Sekarang dah musim sejuk kan. Ramai juga di kalangan pembaca blog saya yang email tanya dah snow ke? Biasalah, kita orang Malaysia kan, mesti nak melancong musim sejuk. Musim panas kita tak heran mana.. hehe Kenkadang tu kita buat deeek je bila tengok kawan-kawan dan family mat salleh ajak melancong musim panas.
Uludag, Bursa
Di Turki, Uludag di Bursa ialah yang paling popular untuk main ski terutama bagi orang Malaysia. Tapi tempat tu dah terlalu crowded, ramai orang dan memang touristy. Juga sebab ia dekat dengan Istanbul, senang orang-orang Istanbul nak pergi. Ketinggian Uludag ni ialah 2543 meter. Tinggi jugak tu. Jangan tanya saya best ke tak best, sebab saya tak pernah pergi. Sebab, masa saya sampai winter tahun lepas, duk kalut dengan visa lah, rumah sewa lah.. terlepas peluang nak main salji. :p
Disebabkan Uludag ni famous yang amat, maka kelengkapan di sana semuanya cukup lengkap.
Palandoken, Erzurum
Palandoken ni sesuai untuk mereka yang profesional. Letaknya di Erzurum, kalau memandu, mungkin mengambil masa lebih 15 jam. Denga flight, 1 jam 45 minit. Haa, jauh. Tapi bagi penggemar sukan ski, tempat ni memang cun. Palandoken terletak pada ketinggian 3185 meter dan kat sini, bulan September pun dah boleh pergi main ski. Tak payah tunggu winter.
Palandoken juga ada trek ski terpanjang di Turki, iaitu 12 km dan jurang altitud di sini mencecah 1000 meter. Di sini ada 8 trek yang mudah, 8 trek pertengahan, 2 trek mencabar, dan 4 trek jalan. Kesemuanya ada 22 trek, dengan 2 daripadanya berstatus Trek Olimpik.
Anda boleh ke sini dengan flight dari Istanbul atau Ankara ke Erzurum. Jarak dengan airport cuma kurang 10 km sahaja. Kata kenalan saya yang dari Erzurum, trek di Palandoken tidak sesibuk di Uludag, Bursa.

Kredit kpd Zeki Tuncer
Kartepe, Kocaeli
Yang ni dekat dengan tempat saya duduk sekarang. Dekat juga dengan Istanbul, tak sampai 3 jam memandu dari Istanbul pun dah boleh sampai Kartepe. Cuma tempat ni masih baru, hotel pun tak sebanyak tempat lain.
Kartalkaya, Bolu
Ini antara tempat main ski yang popular di Turki, dekat dengan Bolu. Lebih kurang 280 km dari Istanbul. Bolu ni pun famous dengan aktiviti musim sejuk, tentera Turki juga berlatih perang musim sejuk di Bolu. Kawasan main ski di sini ialah antara 1850 – 2200 meter, dipanggil Kartalkaya Ski Center.
Kat sini boleh main ski dari Disember sehingga March, dan salji paling tebal boleh jadi setinggi 3 meter.
Ada banyak lagi tempat main ski di Turki. Tapi cukuplah empat di atas ni saya kongsikan buat masa ni. Sebabnya, saya sendiri pun tak pernah main ski, saya share ni pun sebab ada pembaca blog yang tanya saya pasal Uludag baru-baru ni. Semoga perkongsian ini bermanfaat (sikit pun jadilah).
bestnya gi main ski
bulan 3 masih ada salji ke?
saya akan ke istanbul bulan 3 tahun depan..adakah time tu masih ada salji?
Kena tunggu bulan 3 baru tahu ada salji ke tak. Hihi Btw, sila tengok ramalan cuaca untuk maklumat lanjut. Seperti mana hujan, salji pun macam tu la. Ada rezeki, ada.
Teringin hendak merasa main salji. Sebelum ini pernah melawat beberapa negara atas urusan kerja belum berpeluang untuk merasai salji kecuali cuaca sejuk. 🙂
bestnya main ski.. eh bestnya main saljiii! hehe betul betul kita orang malaysia memang suka betul dengan salji maklumlah negara kita panas lagi sekarang tak menentu. panas, panas sangat. hujan, hujan sokmo.