Sebelum melancong, antara perkara pertama yang kita pertimbangkan ialah penginapan (selain pengangkutan). Di internet ni, ada berjuta website booking penginapan yang kita boleh pilih. Yang biasa dan famous seperti Booking.com, Agoda.com, Expedia dan sebagainya tu memang dah ramai orang tahu.
Dulu saya pun gemar sewa hotel, tapi sejak pertama kali guna AirBnB semasa ke Osaka, sekarang saya lebih selesa jika dapat menyewa penginapan sebegitu. Bukan sahaja apartment yang lebih besar dan kemudahan lebih banyak, tapi dapat duduk seperti local people ialah pengalaman yang menarik. Dan harganya juga sangat berpatutan.
Kat sini saya senaraikan 4 laman web booking penginapan yang best, sesuai untuk jangka pendek dan jangka panjang. Mana tahu ia juga berguna untuk anda rancang perjalanan anda nanti.
AirBnB
Yang ni rasanya dah ramai sangat orang tahu. Bagi yang tak tahu, saya ceritakan sedikit sebanyak. AirBnB ialah portal penginapan terbesar di dunia dengan lebih 800000 senarai penginapan disediakan di lebih 190 buah negara. CIMB juga ada buat usahasama dengan AirBnB, manakala pemegang kad Amex boleh dapatkan membership rewards atas tempahan di AirBnB. Sama juga dengan KLM Flying Blue member pun boleh book juga melalui partnership antara KLM dan AirBnB.
Wimdu
Wimdu ialah syarikat yang berasal dari Berlin, dan kini dah ada lebih 1000000 pengguna, dan lebih 300000 listing penginapan di lebih 100 buah negara. Ianya lebih kurang saingan kepada AirBnB, atau tak salah kot saya cakap yang ianya meniru AirBnB tapi fokusnya lebih kepada pasaran Eropah. Jika anda nak melancong ke Eropah, Wimdu ni antara web yang kena cek sebelum rancang percutian. Jadi kalau cari di AirBnB tak ada, boleh cari di Wimdu.
Panda Bed
Walaupun saya orang Asia, saya sendiri tak pernah guna PandaBed. Bunyi macam cute je kan. PandaBed ni tak sama macam Wimdu dan AirBnB sebab ianya lebih fokus kepada pasaran Asian. Jika anda nak travel dalam negara-negara Asian, elok cek dahulu website ini. PandaBed dikatakan mampu menawarkan harga 50% lebih rendah berbanding kadar penginapan lain. Anda boleh baca pengalaman JustOneWayTicket di sini.
SleepOut
Ha, ini sangat menarik. Dah ramai travel blogger yang kongsikan pengalaman menggunakan SleepOut dan kebanyakannya teruja dengan harga dan kemudahan yang disediakan. SleepOut diasaskan oleh Johann Jenson, kelahiran Kanada dan teman wanitanya bernama Ayako Bertolli semasa mereka tinggal di Lamu, Kenya. Walaupun SleepOut lebih fokus bagi penginapan di Afrika, tapi senaraian penginapan yang dah menjangkau 62 buah negara.
Bagi anda yang melancong dengan group, nak kurangkan kos penginapan, eloklah godek-godek dulu website ini sebelum apa-apa tempahan dibuat. Jangan lupa baca review pelanggan yang pernah stay sebelum buat booking.
maklumat yg berguna ni… boleh dijadikan rujukan….