Lepas kami lawat Selima Monastery, terus naik bas dan teruskan perjalanan ke Kaymakli Underground City. Bandar bawah tanah ni dihubungkan melalui terowong dan bersambung antara satu bandar bawah tanah dengan bandar bawah tanah yang lain. Dan, saya dimaklumkan ada lebih 100 terowong kat bawah tanah ni.
Tempat ini mula dibuka kepada umum pada tahun 1964. Dulu tempat ni dikenali sebagai Enegup. Selain Kaymakli, ada lagi satu underground city yang juga dibuka kepada umum iaitu Derinkuyu. Kaymakli ni lebih terbuka ada sistem pengudaraan yang lebih baik. Juga ada perangkap untuk trik musuh yang masuk pada waktu malam (tentera Rom).
Kawasan ni besar, walaupun ianya terletak di bawah tanah, tapi ia memang luas. Boleh memuatkan antara 3000-5000 orang pada satu masa. Dan suhu di sini adalah kekal 18 celcius sepanjang masa.
Yang menjadikan tempat ini penting ialah sebab dalam ni ada telaga yang membekalkan air kepada penduduk di situ. Jadi, selain digunakan untuk bersembunyi dari tentera Rom dan Byzantine, ia juga penting sebagai pertahanan akhir dan ada tempat-tempat di bawah ni yang digunakan untuk perangkap musuh. Malah, di dalam ni juga ada kubur, gereja, dan dapur.
Laluan dalam underground city ni sempit dan hanya muat-muat badan sahaja. Bila berjalan, kena membongkok. Dua kali juga saya terhantuk kepala kat siling sebab rendah sangat.
Itu sahaja kawasan yang kami boleh lalu, iaitu maksimum kedalaman ialah 55 meter dari permukaan. Selebihnya ditutup kepada pelawat disebabkan faktor keselamatan.
rajin la plak masuk underground ehh..