Nampaknya AirAsia akan mula terbang terus ke Jeju Island, Korea. Tak perlu transit lagi ke Seoul dah. Untung lah bagi sesiapa yang nak honeymoon atau sesiapa yang belum sampai Jeju macam saya ni.
Harga one way ialah RM199 dan ada 4 kali penerbangan seminggu.
Tadi masa masuk web AirAsia (9/10/2017) tiket dah ada dijual. Tup tup tak de pulak. Mungkin jam 12 malam karang baru wujud balik kot harga tiket tu. Apapun, get ready lah sesiapa yang melancong ke Jeju tu.
Kemungkinan besar saya pun akan grab tiket ke Jeju, kalau ada rezeki. Kalau tak de, biar dulu nanti book lain kali.
Dan bagi sesiapa yang travel sendiri ke Jeju tu, boleh book AirBnB. Jangan lupa ambik kupon AirBnB di sini.
Uhhhh My Korea, insyaAllahh sampai juga nanti