Agak heboh sekarang ni pasal kos barang-barang dijangka naik tak lama lagi. Maklumlah, GST baru nak diperkenalkan. Ni saya kongsikan beberapa pilihan selain dari tumpang kereta kawan, naik teksi atau bas untuk kurangkan kos pengangkutan anda, samada jarak jauh atau dekat.
1) UBER
Saya pernah naik UBER beberapa kali sekitar Manhattan, New York. Kosnya agak murah. Di Malaysia pun ada UBER. Tapi saya tak pernah guna sebab saya tinggal di Kota Bharu dan ada kereta sendiri. Lagipun, di Kota Bharu saya kerja dari rumah, keperluan untuk kerap bergerak ke mana-mana tu agak terhad. UBER ialah konsep perkongsian. Anda ada kereta, anda buat servis freelancer lah kiranya. Pemandu UBER akan diberikan rating (positive/negative) selepas penumpang gunakan servis mereka. Ini juga salah satu cara untuk anda dapatkan wang tambahan dengan berikan servis pengangkutan dengan kereta anda, atau anda boleh kurangkan kos anda dengan guna khidmat UBER orang lain yang mana kosnya lebih rendah dari teksi.
2) Tripda
Tripda juga konsepnya seperti UBER, tapi lebih kepada jarak jauh sikit. Contohnya, saya dari Kota Bharu nak pergi Selangor. Saya bawa Toyota Unser sorang-sorang. Dalam kereta saya, ada lagi 5 seat kosong. Rugilah kalau satu kereta sorang saja drive kan? Jadi, saya jual seat kosong dalam Tripda. Anda tak ada kereta atau anda malas memandu tapi tak nak naik bas/flight, anda boleh beli seat dalam kereta saya, dengan bayar atau kongsi harga minyak, contohnya RM40. Kosnya juga agak berpatutan, bergantung kepada tuan punya kereta. Detail tengok di Tripda lah ya π Sepertimana UBER, Tripda ni bukan benda baru. Cuma masih baru di Malaysia sahaja. Jika melancong ke luar negara, elok juga anda lihat-lihat “latest rides” dalam Tripda, mana tahu ada offer ke tempat yang nak dituju.
3) Beli tiket flight masa promosi atau lebih awal
Amat jarang saya kena bayar tiket flight lebih dari RM50 untuk terbang dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur (samada landing di Subang Airport, atau KLIA/KLIA2) untuk flight AirAsia atau Malindo. Sebab selalunya saya beli tiket masa promosi atau bukan waktu cuti sekolah, tapi saya rasa anda pun boleh je dapat tiket murah. Entah kenapa, saya rasa harga tiket flight di Malaysia lagi murah dari tiket bas ekpress mengambil kira risiko, masa dan tenaga diperlukan untuk naik bas.
Cukup dulu buat masa ni. Kalau ada nak tambah, jangan segan-segan terus tambah di ruangan komen atau guna contact form di blog ni ya.
Nak tanya bas dari airport ke uitm machang ada ke ? Plss answer.
Tak ada. Yg ada ialah bas dari airport ke stesen bas utama di Kota Bharu pastu baru naik bas lain (intercity) ke machang.
Baru tahu adanya perkhidmatan UBER dan TRIPDA. Begitu unik sekali nama servis perkhidmatan pengangkutan. Bila diingat-ingatkan kembali, kedua-dua perkhidmatan pengangkutan ni ibarat prebet sapu seperti di Kelantan. Sebabnya saya pernah menjadi penuntut sebuah institusi pengajian tinggi di sana suatu ketika dahulu… π
uber dan tripda?
sebelum ni dah pernah buat masa kat ums dulu.
haha..
Sebenarnya saya sejak dulu terfikir nak buat “suka suka” nak jadi pemandu kepada pelajar UiTM hantar mereka ke destinasi mereka nak pergi, tp takut perbuatan tu salah di sisi undang undang, dan kini sejak ada uber ni rasa ianya peluang kepada saya untuk cuba, kadang bukan sebab duit tp sebab pengalaman, asalkan duit yang dapat dari pelanggan dapat cover minyak oklah kan
menarik sis perkongsian yang amat bagus semoga sis berjaya
Terima kasih Dalynna
ooo camtu rupanya…
konsep Uber ni memang terbaik tapi belum berani nak cuba lagi
Saya lebih sukakan pilihan no 3.
Saya pun. Dah la murah, cepat pula tu.
Sudah vote utk Travelog, fyi. Semoga berjaya.
Btw, kawe tinggal kat KK, so tak ada rasa kesan kenaikan tambang. Cuma at the moment public transportation kat KK, aduhh teruk banget..
Terima kasih ye. Di Kota Bharu pun public transportation.. ya Allah.. berjanggut tunggu.
kena sentiasa kerah idea/jalan untuk berjimat kan..
Rasanya di luar negara banyak perkara yang boleh mendatangkan duit. Terima kasih info tentang UBER dan TRIPDA tu.Di Malaysia mungkin boleh di kembang luaskan . Tambang kapal terbang secara amnya lebih murah dari tambang bas. Lepas GST tak tau la sama-sama kita tengok.
Tiket atau servis yg kita order sekarang utk guna pada atau selepas 1 April rasanya sekarang dah kena GST dah kan.
Saya rasa pun begitu. Terima kasih puan Siti sudi singgah blog saya sebelum ni. Tak sempat nak reply apa-apa sebab 2 bulan lepas saya sangat sibuk.Blog travel puan sangat menarik, saya pula baru nak bermula π
Terima kasih, Puan. Blog puan pun memang best, banyak yg boleh saya belajar. Tq
sepatutnya dalam keadaan sekarang harga tambang pengangkutan awam tidak dinaikkan..
Sepatutnya kan. Kesian kita-kita ni semua.