• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Turki / Istanbul / 27 Jam di Istanbul

27 Jam di Istanbul

11/08/2015 By Travelog.my 16 Comments

Ini kali kedua kami ke Istanbul. Tahun lepas pergi masa musim autumn, tahun ni pergi musim summer. Sebabnya nak jumpa pemilik homestay Yeni Apartment di Fatih, Istanbul. Senang je rupanya nak ke rumahnya, iaitu dengan ambil tram dari Esenler, turun di Eminyet Fatih Metro. Keluar je stesen tu, pergi ke belakang stesen jalan terus pastu belok kanan. Jumpa Topkapi Hotel, belok kanan lagi maka jumpa lah kedainya. Kalau nak beli barang-barang Turki tanpa datang ke Turki pun boleh kirim melaluinya. Ada dia poskan ke Malaysia ataupun hantar melalui flight.

Inilah yang saya sempat buat dalam trip 2D1N di Istanbul hari Jumaat lepas.

♥ Baca >> Cara ke bandar Istanbul dari Ataturk Airport (IST)

Blue Mosque

Dalam trip yang lepas, saya tak masuk ke Blue Mosque (entah kenapa ia ditutup pada hari saya nak masuk tu, tapi masa hubby nak masuk boleh pulak). Saya beritahu diri sendiri, tak apalah datang lain kali. Walaupun masa trip autumn dulu ada 3 malam di Istanbul, hanya duduk bahagian luar masjid sahaja dan tengok dari luar. Tak masuk kat tempat sembahyang. Alhamdulillah, memang tuhan makbulkan hajat nak datang balik ke Istanbul 🙂

Jadi trip kali ni saya ada chance masuk. Punyalah ramai umat manusia, maklumlah tengah cuti musim panas. Cerita pasal Masjid Biru ni anda mungkin dah muak dengar pun. Jadi saya skip pasal Blue Mosque sebab dah terlalu banyak info berkenaannya.

masjid biru di turki

Sultanahmet Park

Kat sinilah kalau nak jumpa kucing-kucing gebu di Istanbul. Memang banyak betul kucing berkeliaran di sini. Comel-comel pula tu. Tapi paling saya tak boleh lupa, kucing tompok putih yang super bulat ni. Rasanya ni lah kucing paling bulat pernah saya lihat live seumur hidup saya. Tempat ni sebelah je dengan Blue Mosque, berdekatan dengan Hagia Sophia.

melancong ke istanbul 12

Boleh lepak tengok ragam manusia juga di sini. Baru saya perasan yang salah satu minaret di Blue Mosque sedang dibaiki, sebabnya ia tak selamat bila batu-batu dari minaret tu jatuh. Hasil x-ray menunjukkan, ia berganjak 5cm dari kedudukan asal, maka sebab tu lah ia dibaiki (buka dan bina semula). Ia dijangka mengambil masa setahun.

melancong ke istanbul 2

melancong ke istanbul 8

Grand Bazaar

Ini pun saya baru pertama kali masuk betul-betul, pusing banyak-banyak kedai dan lorong dalam Grand Bazaar ataupun Buyuk Pazar. Sebabnya, datang tahun lepas pun orang ramai, datang kali ni pun ramai juga. Penjual pula agak agresif, macam dorang nak lompat dan heret kita suruh singgah kedai dia. Hahaha. Tak lama pun duk dalam Grand Bazaar. Lagipun, harga macam tak munasabah, mahal dan penjual yang terlalu sibuk nak menjual. Lepas kira-kira 40 minit duk pusing dalam bazar tu, kami keluar.

melancong ke istanbul 1 melancong ke istanbul 10melancong ke istanbul 5

Nuruosmaniye Mosque

Masjid ni terletak sebelum pintu masuk ke Grand Bazaar. Kami singgah sini kejap sebab ia nampak gah sangat.

melancong ke istanbul 3

melancong ke istanbul 13

melancong ke istanbul 7

Lawa jugak masjid Nuruosmaniye Mosque ni yang mula dibina pada 1748 pada era Sultan Mahmut 1. Detail pasal masjid ni boleh baca kat bawah. Sila klik pada gambar untuk paparan lebih besar.

melancong ke istanbul 14

Itu je lah yang sempat saya buat dalam trip 2D1N ataupun secara total, 27 jam. 27 jam ni termasuk tidur 2 kali (lepas check in hotel, dan malamnya), sleepy head betullah kami ni. Jadi, kalau anda ada long layover di Istanbul airport, memang tak ada masalah untuk ke bandar Istanbul dan luangkan masa.

Sebenarnya, kalau ada stamina lebih, kalau tak panas sangat, kalau tak takut serangan pengganas di Istanbul… kami nak je berlama-lama dan lawat tempat-tempat lain lagi. Sekarang saya dah balik ke Sakarya, tadi baca berita.. ada dua serangan bom di Istanbul. Tapi dorang serang polis. Bom balai polis pun, yang cedera orang awam juga. Jadi, nak tak nak kena be extra careful.

Agora Boutique Hotel & Bistro

Saya sebenarnya nak guna AirBnB untuk menginap satu malam di Istanbul ni. Tapi sebab keputusan ke Istanbul dibuat last minute, maka banyak AirBnB tak available. Lagipun, memang saya cuma nak duduk hotel sekitar Old Sultanahmet tu je. Sebab senang nak ke mana-mana dan dekat dengan semua tempat tarikan pelancong (Blue Mosque, Hagia Sophia, Grand Bazaar, etc).

Akhirnya kami duduk di Agora Boutique Hotel & Bistro, juga dalam kawasan Sultanahmet. Ini view dari tingkap bilik (tepi) kami menginap.

melancong ke istanbul

Mengadap bilik pulak ialah Laut Marmara. Bukan semua bilik ada Marmara Sea view, anda boleh request untuk itu (rasanya ada satu je kot bilik mengadap laut gini).

melancong ke istanbul 15

Pasal hotel, anda boleh cek Agora Boutique Hotel & Bistro di sini. Bilik hotel ni agak besar (tapi tak besar mana, standard Istanbul la, macam Jepun). Tapi, lokasi Ararat Hotel yang betul-betul sebelah Masjid Biru yang saya menginap bulan Oktober tahun lepas jauh lebih strategik berbanding Agora. Yang tak best pasal Ararat Hotel ialah, biliknya pula yang kecil dan sedikit facilities je.

Lagipun, beza harga yang ini dan Ararat dekat RM 200 juga/night. Jadi, jika anda nak hotel dengan lokasi yang superb, saya berani rekemen Ararat Hotel. Walaupun kecil je biliknya dan facilities dalam bilik tak banyak, tapi harganya lebih murah, jaraknya dengan semua lokasi penting di Istanbul memang within walking distance. Tak caya, tengok gambar dari cafe hotel Ararat ni (gambar lama, trip Oktober 2014). Nak jalan kaki balik hotel pun tak penat. Ah, macam iklan hotel tu pulak bunyinya.

hotel di old sultanahmet

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Istanbul, Turki

Comments

  1. Lin Chalo says

    07/04/2016 at 6:20 pm

    Salam siti. Suka baca semua tulisan siti seolah-olah pergi sendiri ke tempat tu.
    Antara wishlist saya ni. Doakan agar dimurahkan rezeki sampai ke Istanbul 🙂

    Reply
    • Travelog.my says

      07/04/2016 at 6:22 pm

      Salam Lin. Semoga murah rezeki dan sihat mihat utk cepat-cepat datang Turki 😀

      Reply
  2. nadia says

    23/10/2015 at 10:33 am

    terima kasih info pasal turki…byk maklumat saya dpt..lg satu sis, nk ty..barang kata sana murah ke?..mcm sweater ke

    Reply
  3. Mohd Zarin says

    05/10/2015 at 5:46 am

    Teringin ke sini

    Reply
  4. akubiomed says

    22/08/2015 at 11:07 pm

    Pak saudara ada kerja di kedutaan di Turki. Sedeynya tidak pernah ada peluang untuk ke sana. 🙂

    Reply
    • Travelog.my says

      22/08/2015 at 11:39 pm

      Wah itu dah bagus. Eloklah pergi sementara dia masih kerja di sana. Boleh dia bawak pergi jalan-jalan, ataupun paling tidak dapat free stay di rumah dia hehe.

      Reply
  5. Azeni Ahmad says

    22/08/2015 at 2:38 pm

    Antara senibina yang terhebat di dunia memang boleh tengok di Turki kan.
    Mengangumkan senibina hingga sekarang pun masih relevan lagi.
    Turki memang akan dikaitkan tentang sejarah dan senibina yang hebat.

    Reply
    • Travelog.my says

      22/08/2015 at 3:06 pm

      ha’ah betul tu, sebab sejarahnya amatlah panjang hehe

      Reply
  6. JMR says

    12/08/2015 at 10:31 am

    bila la nak sampai kaki ke sana ni hehe

    Reply
  7. Rinduwati says

    11/08/2015 at 9:26 pm

    Assalammualaikum siti…akak dah beli ticket flight utk satu family dan tempah apartment dgn air bnb pada 14 hb disember ni…harap semuanya ok masa kami sekeluarga ke istanbul nnt…Aamiin Ya Rabbal A’lamiin

    Reply
    • Travelog.my says

      11/08/2015 at 9:28 pm

      W’salam wbt, insyaallah semuanya ok. 🙂

      Reply
  8. Salina Misnan says

    11/08/2015 at 8:47 pm

    cite boom boom nih yg buat spoil mood nak ke Istanbul lagi..😭😭😭

    Reply
  9. hidayah says

    11/08/2015 at 7:55 pm

    Salam Siti,
    Sy pun dah agak cuak bila tgk berita pasal Istanbul smlm. Insha Allah akan ke sana hujung bulan nanti. Harap2 tak ada la apa2 berlaku dkt tpt2 tourist. Baru ingat nak explore Istanbul tp dah mcm ni kena lah extra berhati2 nnt.

    Reply
    • Travelog.my says

      11/08/2015 at 7:57 pm

      Yang saya perhatikan, hampir semua kes dorang serang polis. Jadi elok jauhkan diri dari polis kot, atau tunggu bila keadaan dah tenang 🙂

      Reply
      • nadia says

        22/10/2015 at 11:53 am

        sis,saya insyaAllah bulan 3 ke turki..nk tau kalo awl bulan 3 musim bunga ke?..ada yg kata baru pas musim sejuk n nk msuk musim bunga..sy just nk tau musim ape?

        Reply
        • Travelog.my says

          22/10/2015 at 2:24 pm

          Bergantung kepada kawasan. Masih sejuk, cuma mungkin dah tak bersalji masa tu. Di Istanbul, baru nak masuk musim bunga.

          Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in