• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Travel Topic / 3 cara jimatkan kos bila tambang bas ekspress dan teksi naik

3 cara jimatkan kos bila tambang bas ekspress dan teksi naik

20/03/2015 By Travelog.my 19 Comments

Agak heboh sekarang ni pasal kos barang-barang dijangka naik tak lama lagi. Maklumlah, GST baru nak diperkenalkan. Ni saya kongsikan beberapa pilihan selain dari tumpang kereta kawan, naik teksi atau bas untuk kurangkan kos pengangkutan anda, samada jarak jauh atau dekat.

1) UBER

Saya pernah naik UBER beberapa kali sekitar Manhattan, New York. Kosnya agak murah. Di Malaysia pun ada UBER. Tapi saya tak pernah guna sebab saya tinggal di Kota Bharu dan ada kereta sendiri. Lagipun, di Kota Bharu saya kerja dari rumah, keperluan untuk kerap bergerak ke mana-mana tu agak terhad. UBER ialah konsep perkongsian. Anda ada kereta, anda buat servis freelancer lah kiranya. Pemandu UBER akan diberikan rating (positive/negative) selepas penumpang gunakan servis mereka. Ini juga salah satu cara untuk anda dapatkan wang tambahan dengan berikan servis pengangkutan dengan kereta anda, atau anda boleh kurangkan kos anda dengan guna khidmat UBER orang lain yang mana kosnya lebih rendah dari teksi.

2) Tripda

Tripda juga konsepnya seperti UBER, tapi lebih kepada jarak jauh sikit. Contohnya, saya dari Kota Bharu nak pergi Selangor. Saya bawa Toyota Unser sorang-sorang. Dalam kereta saya, ada lagi 5 seat kosong. Rugilah kalau satu kereta sorang saja drive kan? Jadi, saya jual seat kosong dalam Tripda. Anda tak ada kereta atau anda malas memandu tapi tak nak naik bas/flight, anda boleh beli seat dalam kereta saya, dengan bayar atau kongsi harga minyak, contohnya RM40. Kosnya juga agak berpatutan, bergantung kepada tuan punya kereta. Detail tengok di Tripda lah ya πŸ™‚ Sepertimana UBER, Tripda ni bukan benda baru. Cuma masih baru di Malaysia sahaja. Jika melancong ke luar negara, elok juga anda lihat-lihat “latest rides” dalam Tripda, mana tahu ada offer ke tempat yang nak dituju.

harga tambang bas ekspress dan teksi naik GST 3 5

3) Beli tiket flight masa promosi atau lebih awal

Amat jarang saya kena bayar tiket flight lebih dari RM50 untuk terbang dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur (samada landing di Subang Airport, atau KLIA/KLIA2) untuk flight AirAsia atau Malindo. Sebab selalunya saya beli tiket masa promosi atau bukan waktu cuti sekolah, tapi saya rasa anda pun boleh je dapat tiket murah. Entah kenapa, saya rasa harga tiket flight di Malaysia lagi murah dari tiket bas ekpress mengambil kira risiko, masa dan tenaga diperlukan untuk naik bas.

harga tambang bas ekspress dan teksi naik GST 3

Harga tiket AirAsia (KBR-KUL) tengah May

harga tambang bas ekspress dan teksi naik GST 3

Harga tiket Malindo Air (KBR-KUL) tengah May

harga tambang bas ekspress dan teksi naik GST 3

Harga tiket Firefly (KBR-KUL) tengah May

Cukup dulu buat masa ni. Kalau ada nak tambah, jangan segan-segan terus tambah di ruangan komen atau guna contact form di blog ni ya.

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Travel Topic

Comments

  1. Fatin says

    16/05/2016 at 9:55 pm

    Nak tanya bas dari airport ke uitm machang ada ke ? Plss answer.

    Reply
    • Travelog.my says

      17/05/2016 at 2:59 pm

      Tak ada. Yg ada ialah bas dari airport ke stesen bas utama di Kota Bharu pastu baru naik bas lain (intercity) ke machang.

      Reply
  2. BestMobile says

    17/06/2015 at 11:21 am

    Baru tahu adanya perkhidmatan UBER dan TRIPDA. Begitu unik sekali nama servis perkhidmatan pengangkutan. Bila diingat-ingatkan kembali, kedua-dua perkhidmatan pengangkutan ni ibarat prebet sapu seperti di Kelantan. Sebabnya saya pernah menjadi penuntut sebuah institusi pengajian tinggi di sana suatu ketika dahulu… πŸ™‚

    Reply
  3. titan says

    29/03/2015 at 1:48 am

    uber dan tripda?

    sebelum ni dah pernah buat masa kat ums dulu.

    haha..

    Reply
  4. BESTMobile Malaysia says

    28/03/2015 at 12:01 pm

    Sebenarnya saya sejak dulu terfikir nak buat “suka suka” nak jadi pemandu kepada pelajar UiTM hantar mereka ke destinasi mereka nak pergi, tp takut perbuatan tu salah di sisi undang undang, dan kini sejak ada uber ni rasa ianya peluang kepada saya untuk cuba, kadang bukan sebab duit tp sebab pengalaman, asalkan duit yang dapat dari pelanggan dapat cover minyak oklah kan

    Reply
  5. dalynna says

    26/03/2015 at 4:41 pm

    menarik sis perkongsian yang amat bagus semoga sis berjaya

    Reply
    • Travelog.my says

      26/03/2015 at 9:59 pm

      Terima kasih Dalynna

      Reply
  6. zool says

    26/03/2015 at 7:44 am

    ooo camtu rupanya…
    konsep Uber ni memang terbaik tapi belum berani nak cuba lagi

    Reply
  7. Helmi Aliarit says

    24/03/2015 at 5:03 pm

    Saya lebih sukakan pilihan no 3.

    Reply
    • Travelog.my says

      24/03/2015 at 11:46 pm

      Saya pun. Dah la murah, cepat pula tu.

      Reply
  8. Ismail N says

    24/03/2015 at 3:15 pm

    Sudah vote utk Travelog, fyi. Semoga berjaya.

    Btw, kawe tinggal kat KK, so tak ada rasa kesan kenaikan tambang. Cuma at the moment public transportation kat KK, aduhh teruk banget..

    Reply
    • Travelog.my says

      24/03/2015 at 11:48 pm

      Terima kasih ye. Di Kota Bharu pun public transportation.. ya Allah.. berjanggut tunggu.

      Reply
  9. JMR says

    23/03/2015 at 1:37 pm

    kena sentiasa kerah idea/jalan untuk berjimat kan..

    Reply
  10. rahimah says

    21/03/2015 at 12:10 pm

    Rasanya di luar negara banyak perkara yang boleh mendatangkan duit. Terima kasih info tentang UBER dan TRIPDA tu.Di Malaysia mungkin boleh di kembang luaskan . Tambang kapal terbang secara amnya lebih murah dari tambang bas. Lepas GST tak tau la sama-sama kita tengok.

    Reply
    • Travelog.my says

      21/03/2015 at 2:23 pm

      Tiket atau servis yg kita order sekarang utk guna pada atau selepas 1 April rasanya sekarang dah kena GST dah kan.

      Reply
      • rahimah says

        21/03/2015 at 8:41 pm

        Saya rasa pun begitu. Terima kasih puan Siti sudi singgah blog saya sebelum ni. Tak sempat nak reply apa-apa sebab 2 bulan lepas saya sangat sibuk.Blog travel puan sangat menarik, saya pula baru nak bermula πŸ™‚

        Reply
        • Travelog.my says

          21/03/2015 at 9:40 pm

          Terima kasih, Puan. Blog puan pun memang best, banyak yg boleh saya belajar. Tq

          Reply
  11. blogger lelaki says

    20/03/2015 at 11:28 pm

    sepatutnya dalam keadaan sekarang harga tambang pengangkutan awam tidak dinaikkan..

    Reply
    • Travelog.my says

      20/03/2015 at 11:30 pm

      Sepatutnya kan. Kesian kita-kita ni semua.

      Reply

Leave a Reply to rahimah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 Β· Crave Theme on Genesis Framework Β· WordPress Β· Log in