport, tapi sakan lah beza harganya.
- Turkish Safron. Saya beli beberapa botol bawa balik Malaysia. Guna untuk perap ayam atau jadikan teh. Orang cakap, Safron ni sangat baik untuk kesihatan. Memandangkan anda hanya transit di Istanbul (luggage sudah check in), saya tak suggest anda beli minyak Zaitun sebab kebarangkalian tak lepas security sangat tinggi.
- Keju – ada banyak jual di kedai-kedai runcit sekitar Sultanahmet dan di luar Spice Bazar. Bungkus elok-elok, masukkan dalam hand carry. InsyaAllah selamat.
Ada banyak benda anda boleh beli untuk bawa balik. Tapi, saya tulis ni khas untuk mereka yang transit dan tak punya masa yang lama untuk shop around. Grab aje jika jumpa.
Jangan lupa minta diskaun masa shopping. Ini penting. Sebab kalau beli kat kedai-kedai dalam Turki ni, kecuali grocery stores dan supermarket, anda boleh bargain. Itu tip dari Mr. Tolga.
Dan, jika anda shopping sakan, jangan lupa untuk claim tax refund di airport Istanbul.
Hyee, boleh tnye locker storage tu senang x nk cri klu saya dri arrival hall?
Senang je. Ada sign board. Ada juga yg jenis kaunter.
Salam mek siti..
Saya dh book tiket ke istanbul iaitu trip pada 8/11-15/11..adakah time tu bersalji?
Kena cek ramalan cuaca.
Yg bab tax tu, kita kena tax untuk semua benda ka o kalau beli barang di mall dia sahaja yg kena tax den bole claim tu
Macam di tempat kita juga (Malaysia), yang ada resit tulis gst.
Ok tq ya mek siti sbb bg explaination serba sedikit..nanti bole lg ya saya nk brtnya lagi..
hari ni 8 degree kat rumah saya di istanbul . plus berangin sikit . siang tadi ok sikit setakat 13 degree
Yani dogen awak ada bt ground pakej kat istanbul kan..mcm mna nk hubungi awak..nk tnya lebih detail
Yeni dogen awak ada buat ground pekej kat istanbul kalo xsilap saya la kan..mcm mana nk contact awak sbb nak tnya lebih detail
Macam best ler pergi istanbul nie. Cuaca pun x berapa panas kan?
Yup. Cuaca memang sejuk, langsung tak panas.